p/s: Macam mana? Menarik kan =D
Wednesday, August 28, 2013
[Fakta] 25 Perkara Yang Patut Kita Tahu Pasal Mimpi =D
Mimpi merupakan pengalaman bawah sedar yang berlaku semasa kita tidur dan ia pernah berlaku kepada semua orang..Namun, tahukah anda terdapat beberapa fakta yang diakitkan dengan mimpi? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..
Tuesday, August 27, 2013
[Video] Punggung Wanita Dijadikan Alat Muzik *0*
Seperti yang kita tahu, alat muzik seperti dram, gendang, kompang dan lain-lain lagi akan menghasilkan bunyi apabila diketuk dan dipukul..Bagi seorang lelaki ini, dia telah membawa dunia alat muzik ke sesuatu yang baru apabila menggunakan tubuh badan manusia iaitu bahagian punggung bagi menghasilkan muzik..Apa yang uniknya, hanya punggung wanita sahaja yang digunakan..Nak tahu apa bunyinya, meh usha kat bawah ni..
p/s: Macam-macam idea diorang ni ada =,='
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
Seorang pemuzik Sepanyol, Jorge Perez Gonzalez telah mempamerkan sebuah alatan muzik yang menghasilkan bunyi apabila ditepuk iaitu berupa punggung wanita.
Menurut Jorge, "Bunyinya seakan-akan sama dengan alatan muzik yang asli. Bagaimana dengan pendapat anda?", seperti dikutip akhbar The Sun.
Video:
p/s: Macam-macam idea diorang ni ada =,='
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
[Aneh] Batu Pelik Yang Dijumpai Dalam Kawah, Bukan Berasal Dari Bumi *0*
Penemuan bahan geologi luar biasa bukan lah sesuatu perkara yang baru..Baru-baru ini heboh diperkatakan mengenai sejenis batu yang dipercayai seketul meteorit yang jatuh ke Bumi, mempunyai sejenis 'kuasa' luar biasa di mana setiap barangan yang disentuh atau diletak di atasnya akan mempunyai kesan seakan-akan kesan terbakar..Bagaimana ia berlaku, masih tiada lagi jawapannya..Nak tengok rupa batu tu, meh usha kat bawah ni..
p/s: Mungkinkah ia kesan radiasi? Kajian lebih lanjut patut dijalankan pada bahan yang luar biasa ini..
Monday, August 26, 2013
[Gila] 24 Manusia Yang Pernah Mengaku Nabi *0*
Seperti yang wajib dipercayai oleh umat Islam, utusan Allah S.W.T atau nabi hanya ada 25 sahaja yakni nabi terakhir adalah Nabi Muhammad S.A.W dan tidak akan ada lagi nabi-nabi lain selepas Baginda..Namun, masih ada lagi golongan manusia yang mengaku sebagai Nabi dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai..Nak tahu siapa mereka ini, meh usha kat bawah..
1. Lia Aminuddin
Pengasas agama Salamullah. Mengaku menerima wahyu dari malaikat Jibril dan menggelar dirinya Nabi dan Rasul serta Imam Mahdi. Dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Agung.
2. Ahmad Mukti
Putera kepada Lia Aminuddin dan dianggap sebagai Nabi Isa.
3. Dedi Mulyana
Berasal dari Banten dan merupakan 'nabi' yang berkelakuan aneh. Mengaku memperoleh wahyu itu dari musyawarahnya dengan jin-jin di laut.
4. Ahmad Musaddeq
atau H. Abdul Salam (lahir di Jakarta pada 1942), mengaku menjadi Nabi pada 23 Julai 2006. Merupakan pemimpin Al-Qiyadah Al-Islamiyah. Kitab suci mereka adalah Al-Qur’an dengan pemahaman sendiri. Mengaku telahbertaubat pada 9 November 2007.
5. Sajah binti Al-Harits bin Suwaid bin Aqfan at-Tamimiyah
Berasal dari Bani Yarbu (mati tahun 55 H/675 M). Seorang dukun wanita yang mengaku Nabi di zaman Abu Bakar ash-Shiddiq dan kemudiannya dinikahi oleh Musailamah al-Kadzdzab. Setelah Musailamah terbunuh, Sajah melarikan diri ke Iraq kemudian masuk Islam dan mati dalam keadaan Islam.
6. Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib.
Penganut fahaman Syiah yang meyakini proses kelahiran semula. Dia mengaku sebagai Tuhan dan Nabi sekaligus.
7. Mirza Ali Mohammad (abad 19).
Pengasas agama Babisme dan penganut Syiah, dihukum mati oleh pemerintah Iran tahun 1843.
8. Muhammad Abdur Razak Abul ‘Ala
Seorang tukang jahit yang mengaku sebagai Nabi. Berasal dari Kaherah, Mesir.
9. Muhammad Bakri
Berasal dari Yaman. Mengaku sebagai nabi namun kemudiannya dibunuh oleh pengikutnya sendiri, kemudian mayatnya disalib di atas papan kayu.
10. Tsurayya Manqus
Seorang wanita yang amat teliti dan merupakan seorang cendekiawan dalam bidang sejarah dari Yaman yang mengaku sebagai Nabi.
11. Amru bin Luhayyi,
Berasal dari Kabilah Khuza’ah. Orang pertama yang mengubah agama Nabi Ibrahim dan Ismail kearah kesyirikan dan penyembahan berhala.
12. Musailamah al-Kadzdzab
Berusia 150 tahun, mati tahun 12 H/633 M. Memiliki penganut seramai 40,000 orang. Mati dibunuh oleh Wahsyi dengan tombaknya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq.
13. Zoroaster
Berasal dari Parsi, 660-583 SM), kitab suci: Avesta. Mati terbunuh dalam perang melawan Bactria (Balkh).
14. Mazdak
Berasal dari Parsi, 487-523 M, pengasas aliran Mazdakiyah (Serba Boleh dan Semua Halal), kitab suci mereka adalah Zanda. Telah mati dibunuh.
15. Al-Aswad al-Ansi
Riwayat hidup: 11 H/632 M. Turut dikenali sebagai Abhalah bin Ka’ab bin Auf al-Ansi al-Madzhiji , seorang dukun dari Yaman. Mati dibunuh oleh Fairuz, kerabat isteri al-Aswad.
16. Al-Mukhtar bin Abi Ubaid
Berasal dari Thaif, 622-687 M/67 H, seorang penganut Syiah yang mengaku Nabi dan mendapat wahyu. Dia adalah saudara ipar kepada Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu. Mati dibunuh oleh Mush’ab bin Az-Zubair di Harura.
17. Mirza Husein Ali.
Pengasas agama Bahaisme (pengganti Babisme) dan penganut Syiah. Mengaku Nabi pada tahun 1862 dan mati pada tahun 1892, kemudian diteruskan oleh anaknya, Abbas Efendy yang berpusat di Chicago.
18. Asy-Syaikhah Manal Wahid Manna
Wanita tersebut mula menyebarkan ajaran sesatnya sejak tahun 1995. Dia dipenjara oleh pemerintah Mesir.
19. Daishan,
Pengasas ajaran Daishaniyah iaitu satu ajaran bertuhan dua di Parsi dari agama Majusi.
20. Mirza Ghulam Ahmad,
Berasal dari India, 1835-1908. Pengasas agama Ahmadiyah. Kitab suci mereka adalah Tadzkirah. Mati akibat terkena wabak penyakit kolera
21. Marcion
Berasal dari Rom, ± 144 M, pengasas gereja Marcionite dan pemahaman Marcionisme
22. Mani
Berasal dari Parsi, ± 242 M, pengasas agama Manichaeisme (al-Maniwiyah). Mati dibunuh, dikuliti, dan kulitnya diisi jerami dan digantung oleh Bahram.
23. Sutarmin
Lelaki yang mengaku nabi ini muncul di lereng Gunung Lawu pada awal tahun 2013.
24. Ashriyanti Samuda
Seorang wanita muda yang percaya bahawa dirinya adalah nabi. Untuk merekrut pengikut, warga Kepulauan Sula, Maluku ini menerbitkan buku yang dicetaknya sendiri kemudian disebarkan kepada masyarakat setempat.
p/s: Mereka yang mengaku Nabi ni sebijik perangai Dajjal..

10 Wanita Paling Kurus Di Dunia *0*
Kebanyakkan wanita mengidamkan tubuh badan kurus dan langsing, malah sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi semata-mata mahu mendapatkan tubuh badan sedemikian rupa..Namun, tahu kah anda bahawa mempunyai tubuh badan kurus berlebihan boleh membahayakan kesihatan? Selain itu, ia turut menampakkan kesan yang sangat mengerikan..Nak tahu siapa wanita paling kurus di dunia ketika ini, meh usha kat bawah..
Crystal Renn merupakan salah seorang model Amerika Syarikat yang mula berkecimpung dalam dunia fesyen semenjak berusia 14 tahun. Renn pernah diberitahu bahawa untuk menjadi seorang model, dia perlu menurunkan hampir satu pertiga dari berat tubuhnya yang membuatkan dirinya mengalami anoreksia selama bertahun lamanya. Akibat keadaan itu, Renn pantas mengubah cara pemakanannya dan rajin melakukan aktiviti rekreasi sehingga mampu menaikkan semula berat badannya sebanyak 32kg. Akibat dari itu, Renn menulis sebuah buku mengenai pengalamannya semasa menghidap anoreksia.
Jodie Kidd masih berusia 15 tahun ketika dipertemukan dengan seorang jurugambar, Terry O'Neil di pantai Barbados dan memulakan karier sebagai model pada usia 16 tahun. Ketika itu, Kidd mengalami demam kelenjar yang membuatnya menjadi sangat kurus sehingga hanya mempunyai berat sebanyak 48 kg dengan tinggi 188 cm. Akibat keadaan itu, Kidd telah digelar sebagai 'rangka hidup' dan turut dituduh mengalami anoreksia. Selepas 8 bulan berhenti dari menjadi seorang model, Kidd kini berusaha menambahkan berat badannya hingga mencapai berat ideal.
3. Ana Carolina Reston
3. Ana Carolina Reston
Ana Carolina Reston merupakan seorang model yang turut merasai keburukan akibat mempunyai tubuh badan yang terlalu kurus. Punca yang menyebabkan dia menjadi kurus adalah kerana dia menghidap anoreksia. Bahkan, penyakit tersebut membuatkan model Brazil ini meninggal dunia ketika berusia 21 tahun dengan berat badannya hanya 40 kg.
4. Charlotte di Calypso
4. Charlotte di Calypso
Gelaran 'mayat hidup' amat sesuai diberikan kepada model bernama Charlotte Di Calypso ini. Pemenang Elite Model Look pada tahun 2005 ini masih muda yakni baru berusia 23 tahun. Karier gemilangnya sebagai super model dunia sepertinya membuatkan Calypso lupa untuk mempedulikan keadaan tubuhnya yang boleh dikatakan menyedihkan kerana terlalu kurus.
5. Chloe Memisevic
5. Chloe Memisevic
Chloe Memisevic merupakan seorang gadis yang seksi, cantik, dan menjadi salah seorang model dalam setiap pertunjukkan fesyen. Namun, Memisevic bersikap terlalu buruk terutamanya pada tubuh badannya sendiri. Memisevic pernah menyedari keadaan tubuhnya sebelum itu, namun semuanya telah terlambat kerana dia kemungkinan menghidap anoreksia.
6. Isabelle Caro
6. Isabelle Caro
Isabelle Caro merupakan seorang model yang bernasib malang akibat menghidap anoreksia sama seperti Ana Carolina Reston. Bahkan, kerana keadaan tubuhnya yang terlalu kurus sehingga menampakkan segala tulang, Caro akhirnya meninggal dunia ketika berusia 28 tahun. Sebagai seorang model, dia cukup terkenal dalam industri fesyen. Nasib Caro telah menjadi contoh bagi model-model junior supaya jangan sesekali berfikir bahawa menjadi terlalu kurus itu adalah perkara yang baik.
7. Lizzie Velasquez
7. Lizzie Velasquez
Lizzie Velasquez merupakan seorang gadis malang berasal dari Texas yang sering diejek sebagai perempuan yang mempunyai penampilan fizikal paling buruk di dunia. Velasquez lahir dalam keadaan prematur dengan berat hanya 0.9 kg tanpa memiliki sebarang lemak tubuh sehinggakan tidak mampu mencapai berat ideal. Meskipun makan seharian, Velasquez hanya mempunyai berat badan sebanyak 26.3 kg dalam usianya yang sudah menginjak 24 tahun. Kerana keadaan tubuhnya, Velasquez mengalami buta di salah satu matanya serta sindrom progeria dengan kesan kedutan melampau pada kulit.
8. Mischa Barton
8. Mischa Barton
Mischa Barton merupakan seorang pelakon filem berusia 27 tahun yang juga seorang model. Barton pernah terjebak dengan kes yang menyebabkan dia berurusan dengan polis seperti memandu di bawah pengaruh alkohol dan tidak memiliki lesen hingga kepada menghisap ganja. Namun, apa yang cukup menyedihkan adalah ketika dia menghidap penyakit anoreksia. Hal itu kelihatan ketika Barton menghadiri pertunjukkan fesyen Elie Saab at Palais de Tokyo yang menjadi sebahagian Paris Fashion Week di mana tubuhnya nampak kurus luar biasa dan membuatnya kelihatan cukup jelek.
9. Keira Knightley
9. Keira Knightley
Memulakan karier antarabangsa melalui rancangan BEND IT LIKE BECKHAM pada tahun 2003, nama Keira Knightley yang juga seorang model ini semakin meningkat terutamanya ketika terlibat dalam filem saga PIRATES OF THE CARIBBEAN. Tubuhnya yang sangat kurus pernah membuatkan Knightley dianggap mengalami penyakit anoreksia kerana sejarah keluarganya pernah mengalami hal yang sama. Knightley menafikan berita tersebut dan memilih untuk menghilangkan diri selama setahun untuk kembali mencapai berat ideal seperti ketika ini.
10. Taylor Armstrong
10. Taylor Armstrong
Bintang The Real Housewives of Beverly Hills ini pernah membuat masyarakat terkejut dengan keadaan tubuhnya pada bulan April 2011. Ketika itu, Taylor Armstrong yang kini sudah berusia 42 tahun itu telah kehilangan sekitar 9 kg dalam tempoh masa dua bulan yang berpunca akibat masalah rumah tangganya. Keadaan Armstrong itu membuatnya tulang rusuknya menonjol dengan perut cekung yang membuatkan ramai orang takut dia mengalami penyakit anoreksia.
Sunday, August 25, 2013
Gangsta Rap - Genre Muzik Untuk Meningkatkan Kadar Jenayah *0*
Muzik merupakan bunyi yang diterima oleh seseorang individu dan ia berbeza mengikut citarasa seseorang itu..Dengan lambakan genre muzik seperti jazz, pop, classic, rock, balada dan lain-lain mungkin salah satunya merupakan genre yang anda minati dan dihayati sepenuhnya..Namun, tahukah anda bahawa terdapat genre yang dikenali sebagai 'Gangsta Rap' yang mampu menaikkan kadar jenayah? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..
Sebuah blog iaitu Hip Hop is Read pernah menulis sebuah artikel yang kini tersebar ke seluruh dunia Internet. Dalam tulisan tersebut, ia tertulis bahawa sebuah pertemuan rahasia yang dihadiri oleh 25 hingga 30 tokoh ternama dalam industri musik telah memutuskan untuk membuat genre baru agar kadar tahanan di dalam penjara semakin meningkat.
Oleh itu genre yang dikenali sebagai 'Gangsta Rap' pun tercipta. 'Gangsta Rap' adalah sebuah subgenre dari muzik hip hop yang berkembang dari 'hardcore hip hop' dan ia bermaksud untuk mencerminkan kejahatan dan gaya hidup ganas orang muda di dalam kota.
Gangsta adalah perkataan non-rhotic dari suku kata gangster. Gangsta Rap menjadi subgenre yang paling menguntungkan secara komersial. Beberapa orang rapper dalam genre muzik ini turut dikaitkan, atau dituduh memiliki hubungan dengan pertubuhan geng-geng haram.
Genre ganas ini telah mengundang pelbagai kontroversi dan persepsi buruk masyarakat serta tidak terlepas dari menerima pelbagai kritikan dari pemimpin politik hingga kepada pemimpin agama, yang telah menuduh genre muzik berkenaan dalang dalam mempromosikan kejahatan, pembunuhan bersiri, keganasan, perkara tidak senonoh, ketagihan seks, homofobia, rasisme, pergaulan bebas, kebencian terhadap wanita, pemerkosaan, geng jalanan, kes tembakan, vandalisme, rompakan, dadah, penyalahgunaan alkohol, materialisme, dan narsisisme.
Walaubagaimana pun, mereka yang terlibat dalam genre muzik ini sering membela diri dengan mengatakan bahawa mereka menggambarkan realiti kehidupan dalam kota, dan hanya mengadaptasi sesuatu karakter, seperti seorang pelakon memainkan peranan wataknya dalam berkelakuan dengan cara yang mereka mungkin tidak pernah lakukan sebelumnya.
Melihat dari segi lirik yang dikarang, Gangsta Rap yang sering membahaskan tentang senjata, ubat-ubatan dan hal-hal lain seumpamanya. Namun, lirik karangan tanpa menyebut identiti sebenar itu akhirnya dianggap sebagai satu pembohongan semata-mata.
Alasan pihak berkuasa adalah sistem hukuman di Amerika Syarikat pada tahun 80-an dan 90-an sudah memadai untuk menghukum jenayah dan perkara-perkara lain seperti ini. Mereka tidak memerlukan bantuan Gangsta Rap untuk menyumbat lebih ramai penjenayah ke penjara.
p/s: Entah apa yang disebut dalam irama rap ni pun aku tak paham, baik layan lagu-lagu lama lagi syok..Baru tangkap lentok..Hehehe

[Hebat] Mesin Jualan French Fries Pertama Di Dunia =D
Jejari kentang goreng atau 'french fries' merupakan hidangan snek yang sangat digemari oleh semua orang..Namun, bagi menikmatinya, seseorang itu harus berkunjung ke restoran makanan segera atau sekadarnya memasaknya di rumah..Berhadapan dengan cabaran tersebut, sebuah mesin jualan yang memasak dan menjual 'french fries' telah ditempatkan di Belgium, malah menjadi mesin jualan pertama di dunia seumpamanya..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Hanya dalam masa 90 saat, mesin jualan layan diri ini boleh menyediakan hidangan french fries panas bersaiz individu yang dimasak menggunakan lemak daging lembu atas permintaan orang ramai. Anda hanya perlu memasukkan wang sebanyak €2.50 ($3.36) dan setiap hidangan akan disediakan dalam cawan kertas bersama dengan garpu serta pilihan citarasa sama ada mahu meletakkan mayonis atau sos. Mesin ini merupakan ciptaan syarikat Belgium iaitu BreakTime Solutions dan terletak di pintu masuk sebuah pasar raya di Brussels.
p/s: Sekarang ni semua makin mudah dan cepat =D

Subscribe to:
Posts (Atom)