Sunday, December 1, 2013

[Menarik] Seluar Jeans Terbesar Di Dunia =D

Pada hari ini, seluar jeans bagaikan telah menjadi satu fenomena fesyen bagi semua orang di seluruh dunia..Disebabkan itu, di Peru, mereka telah berjaya membuat sepasang seluar jeans yang kini telah diiktiraf sebagai seluar jeans terbesar di dunia..Nak tahu apa rupanya, meh usha kat bawah ni..


Sebuah syarikat menjahit pakaian iaitu Seamstresses yang berpusat di Peru telah membuat rancangan untuk mendapatkan pengiktirafan dari Guinness World Records dengan membuat sepasang seluar jeans terbesar di dunia. Seluar jeans gergasi ini mempunyai ukuran 141 kaki tinggi dan 98 kaki lebar dan berat sebanyak 7.5 tan. Rekod sebelum ini telah dipegang oleh bandar Medellin di Columbia dengan seluar jeans berukuran 114 kaki tinggi dan 82 kaki lebar. Kini, mereka hanya perlu menunggu untuk seluar jeans mereka untuk direkod dan diterima oleh pihak Guinness. Tidak ada wakil Guinness hadir, tetapi hanya pihak notari yang boleh menghantar dokumentasi bagi kumpulan itu telah hadir. Seluar jeans tersebut akan dikitar semula sebagai beg galas untuk kanak-kanak sekolah.


p/s: Perghh! Macam mana diorang jahit pun tak tahu laa..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Post a Comment