Thursday, January 30, 2014

[Hebat] Jurutera China Bina Bahagian Jambatan Seberat 17,000 Tan Dan Boleh Diputarkan..

Dalam proses pembinaan sebuah jambatan, sekiranya ia melintasi sebuah jalan raya, sudah tentu ia akan menyebabkan kesesakan trafik yang teruk dan menganggu lalu lintas dengan pelbagai lencongan..Mengetahui akan permasalahan itu, para jurutera di China ada cara penyelesaiannya yang tersendiri, iaitu dengan membina bahagian jambatan di seberang jalan sebelum disambungkan pada bahagian yang lain..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Jurutera pintar di China telah menjadi yang pertama membina sebahagian daripada bahagian jambatan yang besar dan boleh diputarkan terus ke tempat penyambungan supaya tidak menganggu laluan kereta api yang berada di bawahnya. Bahagian seberat 17,000 tan itu yang di bina di Bandar Wuhan itu telah dipasang di tempatnya pada 15 Januari lalu yang selepas di bina selari dengan landasan kereta api berkelajuan tinggi itu.

Keseluruhan proses putaran itu hanya mengambil masa selama 90 minit  dan ia dipasang pada kadar 106 darjah pada paksi setinggi 15 meter. Ini adalah penyelesaian intuitif yang pertama bagi China, kerana landasan kereta api itu dianggap terlalu penting untuk ditutup walaupun untuk sementara waktu. Apabila siap, jambatan sepanjang 256 meter akan melintasi 11 landasan kereta api termasuk landasan kereta api sepanjang 1,428 batu bagi perkhidmatan Beijing-Guangzhou ini.

Jambatan ini dijadualkan akan dibuka untuk lalu lintas pada akhir bulan ini. Dengan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di negara ini menjadi yang terbesar di dunia, maka tidak hairanlah kenapa jurutera tidak mahu menghentikan perkhidmatan kereta api ini semata-mata untuk menyambung bahagian jambatan ini. Masalah keperluan telah membuatkan para jurutera ini datang dengan idea penyelesaian yang kreatif dan inovatif, membuktikan bahawa jurutera boleh membuatkan segala-galanya mungkin


p/s: Hebat jugak diorang ni..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Wednesday, January 29, 2014

[Video] KURATAS: Robot Tempur Pertama Di Jepun Yang Boleh Dipandu =D

Bagi anda yang meminati anime fiksyen robot dari Jepun seperti Neon Genesis Evangelion, Gundam, Kurogane Linebarrels dan lain-lain lagi, sudah tentu anda terbayang untuk memiliki sebuah mesin robot yang boleh dipandu oleh manusia dan mudah untuk mengikut arahan..Kini, teknologi sebegitu telah wujud di Jepun apabila mereka berjaya mencipta sebuah robot yang diberi nama KURATAS..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Prototaip robot yang digelar KURATAS ini merupakan robot tempur Jepun yang pertama boleh dipandu oleh seorang manusia. Robot ini juga dilengkapi dengan senjata yang mampu menembak 100 biji peluru sesaat dan bergerak pada kelajuan 10 km/j. Ia juga mempunyai sendi lengan yang sempurna bagi memudahkan pergerakan dan sistem senjata hanya akan diaktifkan apabila si pemandu tersenyum.

Kos pembinaan robot tempur ini menelan belanja sebanyak USD$1 Juta. Ia juga dilengkapi dengan teknologi sistem kawalan sensor pergerakan yang boleh dikawal oleh si pemandu yang berada di dalam kokpit atau dikawal menggunakan telefon pintar yang mempunyai 3G atau talian data yang pantas. 

Selain itu, robot tempur yang dilengkapi senjata berat ini juga boleh memuntahkan 6,000 butir peluru hanya dalam masa 1 minit. Ia juga boleh didapati dalam warna kelabu dan merah jambu.


Video:


p/s: Mungkin akan jadi senjata alaf baru suatu hari nanti..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Tuesday, January 28, 2014

[Hebat] Lelaki China Ini Kembungkan Tayar Hanya Dengan Menggunakan Hidungnya..

Selalunya, bagi mengembungkan tayar kenderaan, kita hanya perlu pergi ke stesen minyak berdekatan atau kedai tayar berhampiran untuk mengisi angin pada tayar kenderaan..Namun, berbeza dengan seorang lelaki China ini, dia mampu mengembungkan empat tayar sekaligus hanya dengan menggunakan hidungnya..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Ni Jongbing (63) yang berasal dari China telah melakukan perkara yang benar-benar hebat dan sangat luar biasa! Lelaki ini berjaya mengembungkan empat tayar dengan cara yang amat pelik dan menarik iaitu hanya menggunakan hidungnya sahaja. Walaupun berjaya mengembungkan empat tayar kereta sekaligus, dia merasakan tugasan itu sangat mudah untuk dilakukan. 

Bagi meningkatkan lagi tahap kesukaran, dia menyuruh lapan orang dewasa berdiri di atas tiub tayar yang akan dikembungkannya iaitu dua orang pada setiap tiub. Dia hanya memerlukan masa selama 21 minit untuk mengembungkan keempat-empat tayar tersebut. Bakat tersembunyi yang anda pada Jongbing telah ditemui kira-kira tiga tahun lalu apabila doktor memberitahunya untuk meniup menggunakan hidung untuk meningkatkan tahap kesihatannya. 



Video:

p/s: Kuat betul hidung pak cik ni..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Monday, January 27, 2014

[Fakta] Khidmat Mengepos Kanak-Kanak Pernah Dibenarkan Pada Tahun 1913 =D

Khidmat menghantar surat merupakan perkhidmatan yang sangat penting pada suatu ketika dahulu iaitu sebelum wujudnya sistem pengantaraan elektronik seperti telefon bimbit, SMS dan e-mail..Namun, tahukah anda bahawa khidmat mengepos kanak-kanak pernah dibenarkan pada suatu ketika dahulu? Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Apabila khidmat menghantar bungkusan domestik diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1913, rakyat Amerika akhirnya dapat menghantar barangan mereka di seluruh negara pada harga yang berpatutan.

Pada awalnya, sesetengah daripada mereka memilih untuk menyalahgunakan perkhidmatan baru ini. Sekurang-kurangnya, seramai dua orang telah berjaya menghantar kanak-kanak ini dengan bantuan setem menggunakan perkhidmatan pos ini sebelum ia berjaya dikesan oleh Ketua Jabatan Pos yang akhirnya mengeluarkan peraturan baru mengharamkan amalan ini.

Muzium Pos Negara di Amerika Syarikat masih lagi menyimpan gambar yang dianggap lucu ini untuk dipamerkan sebagai tatapan masyarakat hari ini mengenai pahit maung sistem perkhidmatan pos barangan pada masa itu.


p/s: Macam-macam..Hehehe..


Wednesday, January 22, 2014

[Comel] Didga - Kucing Yang Bermain Skateboard =D

Bagi peminat haiwan terutamanya kucing, sudah tentu keletah haiwan comel ini mampu menggamit perhatian dan menghiburkan hati anda..Lebih-lebih lagi sekiranya haiwan ini mampu melakukan perkara yang amat digemari sebilangan orang iaitu bermain papan selaju (skateboard)..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Kucing yang diberi nama Didga ini merupakan seekor kucing yang sangat unik di mana ia boleh bermain skateboard lagak seperti seorang manusia. Didga bersama pemiliknya boleh ditemui di bandar Coolangatta, iaitu sebuah bandar pesisir pantai di Gold Coast, Australia. Sebenarnya, skateboard yang dinaiki oleh Didga dikawal oleh alat kawalan jauh dan diberi nama sebagai Ollie.

Akhbar My Modern Metropolis berkata, "Menurut maklumat yang disampaikan oleh pelatih haiwan, Robert Dollwet yang bekerja di Malibu Dog Training dan berpangkalan di Australia, kucing akrobatik yang boleh melompat turun dan naik skateboard dengan mudah sebenarnya mampu menguruskan dan mengatasi halangan-halangan di sepanjang jalan (seperti melompat di atas seekor anjing Rottweiler). Di sini, Didga telah membuktikan anjing bukan satu-satunya haiwan yang boleh bermain skateboard dengan penuh gaya."


Video:


p/s: Comel kan? Nak sekor (^_^)

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Tuesday, January 21, 2014

[Unik] Wanita Cantik Ini Sewa Papan Iklan Untuk Cari Calon Suami =D

Papan iklan yang sering kita temui di tepi-tepi jalan sememangnya menjadi alat komersial yang amat berkesan dalam menjual sesuatu produk..Namun, bagi seorang wanita ini, dia telah mengubah cara penggunaan papan iklan ini bukan untuk mempromosikan produk, tetapi untuk mempromosikan dirinya sendiri bagi mencari seorang calon suami..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Ketika ini, boleh dikatakan ramai wanita di Asia yang menerima tekanan daripada ahli keluarga untuk segera berkahwin dan mendirikan rumah tangga. Berbeza dengan wanita yang dikenali sebagai Huang Lijuan ini, dia mempunyai cara yang unik untuk mencari calon suami. Dia dikatakan dengan rela hati telah menyewa sebuah papan iklan besar bagi mencari calon yang sesuai untuk mendampingi hidupnya. Setidak-tidaknyanya, apa yang dia lakukan jauh lebih baik dari para wanita yang sibuk dengan kerja hingga terpaksa mencari teman lelaki sewaan seperti yang berlaku di Jepun dan China. Ada pihak yang mengatakan, wanita yang sibuk dengan kerjaya amat sukar untuk mendapat jodoh.

Namun, Huang Lijuan tidak mahu menunjuk-nunjuk apa yang dia miliki. "Aku mempunyai rumah, kereta dan pekerjaan. Ingin mencari Mr. Right dan kebahagiaan di 2014", tulisnya sebagai promosi dalam papan iklan tersebut.

Dengan bergambar di atas kuda dan memakai gaun pengantin, wanita cantik dengan segera mendapat perhatian dari ramai lelaki untuk mengahwininya. Walaubagaimanapun, Huang Lijuan telah menetapkan beberapa syarat dan diantaranya adalah lelaki tersebut mestilah seorang yang pembersih, positif, hormat dan sayang pada orang tua bertanggungjawab dan ketampanan bukanlah segalanya.

Papan iklan tersebut disewa pada kadar 1juta Yuan sehari. Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak berasa ragu dengan kebenaran dari promosi di papan iklan tersebut.


Sumber: AsianTown.net

p/s: Siap boleh promote diri lagi..Ada ke sesiapa kat sini yang berkenan? =D


Monday, January 20, 2014

[Gambar] Koleksi Bola Sepak Piala Dunia Dari Tahun 1930 Hingga 2014 =D

Tahun 2014 merupakan tahun yang amat dinanti-nantikan oleh peminat sukan bola sepak di seluruh dunia kerana pada tahun ini lah, temasya sukan paling hebat iaitu Piala Dunia 2014 dijadualkan akan berlangsung bermula dari 12 Jun 2014 hingga 13 Julai 2014..Walaubagaimana pun, jarang bagi peminat bola sepak mengenali bola-bola yang pernah digunakan semenjak lahirnya Piala Dunia secara rasmi pada awal tahun 1930-an..Bagi anda yang nak tahu, meh usha kat bawah ni..

1. Piala Dunia di Uruguay - 1930

2. "Federale 102", Piala Dunia di Itali - 1934

3. Model "Allen", Piala Dunia di Perancis - 1938

4. "Super Duplo T", Piala Dunia di Brazil - 1950

5. Piala Dunia di Switzerland - 1954

6. Piala Dunia di Sweden - 1958

7. "Crack", Piala Dunia di Chile - 1962

8. "Slazenger", Piala Dunia di England - 1966

9. "Telstar", Piala Dunia di Mexico - 1970

10. Piala Dunia di Jerman - 1974 (bola sama seperti tahun 1970)

11. "Tango Durlast", Piala Dunia di Argentina - 1978

12. "Tango Espana", Piala Dunia di Sepanyol - 1982

13. "Azteca", Piala Dunia di Mexico - 1986

14. "Etrusco Unico", Piala Dunia di Itali - 1990

15. "Questra", Piala Dunia di USA - 1994

16. "Tricolore", Piala Dunia di Perancis - 1998

17. "Fevernova", Piala Dunia di Jepun dan Korea Selatan - 2002

18. "Teamgeist", Piala Dunia di Jerman - 2006

19. "Jabulani", Piala Dunia di Afrika Selatan - 2010

20. "Brazuca", Piala Dunia di Brazil - 2014 (Terbaru)

Video:


p/s: Menggamit memori bukan? Tak sabar nak tunggu sepak mula Piala Dunia tahun ni =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Sunday, January 19, 2014

[Gambar] Babak-Babak Aksi Filem Bollywood Yang Tak Dapat Diterima Akal =D

Filem Bollywood atau Hindustan sememangnya mempunyai para peminatnya yang tersendiri terutamanya di Malaysia..Asal tiba hari minggu, sudah pasti mata akan melekat di kaca televisyen untuk menonton aksi hero Hindustan yang di minati walaupun ada kalanya aksi tersebut tidak dapat diterima dari segi logik akal..Nak tengok babak-babak aksi tersebut, meh usha kat bawah ni..



p/s: Macam mana punya membohong pun, layan jugak..keh keh keh! =D