Monday, March 31, 2014

[Comel] Lil Bub: Kucing Yang Suka Jelirkan Lidah :3

Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan manja dengan manusia, malah keletahnya juga mampu menghiburkan hati..Bagi seekor kucing yang dikenali sebagai Lil Bub ini, keletahnya yang suka menjelirkan lidah telah menarik perhatian ramai dan menjadikannya terkenal dalam dunia Internet..Nak tahu dengan lebih lanjut pasal kucing ni, meh usha kat bawah ni..

Lil Bub merupakan seekor kucing yang semakin terkenal dalam dunia Internet. Dengan jumlah pengikut yang agak ramai, kucing ini sememangnya mempunyai kriteria yang menarik. Selain dari benar-benar comel, kucing ini ternyata mempunyai sifat yang agak unik. Lil Bub telah ditemui di tempat sampah, diselamatkan dan dilahirkan dengan pelbagai anomali genetik.

Kecacatan genetik pada kucing ini dipanggil "perma-kitten", yang bermaksud Lil Bub akan kekal saiz dan ciri-ciri seperti seekor anak kucing sepanjang hidupnya. Ia juga mempunyai kecacatan lain seperti kes dwarfism (kerdil) yang melampau, di mana ia tidak mempunyai anggota badan yang seimbang secara relatif ke seluruh tubuhnya dan mempunyai kesukaran untuk bergerak.

Ia mempunyai kaki yang kontot dan badan yang panjang. Rahang bawahnya jauh lebih pendek dari rahang atasnya, dan giginya tidak pernah berkembang dan ia menjadi salah satu sebab kenapa lidahnya sering terjelir dan tergantung. 

Selain itu, Lil Bub juga adalah sejenis kucing polydactyl, yang bermakna ia mempunyai jari tambahan dan dalam kes ini, satu jari tambahan pada setiap kakinya. Dan satu lagi sudah tentu mata besarnya yang berwarna hijau.


p/s: Alaaa..Comeynyaaaa~~ (n_n)


[Hebat] Remaja 14 Tahun Ini Buktikan Dengan Menukar Font Tulisan, Kerajaan AS Mampu Jimatkan US$400 Juta

Kebanyakkan orang mungkin tidak menyangka bahawa dengan mengubah font tulisan pada helaian dokumen penting boleh menjimatkan wang perbendaharaan kerajaan..Namun, seorang remaja berusia 14 tahun berjaya membuktikannya malah sekaligus menasihati kerajaan AS untuk melakukan perubahan tersebut..Nak tahu? Meh usha kat bawah ni..



Seorang remaja berusia 14 tahun yang berasal dari Pennsylvania telah berjaya mencari jalan bagi membantu kerajaan untuk menjimatkan hampir US$400 juta setahun, hasil dari projek sains yang dibuatnya.

Pelajar berkenaan, Suvir Mirchandani telah mendapati bahawa berjuta-juta dolar setahun boleh dijimatkan oleh pihak sekolah sekitar daerahnya dan agensi kerajaan dengan menukar kepada font Garamond pada helaian dokumen.

Apabila dia membandingkan harga dakwat, yang lebih mahal dari harga sebotol minyak wangi, dan bilangan dokumen bercetak setiap tahun, remaja ini sedar dia boleh mengurangkan pembaziran dan menjimatkan wang.

Idea untuk projek sains berkaitan jenis-jenis font ini datang apabila beliau sering mendapat sebilangan besar nota di sekolahnya, Dorseyville Middle School. 

Video:


p/s: Menarik juga projek dia ni =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Saturday, March 29, 2014

10 Bunker Rahsia Bawah Tanah Yang Boleh Menyelamatkan Anda Sekiranya Berlaku Perang Nuklear

Bunker atau tempat perlindungan yang terletak di bawah tanah sememangnya sudah lama dipraktikkan bagi melindungi para pemimpin tertinggi sesebuah negara terutamanya jika ia berkaitan dengan peperangan dan ancaman luar yang lain..Di sini terdapat 10 buah bunker rahsia yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku perang nuklear pada masa akan datang..Nak tahu? Meh usha kat bawah ni..


1. Svalbard Global Seed Vault (Norway)
Bilik kebal ini terletak di sebuah kawasan terpencil Artik di Norway pada jarak hanya 810 kilometer dari Kutub Utara. Bilik kebal ini berfungsi seperti bahtera Nabi Nuh yang direka untuk menyimpan dan melindungi benih tumbuh-tumbuhan.

2. Denver International Airport (Colorado)
Lapangan terbang ini merupakan salah satu lapangan terbang yang tersibuk dan terbesar di dunia. Ia mempunyai keluasan sebanyak 53 batu persegi dan dikhabarkan mempunyai kubu rahsia yang dibina di bawah bangunan yang terletak di atas dataran. Lima bangunan dikatakan dibina secara "tidak betul" dan bangunan lain telah dibina di atasnya.

3. The Shanghai Complex (China)
Kebanyakan butiran mengenai fasiliti rahsia ini masih tersimpan dengan rapi dan tersembunyi. Namun, apa yang diketahui, ia mempunyai sebuah kubu bawah tanah dengan keluasan 1 juta kaki persegi dan mampu memuatkan seramai 200,000 orang. Bilik kebal ini mampu menahan kuasa letupan, radiasi nuklear dan gas-gas beracun.

4. Burlington Bunker (United Kingdom)
Ia merupakan bandar era Perang Dinging dengan keluasan 35 ekar dan terletak kira-kira 100 kaki di bawah permukaan Corsham. Tapak ini telah dibina oleh kerajaan British pada tahun 1950 dan diberi nama kod "Burlington". Ia mampu memuatkan 6,000 orang selama tiga bulan dan menahan serangan senjata nuklear.

5. The Greenbrier Bunker (Virginia)
Kerajaan AS telah membina bilik tambahan pada hotel ini pada tahun 1958 dan sebagai pertukaran, mereka dibenarkan untuk membina kubu berkeluasan 120,000 kaki persegi di bawahnya. Kubu itu kekal rahsia sehingga tahun 1990 apabila ia didedahkan kepada umum dan dinyahfungsikan.

6. Iron Mountain (Massachusetts)
Kubu bawah tanah ini pada asalnya dibina oleh sebuah syarikat perkhidmatan pengurusan maklumat. Walaupun tujuan asalnya bukanlah sebagai sebuah bilik kebal rahsia, ia telah disenaraikan sebagai sebuah tempat yang paling selamat di planet ini. Kubu ini mempunyai keluasan 10,000 kaki persegi dalam sebuah lombong batu kapur berkeluasan 1,000 ekar.

7. The Moscow Metro (Rusia)
Sistem kereta api bawah tanah ini juga merupakan sebuah stesen kereta api bawah tanah rahsia dan juga sebuah kubu. Ia bagaikan sebuah bandar tersembunyi di bawah ibu kota Moscow. Kebanyakan Metro ini telah dibina oleh Stalin semasa era Perang Dingin.

8. Raven Rock Mountain Complex (Pennsylvania-Maryland)
Terdapat lima bangunan tiga tingkat di kompleks ini bagi tujuan menempatkan semula fungsi Pentagon sekiranya terjejas. Kompleks ini lengkap dengan segala kemudahan seperti klinik pergigian, bar, kedai gunting rambut dan juga Starbucks.

9. Cheyenne Mountain (Colorado)
Terletak 2,000 kaki di dalam pergunungan batu granit, kemudahan ini dibina bagi menahan letupan nuklear sekuat 5 megaton pada jarak 1.7 batu. Ia disenaraikan sebagai sebuah tempat yang paling selamat di Colorado.

10. Mount Weather (Virginia)
Kemudahan perintah awam (Civilian Command Center) ini merupakan sebuah kubu yang juga digunakan sebagai sebuah tempat pusat arahan untuk Badan Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA). Sebarang pengumuman kecemasan yang dibuat oleh Presiden atau Sistem Amaran Kecemasan FEMA mungkin datang dari tempat ini. Tapak ini diperkukuhkan dengan bangunan di atas permukaan dan kubu di bawah tanah.

p/s: Dengan kuasa Allah, tempat paling selamat pun belum tentu lagi selamat..


Wednesday, March 26, 2014

[Menarik] Phonejoy - Alat Kawalan Konsol Untuk Telefon & Gajet Yang Mampu Menyokong 400 Permainan

Dengan lambakan alat kawalan konsol yang dijual di pasaran hari ini, kebanyakkan hanya sesuai untuk konsol permainan video dan tidak banyak yang menepati citarasa pada masa kini terutamanya pada mereka yang sering bermain permainan video di dalam telefon atau gajet..Mujurlah, terdapat sebuah syarikat yang peka mengenai masalah ini dan muncul dengan jalan penyelesaiannya..Nak tahu, meh usha kat bawah ni..


The Phonejoy merupakan alat kawalan konsol serba guna untuk telefon dan gajet anda. Peranti ini turut mempunyai mekanisme gelongsor yang boleh disesuaikan dengan apa jua saiz gajet, dan menyediakan semua fungsi konsol permainan dengan D-Pad, butang, thumbsticks dan sebagainya.  

Peranti ini juga kelihatan cantik dan kemas, dan disebabkan saiznya yang kecil, ia boleh dibawa ke mana sahaja, sama ada diletakkan di dalam beg atau pun di dalam poket. Faktanya kini, beberapa pihak yang terlibat dalam penciptaan konsol ini telah membolehkan ia menyokong hampir 400 permainan untuk sistem operasi Android dan IOS, yang menjadikannya lebih berbaloi untuk dimiliki.


p/s: Boleh beli ni =D


Cuba Bayangkan Bagaimana Filem Hari Ini Dibuat Tanpa Kesan Grafik Khas =D

Dalam industri perfileman hari ini, penggunaan skrin hijau dan kesan grafik khas merupakan sesuatu yang penting bagi menampakkan suasana aksi dan luar biasa benar-benar berlaku..Tapi, sekiranya kesan grafik khas ini tidak wujud, boleh anda bayangkan apa yang boleh berlaku pada filem hari ini? Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..









p/s: Baru la ada feel tengok citer =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Tuesday, March 25, 2014

[Panas!!] Keluarga Penumpang MH370 Di Beijing Tuduh "Kerajaan Malaysia Pembunuh"

Keluarga penumpang MH370 berdemo depan Kedutaan Malaysia di Beijing, mereka sifatkan Kerajaan Malaysia sebagai penipu..Mereka turut tidak dapat menerima pengumuman Datuk Seri Najib semalam yang menyimpulkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi tanpa mendedahkan sebarang bukti fizikal..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Sekumpulan ahli keluarga penumpang warga China bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut lebih banyak jawapan mengenai pesawat terhempas itu, lapor AFP.

Menurut AFP, kira-kira 200 ahli keluarga, sesetengahnya menangis sampai berpimpin tangan menjeritkan slogan "Kerajaan Malaysia pembunuh" dan "Kami mahu keluarga kami semula".

Pejabat kedutaan terletak empat kilometer dari Lido Hotel di mana pertemuan di antara wakil Kerajaan Malaysia dengan keluarga penumpang MH370 dilakukan.

Drama terbaru itu berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kebiasaannya, pihak berkuasa China akan bertindak tegas terhadap sebarang perhimpunan di Beijing.

Pegawai polis berpakaian hitam menghadang jalan menuju ke kedutaan Malaysia, lapor AFP.

Ahli keluarga yang tidak mahu dinamakan dan juga pemimpin tidak rasmi kumpulan tersebut memberitahu AFP, polis "mungkin sudah tahu" mengenai demonstrasi tersebut.



Video:


Sumber: OhDunia.my

p/s: Moga mereka tabah menghadapi dugaan..Al-Fatihah.

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Monday, March 24, 2014

[Awesome!!] Perhentian Bas Dengan Iklan Terbaru Pepsi Max Yang Sukar "Dipercayai" =D

Tempat perhentian bas pada hari ini seolah-olah menjadi medium untuk menarik perhatian orang ramai pada sesuatu produk yang baru dipromosikan..Tidak ketinggalan, pihak Pepsi juga telah berminat untuk menggunakan perhatian bas untuk mempromosikan produk minuman terbaru mereka..Nak tengok? Meh usha kat bawah ni..



Nampaknya, pihak Pepsi kini semakin kreatif dengan idea yang unik dalam menarik perhatian umum. Iklan terbaru Pepsi Max ini benar-benar mengejutkan mereka yang menunggu di perhentian bas dengan pengalaman yang sungguh "luar biasa". Iklan ini telah dipasang pada salah satu perhentian bas di New Oxford Street di London.

Video:


p/s: Cool kan? =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Saturday, March 22, 2014

[Hebat] Imej Burung Nuri Ini Sebenarnya Adalah Seorang Manusia =D

Bakat dalam bidang seni sememangnya tidak mempunyai batasan sempadan..Walaupun ia kelihatan mustahil untuk dilakukan oleh orang biasa, mereka yang mempunyai bakat tersendiri ini boleh melakukannya terutamanya seperti seorang artis di bawah ini yang boleh melukis dengan menggunakan tubuh badan manusia..Nak tahu apa yang dilukisnya, meh usha kat bawah ni..

Johannes Stoetter, seorang artis seni berbakat dalam menggunakan berus dan mengorientasikan warna telah berjaya mengubah seorang model menjadi seekor burung nuri Macaw yang cantik.

Dalam gambar di bawah, ilusi optik yang dilakukan oleh Stoetter nampak seperti hampir tidak kelihatan dengan mata kasar. Di sini, kita melihat bagaimana model tersebut dicat dengan teliti untuk menggaburi garisan badannya dan menjadikan ia sebati seolah-olah seperti lukisan burung nuri yang sebenar.

Seni beliau tidak hanya memerlukan mata yang baik dalam pilihan warna dan teknik lukisan, tetapi juga memerlukan kefahaman bagaimana untuk menggunakan, menggabungkan dan menggaburkan bentuk asal model bagi mencapai kesan yang di ingini oleh beliau.


p/s: Hebatkan? =D