Tuesday, March 25, 2014

[Panas!!] Keluarga Penumpang MH370 Di Beijing Tuduh "Kerajaan Malaysia Pembunuh"

Keluarga penumpang MH370 berdemo depan Kedutaan Malaysia di Beijing, mereka sifatkan Kerajaan Malaysia sebagai penipu..Mereka turut tidak dapat menerima pengumuman Datuk Seri Najib semalam yang menyimpulkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi tanpa mendedahkan sebarang bukti fizikal..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Sekumpulan ahli keluarga penumpang warga China bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut lebih banyak jawapan mengenai pesawat terhempas itu, lapor AFP.

Menurut AFP, kira-kira 200 ahli keluarga, sesetengahnya menangis sampai berpimpin tangan menjeritkan slogan "Kerajaan Malaysia pembunuh" dan "Kami mahu keluarga kami semula".

Pejabat kedutaan terletak empat kilometer dari Lido Hotel di mana pertemuan di antara wakil Kerajaan Malaysia dengan keluarga penumpang MH370 dilakukan.

Drama terbaru itu berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kebiasaannya, pihak berkuasa China akan bertindak tegas terhadap sebarang perhimpunan di Beijing.

Pegawai polis berpakaian hitam menghadang jalan menuju ke kedutaan Malaysia, lapor AFP.

Ahli keluarga yang tidak mahu dinamakan dan juga pemimpin tidak rasmi kumpulan tersebut memberitahu AFP, polis "mungkin sudah tahu" mengenai demonstrasi tersebut.



Video:


Sumber: OhDunia.my

p/s: Moga mereka tabah menghadapi dugaan..Al-Fatihah.

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Post a Comment