Tuesday, April 29, 2014

[Gempak] IBM Perkenalkan Muka Depan Majalah Paling Kecil Di Dunia =D

Penghasilan muka depan yang menarik untuk majalah merupakan sesuatu yang sangat penting dalam strategi pemasaran bagi menarik minat dan perhatian pembeli kepada isu-isu baru yang diketengahkan..Namun, bagaimana pula dengan muka depan majalah yang bersaiz nano? Yakni yang terkecil di dunia? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..

Pihak National Geographic Kids dan IBM telah memperkenalkan muka depan majalah yang terkecil di dunia, iaitu lebih kecil dari saiz garam. Pengumuman itu dibuat di USA Science and Engineering Festivals di Washington D.C. Ia juga telah memegang gelaran rasmi sebagai muka depan majalah paling kecil di dunia, seperti yang dinyatakan pihak Guinness Book of World Records.

Gambar muka depan majalah berkenaan adalah salinan skala kelabu bagi majalah National Geographic Kids, di mana tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Melihat imej berkenaan pada mikroskop biasa akan menghasilkan imej kabur muka depan majalah berkenaan. Untuk melihatnya dengan lebih jelas, anda perlu menggunakan mikroskop elektron.

Tidak seperti pencetak 3D tradisional, IBM menggunakan pencetak khas nano untuk imej yang paling kecil. Hujung pencetak silikon perlu berada pada suhu kira-kira 1,000 darjah Celcius yang boleh mengewapkan inden dakwat pada kedalaman yang berbeza-beza. Sudah tentu, ciri-ciri bagi setiap piksel pada imej yang diimbas juga boleh berubah-ubah.

Hujung pencetak nano adalah lebih kecil dari hujung mata pensel, dan ia digunakan bagi menyiapkan muka depan majalah 3D ini. Ia mengambil masa selama 10 minit mencetak muka depan majalah National Geographic Kids berkenaan, yang kini merupakan muka depan majalah terkecil di dunia.


P/S: Perghhhh!! Kecik gilaaa!


Monday, April 28, 2014

[Fenomena] Katak Pemalas Ini Menumpang Di Belakang Ikan Emas =D

Dalam kehidupan normal alam semulajadi, setiap hidupan mempunyai tanggungjawabnya yang tersendiri untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat..Namun, berbeza dengan seekor katak ini di mana ia hanya menumpang seekor ikan emas untuk bergerak dan situasi ini telah berjaya dirakam oleh seorang jurugambar..Nak tengok dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Ini merupakan saat yang sangat menakjubkan apabila berpeluang melihat seekor katak bergerak dari satu tempat di dalam kolam ke satu tempat yang lain dengan menumpang di belakang seekor ikan emas. Katak ini dilihat melompat ke atas belakang ikan emas tersebut dan memautnya dengan kuat supaya tidak terjatuh. Dengan bergelut ke kiri dan ke kanan, ikan emas itu cuba melepaskan diri dari cengkaman katak tersebut tetapi katak itu enggan melepaskan cengkamannya.

Andree Siwadi, 70, telah melihat interaksi pelik antara dua ekor haiwan berkenaan ketika sedang memberi ikan makan di kolam tamannya yang terletak di Winton, berhampiran Bournemouth di Dorset. Pesara jururawat yang juga seorang nenek kepada empat orang cucu ini berkata, "Saya telah melihat seekor katak menumpang di belakang seekor ikan emas dan saya berfikir ia merupakan sesuatu yang luar biasa dan perlu mengambil gambar pada saat itu,"

"Selepas itu, saya mengangkat katak tersebut dan meletakkannya kembali di kawasan rumput kerana saya bimbang ia akan menjejaskan kolam ikan emas yang dimiliki oleh saya dan dinamakan bersempena cucu-cucu saya."

"Saya tidak pernah melihat kejadian seumpama itu sebelum ini dan saya telah tinggal di kawasan kampung sepanjang hidup saya, tetapi saya masih tidak faham kenapa katak berkenaan berkelakuan seperti tu."


p/s: Kesian ikan emas tu, nak kena dukung katak pemalas tu =D



Sunday, April 27, 2014

[Menarik + Unik] Villa Escudero Resort: Restoran Air Terjun Di Filipina =D

Bagi anda yang gemarkan percutian sambil mencari tempat menjamu selera yang unik dan menarik, anda boleh cuba berkunjung ke Villa Escudero Resort yang terletak di Filipina..Nak tahu apa yang menariknya dengan restoran tersebut, meh usha kat bawah ni..

"Dining al fresco" (cara unik untuk tempat makan di ruang terbuka) sangat baik untuk diamalkan terutamanya bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar dan dalam percutian. Konsep inilah yang ditekankan oleh sebuah restoran di Villa Escudero Resort yang terletak di San Pablo City, Filipina. Restoran ini akan membawa anda menjamu selera pada satu tahap yang baru di mana anda akan duduk betul-betul di kaki air terjun Labasin Falls.

Makanan yang disajikan selalunya terdiri daripada masakan tempatan yang diletakkan di atas sebuah meja buluh buatan tangan sambil air terjun yang dingin mengalir melalui kaki anda. Anda juga boleh berjalan disekitar kawasan air terjun berkenaan sebelum menunggu hidangan utama dihidangkan.

Seluruh kawasan villa ini dikelilingi dengan pokok-pokok kelapa dan gunung-ganang yang indah dengan jarak yang sangat dekat dengan kawasan kampung-kampung di sekitarnya.


p/s: Nak basuh tangan pun senang, celup je =D


Saturday, April 26, 2014

[Menarik] Maskot Restoran McDonald's Kini Berwajah Baru =D

Dalam setiap strategi pemasaran, penggunaan maskot merupakan elemen yang paling penting dalam mempromosikan sesuatu produk contohnya seperti francais Restoran McDonalds ini..Penggunaan maskot badut berambut merah ini telah digunakan sejak sekian lama, malah dengan memperbaharui maskot berkenaan, ia seolah-olah memberi gambaran dan imej baharu terhadap francais makanan segera terkenal di dunia itu..Nak tengok apa rupanya, meh usha kat bawah ni..

Untuk berhadapan dengan pesaing dan para pelanggan masa kini, francais restoran makanan segera terbesar di dunia, McDonald's telah memperbaharui maskot ikon syarikat mereka.

Dengan menggugurkan maskot sebelum ini yang mengenakan pakaian tradisi berwarna kuning, Ronald McDonald kini dihiasi dengan vest berwarna merah dengan baju berjalur merah putih di bahagian dalamnya. Ia juga dipakaikan dengan tali leher kupu-kupu (bow tie) dan dilaporkan hanya dipakai apabila menghadiri "majlis-masjlis khas" sahaja.

Menurut AdAge, Ronald McDonald versi baru ini akan memainkan peranan yang lebih besar di saluran media sosial syarikat untuk mempromosikan kempen terbaru mereka iaitu "Fun makes great things happen".

Rekaan pakaian baru ini telah direka oleh seorang pereka pakaian teater yang telah bnyak kali memenangi anugerah iaitu Ann Hould-Ward. Kemas kini pakaian maskot ini kali terakhir dilakukan adalah pada tahun 2005.


p/s: Macam mana pendapat anda dengan kostum baru maskot ni? =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Wednesday, April 23, 2014

[Gambar] Bekas Tangki Minyak Pesawat Tempur US Semasa Perang Vietnam Dijadikan Sampan =D

Perang AS di Vietnam merupakan peperangan di antara 2 kuasa blok terbesar di dunia pada masa itu iaitu blok Barat dan blok Komunis..Namun, selepas jatuhnya pusat bandar Vietnam Selatan, Saigon ditangan tentera Komunis Vietnam Utara, pihak AS telah di isytiharkan kalah dan melarikan diri dari Vietnam..Walaubagaimana pun, masih terdapat aset-aset ketenteraan AS yang ditinggalkan dan telah digunakan oleh penduduk Vietnam pada hari ini terutamanya bekas tangki minyak pesawat tempur AS..Nak tahu apa yang mereka buat dengan benda tersebut, meh usha kat bawah ni..

Jet tempur taktikal banyak bergantung kepada bahan api JP-4 yang dimuatkan pada tangki minyak tambahan. Walaubagaimana pun, tangki bahan api ini akan memberikan berat tambahan, daya seretan yang berlebihan dan kesukaran untuk mengendalikan pesawat.

Dalam pertempuran sebenar, tangki bahan api tambahan ini akan dibuang apabila kosong atau sebaik sahaja pesawat perlu bergerak dengan cepat untuk menyerang pihak musuh dan mengelakkan diri dari ditembak oleh peluru berpandu.

Sepanjang tempoh Perang Vietnam, sebanyak beribu-ribu tangki bahan api ini telah dibuang disepanjang Asia Tenggara dan telah dimanfaatkan oleh penduduk sekitar untuk dibuat sampan atau bot laju.


p/s: Kreatif jugak diorang ni =D


[Gambar] Pesawat Nazi Yang Hilang Semasa Perang Dunia Ke-2 Ditemui Setelah 70 Tahun..

Perang Dunia Ke-2 telah menyaksikan sebagai sebuah peperangan yang paling banyak menggorbankan nyawa manusia yang berjumlah berjuta-juta orang kesemuanya..Malah, pelbagai misteri turut terungkai selepas peperangan tersebut berakhir contohnya seperti penemuan pesawat pihak Nazi yang dilaporkan hilang secara misteri pada tahun 1942..Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai penemuan tersebut, meh usha kat bawah ni..


Satu strap tali pinggang yang mempunyai lambang Nazi, pisau cukur dan sepasang kasut but merupakan antara barang-barang yang turut ditemui di dalam kapal terbang Nazi yang dilaporkan hilang 70 tahun lalu.

Barangan berkenaan dikatakan mampu membantu untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat pengangkut Luftwaffe yang baru-baru ini telah ditemui di dasar Laut Hitam oleh sekumpulan penyelam. Pesawat tersebut merupakan milik skuad 104th Transport Group Nazi dan dilaporkan hilang sewaktu dalam perjalanan untuk menjalankan satu misi  ketenteraan di bahagian Timur. 

Nasib pesawat dan 9 orang krew masih lagi kekal sebagai satu misteri kerana ia dilaporkan hilang pada tahun 1942.

Jurugambar dasar laut, Andrey Nekrasov, 42, adalah sebahagian daripada pasukan penyelam yang telah menemui bangkai pesawat yang terletak 23 meter dari permukaan laut di luar pantai Ukraine, berhampiran Odessa.


p/s: MH370 bila pulak nak jumpa? Tak kan nak tunggu sampai 70 tahun jugak kot?


Monday, April 21, 2014

[Gila] Remaja 16 Tahun Menyorok Di Dalam Tempat Tayar Kapal Terbang Selama 5 Jam, Terselamat..

Terdapat pelbagai cara untuk seorang menyeludup masuk ke dalam kapal terbang secara haram tanpa dapat dikesan..Namun, bagi seorang remaja berusia 16 tahun ini, dia amat bernasib baik kerana terselamat selepas menyorok di bahagian dalam tempat simpanan tayar kapal terbang selama 5 jam..Nak tahu apa yang berlaku, meh usha kat bawah ni..

Walaupun menderita akibat kesejukan dan kekurangan oksigen, seorang remaja berusia 16 tahun telah terselamat selepas bertindak menyeludup dirinya sendiri di dalam sebuah kapal terbang yang dalam perjalanan dari California ke Hawaii selama 5 jam. Remaja itu dikatakan berbuat demikian selepas berlakunya pertengkaran dengan ahli keluarganya di San Jose. Selepas perjalanan merentasi Lautan Pasifik dengan ketinggian 11,500 meter, dia akhirnya tiba di Lapangan Terbang Maui tanpa sebarang kecederaan semasa keluar dari tempat persembunyiannya.

"Budak lelaki itu bernasib baik kerana masih hidup," kata seorang jurucakap FBI. Menurut pihak syarikat penerbangan berkenaan, remaja itu ditemui selepas pesawat telah mendarat di landasan. Remaja itu turut tidak mempunyai sebarang kad pengenalan padanya. Rakaman kamera keselamatan di San Jose telah menunjukkan bahawa remaja berkenaan memanjat pagar di lapangan terbang sebelum menyeludup masuk ke dalam pesawat.

"Keutamaan kami sekarang ialah remaja berkenaan telah ditemui dalam keadaan selamat dengan nasib yang luar biasa," kata jurucakap Hawaiian Airlines. Menurut jurucakap FBI lagi, remaja berkenaan telah pun diperiksa dari segi perubatan dan tidak mempunyai sebarang kesan pada kesihatannya. Remaja lelaki berkenaan akan ditempatkan di pusat kebajikan kanak-kanak - AP


Video:


p/s: Perghhh!! Berani siott!

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

[Bongkar!!!] Pulau Poveglian: Pulau Paling Seram Di Dunia..

Apabila bercakap mengenai pulau, sudah tentu ramai yang mengaitkannya dengan kawasan-kawasan peranginan yang indah dengan pasir yang memutih..Namun, di pulau ini, berbeza dengan pulau-pulau lainnya, merupakan sebuah pulau yang paling seram di dunia..Nak tahu kenapa? Meh usha kat bawah ni..

Poveglian, sebuah pulau di Itali, adalah pulau yang mendapat jolokan sebagai pulau tang paling seram di dunia. Pulau itu dahulunya berfungsi sebagai tempat pembuangan orang-orang yang mengalami sakit jiwa. Pulau seram ini terletak di Tanjung Venice, dan dikhabarkan dihuni oleh bilangan hantu terbanyak di dunia. Sekitar 50 peratis debu dan tanah di pulau itu merupakan debu dan abu sisa pembakaran manusia yang terkorban disana.

Pulau Poveglian digunakan sebagai tempat pembuangan sejak abad ke-14 lagi, ketika itu untuk membuang tahanan. Pada abad ke-18, pulau itu kemudiannya digunakan sebagai tempat kuaratin bagi mereka yang mengalami masalah sakit jiwa. Tahun 1922, sebuah rumah sakit yang dilengkapi bilik kemudahan makmal dan wad didirikan disitu untuk tujuan rehabilitasi dan penempatan bagi mereka yang mengalami sakit jiwa. 

Namun, menurut cerita, para psikiatri dan petugas di rumah sakit itu sering menyeksa dengan kejam dan mengabaikan pesakit-pesakintya dan dikatakan sekitar 160 ribu orang telah meninggal di pulau tersebut. Pada saat penjelajahan, awal tahun 2000, mereka telah menemui sekitar 1.500 kerangka tengkorak manusia yang ditanam di dalam dinding batu dan tanah. 

Pengarah rumah sakit jiwa itu juga dikatakan telah meninggal akibat akibat membunuh diri dengan melompat dari bumbung . Khabar angin mengatakan bahawa ia kematiannya telah didorong oleh hantu yang telah menjadi mangsanya. Namun baru-baru ini, TravelChannel memberitakan bahawa pulau Poveglia dijual oleh pemerintah setempat, untuk membayar hutang negara yang semakin menimbun.


Sumber: IniKalilah

p/s: Kat Malaysia ada Pulau Jerejak..


Saturday, April 19, 2014

[Fenomena] Cili Spesies Terbaru Ini Adalah Yang Terpedas Di Dunia =D

Cili atau lada merupakan sejenis tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan sebagai rempah yang berfungsi untuk memberikan rasa pada makanan dan memanaskan badan..Tetapi, tahukah anda terdapat sejenis spesies cili baru yang terpedas di dunia? Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..

Sehingga baru-baru ini, spesies cili Trinidad Moruga Scorpion dikenali sebagai cili yan terpedas di dunia. Tetapi, menurut rekod Guinness Book of World Records pada bulan lalu, spesies lada baru yang dikenali sebagai Carolina Reaper yang telah ditanam oleh Ed Currie, seorang pengusaha di PuckerButt Lada Co. di South Carolina telah dinobatkan sebagai cili terpedas di dunia.

Kadar kepedasan purata cili ini adalah dalam lingkungan 1,569,300 unit Scoville (unit haba), seperti yang di uji oleh Winthrop University di South Carolina, kata pihak Guinness.

Walaubagaimana pun, menurut pihak Associated Press, kuasa kepedasan tertinggi dalam kumpulan cili yang di uji ini telah diberi kod yang dinamakan "HP22B", yang bermaksud "Higher Power, Pot No. 22, Plant B" yang mana ia mencecah sebanyak 2.2 juta unit Scoville.

Pada tahun lepas, Institut Tanaman Lada Chile di New Mexico State University telah menobatkan cili spesies Trinidad Moruga Scorpion sebagai cili paling pedas di dunia, dengan kepedasan minimum sebanyak 1.2 juta unit Scoville manakala kepedasan maximum individu sebanyak 2 juta unit Scoville. Kini, rekod berkenaan telah beralih kepada tumbuhan cili baru ini.


p/s: Rasa-rasa, korang berani tak nak cuba cili ni? =D

Wednesday, April 16, 2014

[Hebat] The Warka: Menara Yang Mampu Mengumpul Air Dari Udara Nipis Di Ethiopia..

Bagi penduduk yang tinggal di negara-negara beriklim panas kering dan bergurun, sumber air merupakan keperluan asas yang sukar didapati dan merupakan aset yang paling penting bagi meneruskan kehidupan..Malah, ada beberapa puak di dalam negara berkenaan yang sanggup melancarkan perang bagi mendapatkannya..Kini, masalah tersebut ada jalan penyelesaiannya..Nak tahu macam mana, meh usha kat bawah ni..

Di kawasan pergunungan Ethiopia, mencari bekalan air untuk diminum merupakan satu tugas yang memakan masa dan berbahaya. Kaum wanita dan kanak-kanak sering berjalan berjam-jam lamanya setiap hari hanya untuk membawa pulang bekalan air untuk kegunaan keluarga mereka. 

Walaupun menempuh perjalanan yang berbahaya selama berjam-jam, air yang sering dibawa pulang adalah tercemar dan tidak selamat untuk diminum. Pihak Vittori Lab telah mencipta satu kaedah yang bijak bagi mendapatkan sumber air bersih tanpa perlu lagi menggadaikan keselamatan dan berjalan berjam-jam lamanya.

Menara air yang dikenali sebagai The Warka ini telah diilhamkan dari sebatang pokok Warka liar di Ethiopia, iaitu sejenis pokok ara yang melambangkan kesuburan dan kemurahan hati. Walaupun pokok Warka semakin hilang di Ethiopia, tetapi menara air ini akan menjadi suatu mercu tanda untuk penduduk asli Ethiopia pada masa hadapan berkumpul.

Dengan ketinggian kira-kira 30 kaki, menara air ini mampu untuk mengumpul air dari udara nipis dengan menggunakan sejenis kain yang berfungsi untuk pemeluwapan dan pengumpulan. Uniknya, setiap menara mampu dipasang dalam beberapa hari oleh penduduk kampung dengan hanya menggunakan bahan-bahan tempatan tanpa perlunya kemahiran khas.

Struktur yang juga ringan ini mampu mengumpul sebanyak 100 liter air (lebih 26 gelen) yang selamat diminum pada setiap hari. Dengan adanya bekalan air bersih ini, kesihatan penduduk lebih terjamin dan kanak-kanak perempuan umumnya, boleh pergi ke sekolah dari menghabiskan masa-masa mereka untuk mencari air.


p/s: Kat Malaysia, bekalan air banyak sampai terbuang-buang..Dah kena catu, baru nak beringat..Hahaha..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *