Wednesday, April 9, 2014

[Hebat] Syarikat Ini Hasilkan Bateri Telefon Yang Boleh Penuh Dicas Dalam Masa 30 Saat =D

Kehabisan bateri dalam saat-saat genting dan amat memerlukan merupakan peristiwa yang sering terjadi..Malah, untuk menunggu ia penuh dicas juga memakan masa yang banyak hinga berjam-jam lamanya..Namun kini, masalah tersebut mungkin boleh diatasi dengan adanya usaha sebuah syarikat yang menghasilkan sebuah prototaip bateri telefon bimbit yang boleh penuh dicas hanya dalam masa 30 saat sahaja..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Sebuah syarikat yang berpangkalan di Israel, StoreDot telah menghasilkan sebuah prototaip berasaskan bateri telefon bimbit jenis Nanodot di mana ia mampu penuh dicas hanya dalam masa 30 saat. 

Teknologi Nanodot pada dasarnya merupakan kimia sintesis dari molekul bio-organik peptida yang meningkatkan prestasi kepasitan elektrod dan elektrolit kerana saiznya yang kecil. Hasilnya, bateri cekap tenaga ultra boleh dikenakan sepenuhnya - bukan lagi dalam jam, malah dalam kiraan saat sahaja. 

Gizmag menambah, "Walaubagaimanapun, CEO StoreDot, Doron Myersdorf memberitahu kami bahawa teknologi itu juga boleh disesuaikan dengan kereta berkuasa elektrik, dengan mengubah elektrod supaya ia boleh mengekalkan arus yang lebih tinggi."

"StoreDot masih lagi dalam proses untuk mematenkan teknologi berkenaan, dan pengeluaran bateri berkenaan secara besar-besaran untuk kegunaan telefon pintar sedang dirancang pada lewat tahun 2016."

Video:


p/s: Lepas ni tak adalah masalah berebut pengecas lepas sorang-sorang habis bateri..Hehehe..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Post a Comment