Saturday, May 31, 2014

[Menarik] Gadis Penjual Ayam Goreng Paling Seksi Di Dunia Yang Pasti Disukai Ramai =D

Sekiranya anda pernah membeli ayam goreng tidak kira di restoran makanan segera ataupun di pasar-pasar malam, majoriti tukang masaknya adalah orang lelaki..Namun, bagi sebuah syarikat yang menjual ayam goreng di China ini, mereka menggunakan seorang model tukang masak wanita yang mampu menarik tumpuan pelanggan terutamanya golongan lelaki untuk membeli produk ayam goreng mereka..Nak tahu kenapa? Meh usha kat bawah ni..

Seperti yang anda tahu, rata-rata video memasak di televisyen Asia menggunakan tukang masak yang terdiri daripada para gadis muda yang berpakaian seksi dan ia seolah-olah telah menjadi satu trend pada hari ini bagi memasarkan produk makanan keluaran mereka. 

Dengan pakaian yang menampakkan lurah dada berserta gerakan badan yang sering menunduk, ia merupakan tren yang sangat disukai ramai terutamanya dari golongan lelaki. 

Di sini, sebuah syarikat perusahaan ayam goreng di China yang dikenali sebagai "Bao Liao Fried Chicken" telah mengambil seorang model, Cheng Chia-chen, berusia 19 tahun yang berasal dari Taiwan untuk mempromosikan produk mereka. Tidak disangka-sangka, gadis berkenaan telah menjadi seorang bintang Internet dan mendapat nama gelaran "Gadis Ayam Goreng" setelah muncul di dalam sebuah video yang mengajar orang bagaimana hendak membuat ayam goreng yang lazat.

Video ini telah menjadi virus di negara-negara seperti Taiwan, Jepun dan Hong Kong. Ketika ini, gadis tersebut telah mendapat kontrak untuk menjadi model di Jepun dan sebuah DVD mengenai aksi modelnya bakal dilancarkan pada bulan November ini.


p/s: Tengok dia buat ayam goreng ka, tengok apa ka..Hahaha =D


Wednesday, May 28, 2014

[BIADAP!!] Lelaki Dikenali Sebagai "Yusuf Segambut" Hina Sultan Perak Yang Baru Saja Mangkat


Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama profile "Yusuf Segambut" telah dikesan menghina Sultan Perak yang baru sahaja mangkat. Perbuatan lelaki ini boleh dikatakan biadap dan kurang ajar, kerana dalam masyarakat di negara kita, orang Melayu sangat hormat pada sultannya.

Tindakan lelaki ini bukan sekadar menggambarkan kebodohan diri sendiri malah memperlihatkan sikapnya yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu di negara ini. Nak tahu apa yang ditulisnya, meh usha kat bawah ni..


p/s: Sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan Raja-Raja Melayu di negara ini, memaki hamun dan menghina bukanlah caranya tambah-tambah lagi bila berlakunya kematian. Hormati lah keluarga baginda yang masih bersedih atas kehilangan ahli keluarga tersayang. Tidak diketahui sama ada akaun profile tersebut palsu atau tidak.

SEMBAH TAKZIAH PADA SULTAN PERAK
ALMARHUM SULTAN AZLAN SHAH 

Sumber: BeritaPower.com

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *









Tuesday, May 27, 2014

[Fenomena] Yareta: Tumbuhan Purba Berusia 3,000 Tahun =D

Bagi kebanyakkan tumbuh-tumbuhan, jarang ada yang mampu bertahan sehingga ribuan tahun berikutan jangka hayat yang singkat..Namun, di Bolivia, terdapat sejenis tumbuhan unik zaman purba mampu hidup sehingga ke hari ini dan mencecah usia 3,000 tahun..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Yareta (Azorella compacta), juga dikenali sebagai "Llareta" dalam bahasa Sepanyol, merupakan tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga Apiaceae. Ia tumbuh di padang rumput Puna yang dingin terletak di Pergunungan Andes di Peru, Bolivia, utara Chile, dan Argentina barat pada ketinggian antara 3,200 dan 4,500 meter, di mana angin sejuk bertiup. Untuk terus hidup dalam keadaan yang ekstrem, Yareta tumbuh dalam keadaan yang begitu padat di antara satu sama lain di mana berat tumbuhan itu mampu mencecah berat seperti seorang manusia. Tumbuhan itu juga tumbuh rapat di atas tanah bagi mengekalkan haba dalaman sebanyak yang mungkin. Ini juga membantu untuk menentang angin kuat pada altitud tinggi, yang mampu mencabut akar apa-apa jenis tumbuhan. Untuk menghalang kehilangan kelembapan melalui penyejatan, Yareta mempunyai daun yang dilindungi.

Satu lagi helah yang tumbuhan ini telah belajar untuk terus hidup dalam persekitaran Pergunungan Andes yang ganas adalah dengan berkembang secara perlahan-lahan, hampir pada kadar geologi sebanyak 1.5 cm setahun. Satu kelompok besar Yareta tumbuh di atas batu-batu itu boleh mencecah usia beribu-ribu tahun lamanya. Kebanyakkan Yareta dianggarkan berusia lebih dari 3,000 tahun.

Oleh kerana tumbuhan Yareta bersifat kering dan padat, ia boleh terbakar dengan baik, seperti gambut, dan secara tradisi, ia sering dituai untuk djadikan bahan api. Jumlah Yareta yang dituai telah menjadi begitu ketara sehingga pada satu tahap ia boleh mengancam kewujudan spesies tumbuhan ini. Yareta kini telah menjadi antara spesies yang dilindungi dan disebabkan kadar pertumbuhannya yang perlahan, ia juga telah berjaya sampai ke senarai tumbuhan yang terancam.


p/s: Sekali pandang, nampak macam lumut je kan?

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Monday, May 26, 2014

5 Rahsia Yang Anda Tidak Pernah Tahu Mengenai Area-51..

Area-51 merupakan sebuah kawasan geografi yang terletak di Nevada, Amerika Syarikat yang turut dikenali dengan nama-nama lain seperti Dreamland, Watertown, The Ranch, Paradise Ranch, The Farm, The Box, Groom Lake dan macam-macam lagi..Tetapi, apa yang diketahui oleh masyarakat dunia umumnya, ia merupakan sebuah pangkalan tentera rahsia dan tempat menguji teknologi makhluk asing..Betulkah dakwaan tersebut? Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..

1. Nama
Terdapat beberapa teori tentang bagaimana Area 51 mendapat namanya, dan yang paling popular adalah bahawa kemudahan itu bersempadan dengan Tapak Ujian Nevada (NTS). AEC menggunakan NTS sebagai tempat untuk menguji senjata bom nuklear. The NTS dipetakan sebagai grid kuasa dua yang bernombor dari satu kepada 30 (dengan beberapa yang ketinggalan). Area 51, manakala tidak sebahagian daripada grid ini, bersempadan dengan Area 15. Ramai yang mengatakan bahawa Area 51 mendapat namanya dengan dengan mengubah nombor 1 dan 5 dari kawasan jirannya.

2. Kerahsiaan
Walaupun dengan pendedahan maklumat, setiap orang di Area 51, sama ada tentera atau orang awam, mesti menandatangani dokumen sumpah kerahsiaan. Semua bangunan di kemudahan tersebut tidak mempunyai tingkap,  dan ia mencegah pekerja dan / atau pihak kontraktor daripada melihat perkara yang tidak berkaitan dengan tugas-tugas mereka sendiri di pangkalan - binaan secara bersegmen dan berpetak akan menjadi cara terbaik untuk menggambarkannya. Sesetengah orang yang pernah berkerja di sana mengatakan bahawa pasukan yang berbeza akan bekerja pada projek yang sama pada masa yang sama dan apabila mereka menguji pesawat rahsia, pegawai tinggi akan mengarahkan semua pekerja yang tidak terbabit untuk berada di dalam bangunan sehingga penerbangan ujian telah tamat dan pesawat itu kembali ke hangar.

3. F-117
Lockheed Have Blue merupakan sebuah pesawat pejuang stealth prototaip (model konsep yang lebih kecil daripada F-117 Nighthawk) yang mula-mula terbang di Groom pada bulan Disember 1977. Pada tahun 1978, Tentera Udara diberikan kontrak pembangunan skala penuh untuk F-117 untuk Lockheed Corporation's Advanced Development Projects . Pada 17 Januari 1981, pasukan ujian Lockheed di Area 51 menerima penghantaran penuh Pembangunan Skala (FSD) Prototaip pertama 79@780, yang ditetapkan YF-117A. Pada jam 06:05 pagi pada 18 Jun 198, Lockheed Skunk Works yang dipandu oleh juruterbang ujian perintis, Hal Farley menerbangkan YF-117A 79@780 dari landasan di Area 51.

4. JANET
Dianggarkan lebih 1,000 orang pergi dan balik dari Kawasan 51 pada setiap hari dan kaedah yang paling biasa adalah melalui perjalanan udara (dalam penerbangan JANET tidak bertanda) dari Las Vegas. Yang keduanya adalah menggunakan bas putih yang memungut pekerja tempatan dari Crystal Springs, Ash Springs dan Alamo. Walaupun anda hanya boleh melihat penerbangan JANET apabila mereka meninggalkan Las Vegas, bas putih yang membawa para pekerja ini boleh dilihat setiap pagi sekitar pukul 8:30 a.m, di mana ia akan masuk melalui pintu hadapan Area 51.

5. Bob Lazar

Robert Lazar telah mengejutkan dunia pada tahun 1987 apabila beliau telah muncul di televisyen dan mengaku telah menjadi sebahagian daripada satu operasi yang bekerja dengan teknologi asing. Beliau menyatakan bahawa kerajaan telah memiliki sekurang-kurangnya sembilan buah kapal angkasa makhluk asing di pangkalan yang dikenali sebagai S-4, yang tidak jauh dari Groom Lake. Kemudahan ini juga mempunyai gambar rajah menunjukkan UFO terbang beberapa kaki di atas tanah dengan kapsyen "Mereka disini!". Pihak EG & G telah mengupah beliau untuk membantu jurutera teknologi dalam menterbalikkan fungsi pesawat asing untuk digunakan dalam kenderaan tentera AS dan pengeluaran kuasa.

p/s: Entah apa sebenarnya yang disimpan dalam kawasan tu, kita sendiri pun tak tahu..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Sunday, May 25, 2014

[Penting] Cara Membunuh Lipas, Jangan Sesekali Pukul Pada Perut Lipas..

Lipas merupakan serangga merayap yang sering ditemui di kawasan-kawasan yang kotor, tidak terkecuali juga di dalam rumah anda..Bagi kebanyakkan orang, mereka akan berasa geli dan cuba untuk memukul haiwan ini sehingga mati, tetapi tahukah anda bahawa cara anda itu adalah salah? Haa, nak tahu kenapa, meh usha kat bawah ni..


Apabila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan memukulnya pada bahagian perutnya, kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara hendak melihat cacing lipas, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Cacing perut lipas akan bergerak-gerak. 

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau jika ada luka terbuka pada kulit luar.


p/s: Spray je pakai Bygon, bila dah mati, ambik buang dalam jamban..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

[Hebat] Surface Pro 3 Dengan Skrin 12 Incisur Dari Microsoft Bakal Ganti Komputer Riba Anda =D

Komputer riba pada suatu ketika mungkin merupakan gajet yang menjadi rebutan disebabkan saiznya yang kecil dan kompak berbanding PC..Namun kini, semua itu bakal berubah dan zaman komputer riba mungkin akan berakhir apabila pihak Microsoft telah memperkenalkan gajet terbaru yang lebih kecil dan lebih kompak berbanding komputer riba sedia ada..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..

Tablet terbaru dengan skrin berukuran 12 inci.

Sejarah Microsoft mungkin telah bermula dengan teruk apabila melancarkan 2 model pertama mereka dalam versi gajet, tetapi sejak setahun yang lalu, mereka telah mula berkembang dengan baik dengan versi gajet kedua mereka iaitu Surface dan Surface Pro yang memulakan langkah yang besar di hadapan. Walaubagaimana pun, pihak Microsoft tidak mahu berhenti setakat itu dan telah mengadakan sebuah sidang akhbar hari ini di New York.

Dengan pengumuman tablet versi terbaru mereka iaitu Surface Pro 3, Microsoft telah membina sebuah idea baru iaitu "satu keluarga baru untuk produk", ujar Satya Nadella.

Dari segi tablet/PC baru ini, ia digelar Surface Pro 3 dengan skrin berukuran 12 inci berbanding versi Surface Pro 2 sebelumnya dengan skrin 10.6 inci. Tablet ini juga mempunyai pemproses Intel terkini dengan kemungkinan memiliki Core i3, i5 atau i7. Microsoft juga mementingkan kuasa penggunaan dan produktiviti tablet pada perisian seperti AutoCad dan Photoshop. 

Dengan elemen ketepatan, ia juga dioptimumkan untuk digunakan bersama stylus Pro 3 Microsoft Surface. Dengan saiznya yang nipis, beratnya hanya 800 gram tanpa papan kekunci dan kurang dari 1 kilogram.

Juga perlu diingatkan, tablet terbaru ini diletakkan dalam pelbagai posisi yang dikehendaki. Model Surface Pro 3 ini akan mula dijual di Perancis pada akhir bulan Ogos tahun ini namun harganya masih lagi tidak didedahkan.


Video:


p/s: Bila release kat Malaysia masih belum diketahui =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Wednesday, May 21, 2014

[Terkini] Ubisoft Umumkan Permainan Video Far Cry 4 Terbaru Akan Dilancarkan Pada Hujung Tahun 2014

Syarikat Ubisoft merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam mencipta dan mengeluarkan permainan video terbaru..Antara permainan yang popular yang pernah dicipta adalah Assasin Creed dan Far Cry..Kini, dengan jualan permainan video sebelum ini iaitu Far Cry 3 telah mencapai prestasi jualan yang memberangsangkan, permainan terbaru mereka iaitu Far Cry 4 bakal menemui peminat pada penghujung tahun ini..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Ketua Pegawai Eksekutif, Yves Guillemot, menyatakan keghairahannya untuk mengumumkan tajuk baru permainan video yang akan diumumkan keluar pada tahun ini. Disamping Far Cry 4, mereka juga akan mengeluarkan permainan baru yang lain seperti Assasin Creed: Unity, The Crew, Just Dance dan Watch Dogs, yang mana akan disusun menjadi IP baru yang paling berjaya.

Siri ke-4 dalam francais Far Cry kali ini akan membawa pemain ke Kryat, kawasan liar yang luas di tengah-tengah Himalaya. Pemain kemudiannya akan berdepan dengan watak pemerintah kuku besi, yang melantik dirinya sebagai raja, dan apa yang menariknya mengenai Far Cry ialah pemain boleh memilih pelbagai jenis senjata, kenderaan dan interaksi bagi menjayakan misi mereka seterusnya menumbangkan pemerintah tersebut.

Produser Eksekutif, Dan Hay pula berkata mereka mahu mencipta sejenis permainan video yang mampu "mengejutkan pemain, dan melebihi jangkaan peminat"sambil memberikan francais ini peluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Far Cry 4 dijangka akan dimainkan pada Xbox 360, Xbox One, Playstations 3 dan 4, dan PC pada 18 November tahun ini. Pra-pesanan untuk permainan baru ini turut disertakan dengan Hurk's Redemption edisi terhad. Pihak Ubisoft akan memberi penerangan lanjut mengenai permainan ini di E3 pada 9 Jun 2014.

Video:


p/s: Macam rupa Chef Wan pun ada 0.0

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Sekiranya Keadaan Ini Berlaku Pada Kucing Dan Anjing Anda, Cepat Bawa Ke Klinik Veterinar..

Pernahkah anda berdepan dengan situasi di mana kucing dan anjing kesayangan anda menunjukkan kelakuan seolah-olah merajuk dengan kepala mengadap dinding? Bagi kebanyakkan orang, mereka merasakan ia satu keletah yang comel..Dari zahirnya, ya tapi dari sudut lainnya, kelakuan tersebut merupakan sesuatu yang sangat berbahaya dan diharapkan info ini dapat membantu menyelamatkan haiwan kesayangan anda..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Kelakuan ini dinamakan "head pressing" dan ia sering berlaku kepada kucing dan anjing.
"Head pressing" merupakan ciri-ciri perbuatan kompulsif dengan menekan kepala pada dinding atau objek lain tanpa sebarang alasan yang jelas. Ini secara amnya menunjukkan kerosakan pada sistem saraf, yang boleh diakibatkan oleh beberapa punca yang berbeza-beza termasuk oleh penyakit Prosencephalon (di mana bahagian otak depan dan thalamusparts otak rosak) atau keracunan toksik."
Bagi anda yang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai masalah "head pressing" ni, boleh cuba singgah kat sini, sini, dan sini


p/s: Jangan ingat diorang buat comel je, ada makna disebalik tindakan comel tu taw =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Monday, May 19, 2014

[Menarik] Arca Karakter Popeye, The Sailorman Termahal Di Dunia =D

Watak kartun "Popeye: The Sailorman" mungkin merupakan antara watak hero kartun yang amat digemari pada suatu ketika..Apa yang hebatnya mengenai karakter ini, telah ada arca patungnya sendiri dan telah diiktiraf sebagai arca termahal di dunia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
 

Sejak zaman kanak-kanak, kita amat menyukai karakter kartun bernama Popeye yang sering menyelamatkan keadaan dengan memakan setin bayam.

Tidak lupa juga, kepada watak heroin dalam kartun tersebut, Oliver Oyl. Bagi sesetengah daripada anda, mungkin ada yang menyimpan patungnya di rumah, tetapi tiada seorang pun yang memiliki patungnya yang seberat 2,000 paun kerana ia bukan sekadar patung biasa.

Patung ini telah dibeli kepada seorang jutawan pengumpul barang-barang seni, Steve Wynn. Dianggarkan, patung Popeye ini berharga kira-kira US$28 juta. Ketua seni kontemporari di Sotheby, Alexander Rotter, berkata dalam satu temu bual, "Popeye mewakili permulaan dan pengakhiran seni pop".


p/s: Gila-gila punya mahal! 0.0




Sunday, May 18, 2014

[Gambar] Salina Turda - Lombong Garam Bawah Tanah Yang Tercantik Di Dunia =D

Lazimnya, bekas sesebuah kawasan perlombongan merupakan kawasan yang berbahaya untuk dikunjungi..Namun, berbeza dengan bekas lombong garam bawah tanah ini yang telah diubah menjadi kawasan tarikan pelancong dan diiktiraf sebagai kawasan bawah tanah yang tercantik di dunia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

"Salina Turda" merupakan lombong garam bawah tanah yang terletak di Turda, Transylvania, Romania. Menurut majalah Business Insider, "Salina Turda" merupakan kawasan bawah tanah yang tercantik di dunia.

Garam buat pertama kalinya telah diekstrak di sini sejak zaman kuno dan lombong ini terus menghasilkan garam dari Zaman Pertengahan (lombong ini pertama kali disebut pada 1075) hingga ke awal abad ke-20 (1932).

Sejak tahun 1992, "Salina Turda" telah menjadi pusat rawatan haloterapi dan tarikan pelancong.


p/s: Perghhh!! Cantik kot =D


Saturday, May 17, 2014

[Gambar] Fosil Dinasour Paling Besar Pernah Ditemui..

Dinasour merupakan haiwan purba yang pernah hidup di muka Bumi ini kira-kira 65 juta tahun yang lalu..Bukti kewujudan haiwan ini pada hari ini hanya boleh dinyatakan dalam bentuk fosil dan baru-baru ini, fosil dinasour yang paling besar telah pun ditemui..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

ARGENTINA – Sebuah fosil dinasour dipercayai milik dinasour terbesar pernah hidup di muka bumi ditemui oleh sekumpulan paleontologist yang melakukan proses cari gali di kawasan tersebut. 

Menurut pakar paleontologi, fosil tersebut merupakan spesies dinasour herbivor terbaru yang dinamakan sebagai Titanosaur. 

Dinasour tersebut seberat 77 tan bersamaan dengan 14 ekor gajah dewasa dan tujuh tan lebih berat daripada pemegang rekod sebelum ini iaitu Argentinosaurus.


p/s: Tulang lagi besar dari orang..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Wednesday, May 14, 2014

[Video] Sisa Serpihan Satelit Di Angkasa Jatuh Di Rumah Lelaki Ini..

Lazimnya, sekiranya sesebuah satelit di angkasa sudah mencapai tahap tamat tempoh atau uzur, pihak kerajaan atau negara yang memiliki satelit berkenaan akan mengambil jalan mudah dengan meletupkannya di angkasa..Oleh itu, sampah-sampah angkasa (sisa-sisa serpihan) yang bertaburan akan berlegar-legar di orbit Bumi sebelum ada diantaranya ditarik oleh graviti Bumi dan jatuh ke tanah, seperti yang berlaku pada seorang lelaki ini..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
SAINT PAUL, MINNESSOTA - Bob Urman berkata, sewaktu dia sedang duduk merehatkan diri sambil menonton perlawanan pasukan Twins pada malam 7 Mei yang lalu, tiba-tiba ada sesuatu jatuh terhempas mengenai cermin tingkap di apartmennya. "Ketika itu saya betul-betul berada dalam ketakutan," kata Urman. "Saya hanya berdiri dalam keadaan terpegun."

Beliau berkata objek berkenaan telah menembus masuk ke rumahnya melalui tingkap dua panel, merempuh set televisyen, hingga menyebabkan kaca bertaburan di dalam rumahnya. Apabila objek itu berhenti bergerak, ia kelihatan seolah-olah sangat panas sehingga membakar karpet lantai beliau.

Dia kemudiannya menghubungi pihak polis dan apabila mereka tiba di rumahnya, objek itu masih lagi terlalu panas untuk disentuh.

"Pihak polis mahu mengambil objek berkenaan tetapi masih lagi panas. Kemudiannya, saya ambil dan letakkannya di atas rak tingkap," jelas Urman.

Video:


p/s: Nasib baik tak kena kepala, kalau tak...Hmmm..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Tuesday, May 13, 2014

[Hebat] "Flying Fox" Antarabangsa Yang Terletak Antara Sempadan Sepanyol & Portugal =D

Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak seperti 'flying fox', kunjungan anda ke tempat seperti ini mungkin sesuatu yang menyeronokkan..Selain berfungsi sebagai sesuatu yang menyeronokkan, ia juga sebenarnya berfungsi sebagai satu pengangkutan cara baru untuk melepasi sempadan antara Sepanyol dan Portugal..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Sekiranya anda pandang buat kali pertama, anda mungkin tidak akan perasan bahawa sebenarnya terdapat satu kabel keluli menghubungkan Sanlucar de Guadiana, di Andalucia, Sepanyol, ke Alcoutim, di Algarve, Portugal. Dengan kepanjangan melebihi 720 meter panjang, laluan umpama 'flying fox' ini hanya satu-satunya di dunia digunakan untuk menyeberangi sebuah sempadan antarabangsa dengan membawa pelancong meluncur di atas Sungai Guadiana pada kelajuan antara 70 dan 80 kilometer sejam.

Platform perlepasan terletak di tepi istana SanlĂșcar de Guadiana, hampir 100 meter di atas sungai. Titik pendaratan adalah lebih kurang 15 meter, di Alcoutim, bagi mewujudkan sudut purata bagi kecondongan penurunan kira-kira 12.47%, yang boleh mencatatkan masa perjalanan dalam masa kurang daripada satu minit. Lawatan itu, sebaik sahaja selesai, pelawat akan dibawa naik ke dalam feri dan dibawa kembali ke Sepanyol di seberang sungai. Para peserta boleh mendapatkan sijil, membeli gambar-gambar atau menyewa topi keledar berkamera untuk memfilemkan perjalanan mereka.

Laluan "flying fox" ini telah dibiayai sepenuhnya secara persendirian oleh seorang warga Inggeris, David Jarman. "Dua kampung di sebelah dua negara, terpisah oleh sebatang sungai 150 meter lebar - cara ini yang nampak lebih menyerlah pada saya," katanya.

Pada hari yang sibuk, laluan ini akan yang mengambil masa 24-30 orang untuk setiap jam, pada harga €15 bagi setiap orang. Laluan ini juga berfungsi 200 hari setahun: proses penutupan dibuat pada separuh kedua bulan November dan separuh kedua bulan Februari. Ia akan memberi pekerjaan kepada 5 hingga 7 orang di kedua-dua belah sempadan.


p/s: Perghhh!! Gayat siottt!

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *