Mungkin dalam fikiran anda, dengan menjadi seorang model terkenal atau pun bekas model dari majalah- majalah terkenal, anda boleh memiliki kehidupan yang mewah dengan segala kemudahan yang tercukupi dengan tahap populariti yang meluas dalam komuniti masyarakat..Walaubagaimana pun, ia berbeza dengan kehidupan seorang bekas model ini yang akhirnya terpaksa menjadi pengemis di jalanan..Nak tahu, meh usha kat bawah ni..
Namun berbeza halnya dengan apa yang terjadi kepada Christa McKenna iaitu seorang mantan model majalah yang sangat terkenal di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Bekas model majalah Playboy yang juga merupakan bintang dalam rancangan TV sekitar tahun 1970an ini kini hanya hidup dengan menagih belas ihsan orang lain yang rela memberikannya sedikit wang. Sangat ironis apabila melihat seorang dari bekas model majalah yang terkenal kini hanya menjadi seorang pengemis jalanan di Amerika.
Seperti yang di kutip dari viva.co.id, Christa hanya mampu mengumpul sekitar USD$7 setiap hari hasilnya mengemis. Memang sungguh tragis nasib yang menimpa bekas model Playboy ini, seiring berputarnya roda kehidupan membuatkan siapa saja boleh berubah atas kekuasaan sang pencipta seperti yang menimpa Christa Mckenna ini. Dahulunya, kehidupan yang dinikmati penuh serba-serbi yang mencukupi namun kini telah berubah sama sekali di mana dia harus berkerja keras untuk mencukupkan keperluan hidupnya.
p/s: Hidup ini umpama roda..Sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment