Monday, March 23, 2015

SUBHANALLAH!! Misteri Gurun Pasir Bergerak Menelan Sebahagian Daripada Hutan!! (6 gambar)



Inilah Kehebatan kejadian ciptaan Allah yang menakjubkan di mana padang pasir bergerak dari pantai ke daratan setiap tahun.Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk ‘menelan’ rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.

The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar – berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut.









Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.


Buat pengatahun korang kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter). Sepanjang 57 tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun



Jom Lihat Rumah Pelindungan Bayi Yang Di Buang Yang Pasti Buat Anda Sedih!!




Henan, China. Sejak tahun 1986, Yuan Lihai telah menerima lebih 100 [bayi yang ditinggalkan ]. Sebahagian dari mereka yang dah membesar telah berkahwin dan kerja dan telah meninggalkannya, dan masih terdapat 39 berada bersama beliau hingga hari ini, sebahagian dari kanak-kanak itu ada yang menderita sakit mental dan cacat. Yuan Lihai hanya menjual makanan ringan di jalanan untuk menyara hidup untuk dirinya kanak-kanak dan bayi, manakala suaminya yang menentang pengambilan pembuangan bayi telah berpisah dengan beliau.

Bermula pada tahun 1987, Yuan Lihai telah mengambil kanak-kanak cacat atau berpenyakit, setelah menerima lebih 100 kanak-kanak dalam tempoh 25 tahun yang lalu, dengan beberapa orang kanak-kanak telah meninggal dunia akibat penyakit yang teruk dan rawatan perubatan yang tidak mencukupi.

Yuan Lihai agak terkenal di sana, dengan orang-orang biasa, hospital, dan juga polis, perkhidmatan kecemasan, ramai di antara kanak-kanak tersebut telah dihantar kepadanya.

Pada tahap tertentu, institusi kebajikan awam anak yatim telah menolak jenis "rumah anak yatim persendirian"  komplikasi antara moral, undang-undang, dan faedah / keuntungan menyebabkan peruntukan kepadanya tidak dapat di laksanakan. 












Kisah Sebenar 3 Gambar Gadis Bertudung Menyerupai Hantu Pocong

1

24


Seorang wanita berusia 20-an telah dilihat memakai tudung yang menyerupai hantu pocong pada satu majlis perkahwinan. 


Kami berpendapat jika terserempak dengan budak ini pada tengah-tengah malam mesti ramai yang lari lintang-pukang. 

Guru Kahwin Dengan Anak Murid Jadi Viral !!




Ungkapan ‘cinta tak mengenal usia’ ternyata benar.

Begitulah pasangan pengantin baru ini yang telah mencuri perhatian netizen apabila gambar perkahwinan mereka dimuat naik di laman sosial Facebook.
Sebenarnya, boleh dikatakan gadis yang berkahwin dengan lelaki lebih berusia bukanlah perkara luar biasa.
Namun, cerita di sebalik kisah pengantin ini yang menarik perhatian ramai.
Rupa-rupanya, pengantin lelaki merupakan guru kepada isterinya dahulu.
Meskipun ramai yang mempersoalkan pasangan ini namun harus diingat, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Ilahi.
Mereka pun dah selamat bergelar suami isteri.. semoga berbahagia diucapkan.

(9Gambar) Sekitar Majlis Akikah ‘Bidadari Besi’ Diana Amir





HARI ini telah berlangsungnya majlis akikah dan doa kesyukuran buat Khaulah Al Azwar yang merupakan cahaya mata sulung Diana Amir bersama suami, Habib Bullah A. Rahman.

Majlis berlangsung meriah di kediaman pasangan ini yang terletak di Setia Alam, Selangor.
Beberapa rakan artis turut hadir memeriahkan majlis termasuk penerbit terkenal David Teo dan isteri.
Apa pun, tenang hati kami melihat wajah comel baby girl yang diberi nama bermaksud ‘Bidadari Besi’ ini.
Diana melahirkan cahaya mata sulungnya ini pada 8 Mac lalu.
Sama-sama kita doakan semoga anak pasangan ini membesar menjadi anak yang solehah.

Kisah Cinta Ini Membuatkan Kami Tertanya-Tanya, Adakah Masih Wujud Manusia Sebegini!! (22 Gambar)




Satu gambar menceritakan beribu cerita. Sediakan tisu di tangan....
























SUMBER : http://wayang.my

Tahniah KJ, Isteri Timang Anak Lelaki Ketiga !!


kj1





SEKALUNG tahniah diucapkan buat Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang selamat menimang cahaya mata ketiga lelaki, sebentar tadi.
Berkongsi khabar gembira di laman Twitter, Khairy memaklumkan isterinya, Nori Abdullah selamat melahirkan pada jam 3.53 petang Isnin.
Anak ketiga pasangan ini dinamakan Raif Jamaluddin Abu Bakar.
Khairy dan Nori turut mempunyai dua anak lelaki, Jibreil Ali, 8, dan Timor Abdullah, 7.
Tahniah YB Khairy!