
Tahniah buat Hanis Zalikha yang kini menjadi tunangan Hairul Azreen. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi dalam laman Instagram mereka, jelas mempamerkan wajah bahagia Keknis.
Dengan warna merah jambu, Hanis Zlikha cukup menawan pada hari pertunangannya. Dengar-dengarnya pasangan selebriti ini hanya mengikat tali pertunangan selama tiga bulan sebelum bergelar suami isteri.
Ermm.. baguslah kan benda baik elok dipercepat-cepatkan.
Rasa tak sabar-sabar pulak ingin menyaksikan majlis resepsi mereka yang bakal berlangsung 14 Jun ini di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Semoga semuanya berjalan lancar dan tahniah kami ucapkan kepada Hairul dan Keknis!




No comments:
Post a Comment