Friday, March 20, 2015

Perkara-perkara Yang Dirahsiakan Oleh Isteri, Suami Wajib Tahu??!! MESTI BACA!!




Realiti perkahwinan. Jangan jadikan sebuah perkahwinan itu umpama buah pisang. Makin dibiar lama makin busuk dan hitam. Sebenarnya buah lain pun sama. Para suami di luar sana, buka mata hati dan belajar rendah diri, dengar isi hati isteri.

1. Sentuhan
Masihkan si suami ingat betapa galaknya dia memegang tangan si isteri melintas jalan atau teman dia pergi uptown ketika mereka masih lagi belum berkahwin? Masihkah si suami ingat bagaimana dia menutup kepala kekasihnya ketika hujan kononnya takut kena hujan. Masihkah suami menggosok bahu isteri ketika isteri telah penat memasak?
Lelaki mungkin mudah lupa mengenai perkara ini sebab dah dapat, buat apa nak jaga dan berkepit rapat-rapat. Jika hanya suami faham perasaan kami.
2. Pendengar Setia
Masihkah si suami ingat ketika dia dalam usaha untuk tackle isterinya, dia sanggup jadi penadah telinga untuk mendengar apa sahaja rintihan dan cerita kami. Kami rasa suami bagaikan faham dan mengerti dengan setiap apa yang kami rasa. Tapi itu cerita sebelum kahwin, sekarang ceritanya berbeza, cuma ada komunikasi satu hala.

3. Janji tinggal janji
Kalau kami tuliskan di atas kertas A4 janji-janji suami ketika sedang bercinta dulu, boleh buat thesis rasanya. Tapi itu dulu. Janji tinggal janji. Bukanlah isteri mahu berkira sangat tetapi kadang-kala teringat apa yang suami pernah janji sungguh-sungguh dulu. Janji kau tak kahwin lain, cukuplah.
4. Balik lambat
Kalau suami balik lambat atau lewat, kami kena faham bahawa mereka pulang lewat kerana bekerja. Kami kena bersangka baik. Mana boleh lawan suami. Kalau suami pulang lewat bawa berita gembira untuk bermadu, kami kena terima sebab kami isteri yang baik. Tidak mengapa, nafsu lelaki hanya satu.
5. Kami sukakan kejutan
Masihkan anda ingat lagi suami belikan sesuatu pada hari yang random dan buatkan kita rasa ingin menangis. Tapi itu sebelum berkahwin. Selepas berkahwin situasi berbeza seperti ingin menangis menunggu kejutan. Perempuan sukar untuk difahami? Sebelum berkahwin, semua anda faham.
Kredit: Vitdaily

No comments:

Post a Comment