Monday, September 30, 2013

[Video] Manusia Keji! Mencuri Ketika Jemaah Sedang Menunaikan Solat!!

Sebuah kejadian kecurian telah dilaporkan berlaku di Masjid Jamiatus Solahiah yang terletak di Kampung Sungai Tua Baru, Selangor baru-baru ini. Seperti yang dipaparkan dalam video rakaman CCTV di dalam masjid berkenaan, si pelaku (pencuri) adalah seorang lelaki. Lelaki berkenaan dilihat mencuri sebuah beg milik seorang jemaah wanita sebelum berjalan keluar dari perkarangan masjid dengan selamba..Sekiranya ada sesiapa yang mengenali suspek, sila hubungi pihak berkuasa atau masjid kejadian di sini => Masjid Jamiatus Solahiah


Video: 


p/s: Moga si pencuri di beri hidayah untuk sedar akan kesalahan yang dia dah buat..Tolong sebarkan..


Sunday, September 29, 2013

10 Iklan Komputer Lama Yang Menarik =D

Pada zaman teknologi ini, komputer merupakan gajet yang sangat penting malah boleh didapati di mana-mana sahaja di seluruh dunia..Malah, iklan pemasaran komputer pada hari ini juga semakin canggih dan menepati citarasa bakal pembeli..Namun, tahukah anda terdapat beberapa iklan komputer yang sangat popular sewaktu zaman awal penciptaannya? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..

1. System Industries: "80 MB for under $12,000" (1977) 

2. HoneyWell: "What the Heck is Electronic Mail?" (1981) 


3. Cromemco: "The New 16K RAM card..." (circa 1977) 


4. Technico Inc TMS9900: "Two bytes are better than one" (1978) 


5. Penril: "We call it a Penril Modem" (1971) 


6. RadioShack: Issac Asimov memperkenalkan komputer berwarna (1982) 


7. Digi-Log: "Briefcase Portability" (1976) 


8. LBMS: "Cut through paper-based Case Methods" (1991) 


9. Microsoft: "Introducing Microsoft Excel" (1987) 


10. RadioShack: "Designing a revolutionary concept..." (1985) 


p/s: Zaman dulu, orang baru nak kenal komputer..Zaman sekarang, celik-celik mata komputer dah ada depan mata =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

[Menarik] Panduan Untuk Kekal Selamat Dalam Filem Seram =D

Bagi anda yang menggemari filem bergenre seram dan suspens, mungkin korang pernah berdepan dengan situasi di mana korang sering bersuara dan menjerit agar watak di dalam filem berkenaan menurut kata-kata korang supaya bersembunyi, lari, jangan berpecah dan sebagainya..Di bawah ni terdapat beberapa panduan yang membolehkan seseorang di dalam filem seram berkenaan kekal selamat (selalunya hero atau heroin je yang buat)..Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..Mana tahu boleh dipraktikkan dalam dunia sebenar..


- Jangan berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.

Terdapat beberapa tempat yang anda perlu elakkan semasa berada di dalam filem seram. Di sini disertakan beberapa contoh. Apa sahaja yang berlaku, jangan pergi ke sana:
  • Sebuah rumah lama dengan sejarah yang bermisteri
  • Bandar-bandar kecil yang kurang penduduk
  • Sebuah stesen minyak di bandar kecil
  • Bilik bawah tanah 
  • Jangan sesekali mengambil jalan pintas, atau jalan yang tidak diketahui arahnya.
  • Hutan
- Tinggal bersama-sama.

Jangan sesekali berpecah apabila berada bersama di dalam kumpulan yang besar. Bekerja bersama-sama dalam satu kumpulan.

- Jangan sesekali menyangka bahawa keadaan sudah berakhir.

Pembunuh atau raksasa amat sukar untuk dibunuh dan tidak mudah mati. Jika anda rasa kan pembunuh sudah mati, pastikan anda periksa seteliti mungkin. 

- Jangan sesekali berkata yang anda akan kembali semula.

Jangan sekali-kali mengatakan anda akan kembali semula untuk meminta bantuan, kerana anda tidak akan!

- Sentiasa jangka kan apa yang tidak dijangka (Expect the Unexpected)

Apabila mendengar bunyi-bunyi yang aneh, ia bukan sekadar bunyi haiwan atau angin. Jika anda rasakan ada seseorang di belakang anda, jangan sesekali menoleh ke belakang, teruskan berlari.

- Semua orang boleh menjadi pembunuh.

Jika anda dapati bahawa pembunuh itu seorang manusia, ia boleh menjadi sesiapa sahaja sama ada rakan, ibu, ayah, abang atau kakak. Jangan sesekali berhadapan dengan seseorang yang anda rasakan sebagai pembunuh. Berfikir mengenai itu, mungkinkah anda juga seorang pembunuh?

- Jangan sesekali berfikir untuk menjadi wira.

Jangan sesekali berlagak pandai, ia hanya akan membuatkan diri anda terbunuh. Melainkan anda adalah seorang watak utama dan bernasib baik, anda mungkin dapat menyelamatkan diri dan kekal hidup. Semoga berjaya!

- Jangan mandi.

Jangan sesekali mengambil peluang untuk mandi apabila tinggal berseorangan di rumah atau di rumah yang tidak dikenali. Sesuatu atau seseorang mungkin sedang menunggu anda.

- Berhati-hati dengan syaitan/suara misteri.

Jangan sesekali membaca buku yang mengandungi mantera sihir (black magic) dengan nada suara yang kuat, walaupun ketika berjenaka.

- Beberapa peraturan akhir yang anda perlu sentiasa ingat apabila berada dalam situasi seperti di dalam filem seram:
  • Jangan mempermain/mempersendakan benda yang telah mati
  • Sentiasa periksa tempat duduk belakang kereta anda sebelum memulakan perjalanan.
  • Jangan mengambil panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali.
  • Sentiasa nyalakan lampu apabila berada keseorangan.
  • Jangan sesekali menonton filem seram apabila anda berada dalam situsasi menyeramkan.
  • Jangan sesekali bersembunyi di dalam almari.
  • Jangan risaukan anjing anda, ia boleh menjaga dirinya sendiri
  • Jangan rasa bersalah
  • Sentiasa percaya apabila pembunuh berkata dia akan membunuh anda.
  • Jauhi air seperti kolam renang atau laut.
p/s: Sentiasa pastikan diri anda selama sentiasa..Muehehehe~~


Thursday, September 26, 2013

[Fakta] 6 Manusia Tertinggi Yang Pernah Wujud =D

Kebanyakkan orang sekiranya ditanya, mungkin ingin memiliki tinggi badan yang ideal kerana ketinggian badan dapat memberikan keyakinan terhadap diri sendiri apabila berhadapan dengan masyarakat umumnya..Bercakap mengenai tinggi badan, pernahkah anda dengar mengenai mereka yang memiliki tinggi badan yang abnormal? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..

1. Yao Ming
Yao Ming merupakan seorang pemain bola keranjang pertama di China yang pernah bermain bersama persatuan NBA Amerika. Yao Ming lahir di Shanghai pada 12 September 1980 dan mempunyai ketinggian sebanyak 229 cm dengan berat badan mencapai 155 kg.

2. Robert Wadlow
Robert Wadlow dilahirkan pada 22 Februari 1918 di Alton, Illinois. Dia mempunyai tinggi badan sebanyak 272 cm dengan berat badan mencapai 220 kg, namun sayangnya Robert Wadlow tidak mempunyai umur yang panjang di mana dia meninggal dunia ketika hanya berusia 22 tahun setelah terjatuh semasa menghadiri festival hutan kebangsaan pada 4 Julai 1940.

3. Leonid Stadnyk
Leonid Stadnyk memiliki tinggi badan sebanyak 257 cm dengan berat badan mencecah 200 kg. Leonid Stadnyk berasal dari Ukraine dan mempunyai kerjaya sebagai seorang doktor pakar haiwan. Namanya tercatat di dalam Guinness Book of Records sebagai manusia yang paling tinggi ketika ini.

4. Al Tomaini
Al Tomaini di katakan memiliki tinggi badan sebanyak 255 cm dengan berat badan mencapai 162 kg. Dia mempunyai pekerjaan sebagai salah seorang ahli sarkas "Great Lakes Exposition" yang bertapak di Chicago. Al Tomaini meninggal dunia pada tahun 1962.

5. Väinö Myllyrinne
Väinö Myllyrinne memiliki tinggi badan sebanyak 251cm dan memiliki berat badan sebanyak 197 kg. Väinö Myllyrinne dilahirkan pada 27 Februari 1909 di Helsinki, Finland dan meninggal dunia pada tahun 1963.

6. Johan Aason
Johan Aason memiliki tinggi badan sebanyak 279 cm. Dia dilahirkan pada 5 Mac 1890 di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat dan meninggal dunia pada tahun 1938.

p/s: Sebenarnya masih terdapat ramai lagi mereka yang mempunyai ketinggian tubuh badan melebihi 3 meter di luar sana..Kalau ada sesiapa yang nak share, silakan lah =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


Wednesday, September 25, 2013

[Gambar] Baju Ini Tidak Boleh Dipakai, Mengapa? *0*

Pakaian merupakan barangan keperluan asas yang amat diperlukan oleh manusia..Namun, baju yang digantung seperti gambar dibawah ini tidak boleh dipakai langsung..Nak tahu kenapa? Meh usha kat bawah ni..


Pakaian Kemeja Ini Dibuat Dari 6,500 Batang Skru.

Seorang artis Laguna Beach, Andrew Myers telah mencipta sebuah potret indah 3 Dimensi (3D) yang diperbuat dari 6,500 batang skru, cat minyak, kayu dan keratan akhbar lama berbahasa Perancis dari tahun 1910-an hingga 1930-an.


p/s: Kreatif  kan? Dari jauh nampak macam baju betul je =D


[Gila] Hamil Selama 8 Bulan, Tapi Wanita Ini Masih Aktif Mengangkat Berat *0*

Proses kehamilan merupakan proses di mana bakal ibu akan lebih banyak merehatkan diri daripada membuat sebarang pekerjaan yang berat-berat..Namun, bagi seorang wanita di Los Angeles, Amerika Syarikat ini, ternyata proses kehamilan tidak dapat menghalangnya daripada meneruskan kegiatan mengangkat berat sehingga menimbulkan kontroversi dalam dunia maya..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Lea-Ann Ellison, 35 tahun yang berasal dari Los Angeles telah melakukan kontroversi di dalam dunia maya, dengan cara memuat naik gambar dirinya yang sedang hamil lebih 8 bulan sedang melakukan aktiviti angkat berat. Lea-Ann yang telah menjalani latihan olahraga angkat berat selama 2 setengah tahun, memiliki dua cahaya mata. Sambil melakukan aktiviti tersebut, tiada sebarang kegusaran kelihatan pada wajahnya. 


p/s: Perghh!! Terberanak dalam gym tu baru ada akal kot.,

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Monday, September 23, 2013

[Ngeri] Gambar Perlaksanaan Hukuman Mati Pada Abad Ke 19 Di China *0*

Perlaksanaan hukuman mati merupakan hukuman paling berat yang dikenakan kepada para pesalah yang melakukan kesalahan yang serius..Jika kini hukuman mati dilaksanakan secara tertutup, namun tahukah anda bahawa hukuman mati pada awal abad ke-19 dilakukan secara terbuka di China? Nak tengok apa jenis hukuman mati yang dijalankan pada era tersebut, meh usha kat bawah ni..


Pemotongan kepala, menjerut dan kebuluran adalah semua kaedah pelaksanaan hukuman yang diterima dalam abad ke-19 China. Walaupun mereka yang tidak dihukum mati, mereka di siksa atau dia biarkan kebuluran dengan kaki dan tangan diikat dan di kurung. 

Gambar-gambar ini telah diambil semasa dan secara langsung selepas Pemberontakan Boxer, yang merupakan masa yang amat ganas dan bergelora dalam sejarah Cina. Di seluruh negara, pemberontak Boxer dan penjenayah telah dibunuh di hadapan umum sepenuhnya. Dan mayat-mayat mereka, atau sekurang-kurangnya bahagian-bahagian daripada mereka, telah dipaparkan sebagai amaran kepada orang lain. 

Sama ada hukuman ini adalah kematian atau penderaan, terdapat jurugambar Barat seperti James Ricalton sekitar, bersedia untuk menangkap gambar hukuman.Jurugambar James Ricalton mengambil banyak gambar pemberontakan, dan buku imej beliau telah diterbitkan pada tahun 1990. Menurut editor Christopher J. Lucas, beliau "diiktiraf secara meluas sebagai salah satu yang paling penting (sudah tentu yang paling popular) jurugambar pada masa itu.


Sumber: DiariShare

p/s: Hukuman dulu nampak macam tak berperikemanusiaan, tapi mampu mendidik manusia..


Sunday, September 22, 2013

[Sedihnya] Bila Hidup Keseorangan Tanpa Teman Wanita =D

Seseorang lelaki itu boleh dikatakan menipu sekiranya dia mengaku lebih senang hidup tanpa bertemankan seorang insan bernama wanita (melainkan dia gay, itu boleh la cakap)..Boleh dikatakan, majoriti kaum lelaki amat menginginkan seseorang yang boleh dijadikan tempat untuk mereka bermesra dan bermanja serta meluahkan kasih sayang..Namun, bagi seorang lelaki Jepun ini, Keisuke Jinushi, dia mampu menggambarkan bahawa dia mempunyai seorang teman wanita walhal dia tiada satu pun..Nak tahu macam mana dia buat, meh usha kat bawah ni..