Sunday, September 29, 2013

[Menarik] Panduan Untuk Kekal Selamat Dalam Filem Seram =D

Bagi anda yang menggemari filem bergenre seram dan suspens, mungkin korang pernah berdepan dengan situasi di mana korang sering bersuara dan menjerit agar watak di dalam filem berkenaan menurut kata-kata korang supaya bersembunyi, lari, jangan berpecah dan sebagainya..Di bawah ni terdapat beberapa panduan yang membolehkan seseorang di dalam filem seram berkenaan kekal selamat (selalunya hero atau heroin je yang buat)..Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..Mana tahu boleh dipraktikkan dalam dunia sebenar..


- Jangan berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.

Terdapat beberapa tempat yang anda perlu elakkan semasa berada di dalam filem seram. Di sini disertakan beberapa contoh. Apa sahaja yang berlaku, jangan pergi ke sana:
  • Sebuah rumah lama dengan sejarah yang bermisteri
  • Bandar-bandar kecil yang kurang penduduk
  • Sebuah stesen minyak di bandar kecil
  • Bilik bawah tanah 
  • Jangan sesekali mengambil jalan pintas, atau jalan yang tidak diketahui arahnya.
  • Hutan
- Tinggal bersama-sama.

Jangan sesekali berpecah apabila berada bersama di dalam kumpulan yang besar. Bekerja bersama-sama dalam satu kumpulan.

- Jangan sesekali menyangka bahawa keadaan sudah berakhir.

Pembunuh atau raksasa amat sukar untuk dibunuh dan tidak mudah mati. Jika anda rasa kan pembunuh sudah mati, pastikan anda periksa seteliti mungkin. 

- Jangan sesekali berkata yang anda akan kembali semula.

Jangan sekali-kali mengatakan anda akan kembali semula untuk meminta bantuan, kerana anda tidak akan!

- Sentiasa jangka kan apa yang tidak dijangka (Expect the Unexpected)

Apabila mendengar bunyi-bunyi yang aneh, ia bukan sekadar bunyi haiwan atau angin. Jika anda rasakan ada seseorang di belakang anda, jangan sesekali menoleh ke belakang, teruskan berlari.

- Semua orang boleh menjadi pembunuh.

Jika anda dapati bahawa pembunuh itu seorang manusia, ia boleh menjadi sesiapa sahaja sama ada rakan, ibu, ayah, abang atau kakak. Jangan sesekali berhadapan dengan seseorang yang anda rasakan sebagai pembunuh. Berfikir mengenai itu, mungkinkah anda juga seorang pembunuh?

- Jangan sesekali berfikir untuk menjadi wira.

Jangan sesekali berlagak pandai, ia hanya akan membuatkan diri anda terbunuh. Melainkan anda adalah seorang watak utama dan bernasib baik, anda mungkin dapat menyelamatkan diri dan kekal hidup. Semoga berjaya!

- Jangan mandi.

Jangan sesekali mengambil peluang untuk mandi apabila tinggal berseorangan di rumah atau di rumah yang tidak dikenali. Sesuatu atau seseorang mungkin sedang menunggu anda.

- Berhati-hati dengan syaitan/suara misteri.

Jangan sesekali membaca buku yang mengandungi mantera sihir (black magic) dengan nada suara yang kuat, walaupun ketika berjenaka.

- Beberapa peraturan akhir yang anda perlu sentiasa ingat apabila berada dalam situasi seperti di dalam filem seram:
  • Jangan mempermain/mempersendakan benda yang telah mati
  • Sentiasa periksa tempat duduk belakang kereta anda sebelum memulakan perjalanan.
  • Jangan mengambil panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali.
  • Sentiasa nyalakan lampu apabila berada keseorangan.
  • Jangan sesekali menonton filem seram apabila anda berada dalam situsasi menyeramkan.
  • Jangan sesekali bersembunyi di dalam almari.
  • Jangan risaukan anjing anda, ia boleh menjaga dirinya sendiri
  • Jangan rasa bersalah
  • Sentiasa percaya apabila pembunuh berkata dia akan membunuh anda.
  • Jauhi air seperti kolam renang atau laut.
p/s: Sentiasa pastikan diri anda selama sentiasa..Muehehehe~~


No comments:

Post a Comment