Sunday, September 22, 2013

[Aneh] Topeng Muka Ini Bakal Menjadi Alternatif Bagi Pembedahan Plastik Untuk Wanita Di Asia =D

Bagi kebanyakkan golongan wanita, selain menggunakan pelbagai produk kosmetik untuk mencantikkan wajah, pembedahan plastik turut tidak ketinggalan..Lazimnya, pembedahan plastik amat terkenal di Korea Selatan hinggakan ada yang sanggup mengeluarkan belanja hingga ribuan ringgit bagi mendapatkan hasil yang sangat memberangsangkan..Namun, masih terdapat cara lain yang lebih efektif selain daripada menjalani pembedahan plastik..Nak tahu? Meh usha kat bawah ni..

Tidak semua orang yang mampu melakukan pembedahan plastik berikutan kosnya yang terlampau tinggi, namun kini mereka masih lagi mampu mendapatkan raut wajah yang menarik dengan produk Uniface Mask yang telah direka oleh seorang pereka dari China, Zhouying Li.

Secara ringkas, pasukan saintis di sebalik produk kecantikan yang unik ini telah membangunkan sejenis teknologi yang dikenali sebagai 'kulit bionik', yang kelihatan seakan-akan kulit manusia, nipis dan membolehkan kulit bernafas melalui rongga udaranya.

Apbila kulit ini digunakan, ia akan kekal pada kulit wajah dan menjadi wajah harian anda. Menurut laman web produk Uniface ini, gam yang digunakan akan melekat pada kulit wajah dan hanya boleh dikeluarkan oleh klinik profesional yang terdiri dari pakar Uniface.

Sekiranya anda mengalami sebarang ketidakselesaan atau sebarang sebab lain yang anda mahu topeng ini dikeluarkan pada bulan pertama selepas pembelian, pasukan sains syarikat akan mengeluarkannya secara percuma. Selepas tempoh percubaan tamat, pengguna perlu membayar yuran pemindahan sebanyak US$59.


p/s: Dah macam muka patung dah pakai benda alah ni..Hahaha..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Post a Comment