Thursday, February 27, 2014

[Menarik] Bayangkan Sekiranya Hanya Ada 100 Orang Sahaja Di Dunia..

Dunia yang kita tinggal pada hari ini mempunyai populasi penduduk seramai 7 bilion manusia dan dijangka akan bertambah pada masa akan datang..Cuba kita bayangkan pula sekiranya penduduk di Bumi pada hari ini cuma ada sekitar 100 orang sahaja..Boleh anda bayangkan apa yang boleh berlaku? Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..


p/s: Betul ke tak, tak tahu lah kan =D


Wednesday, February 26, 2014

[Gambar] Burung Helang Jadi Penumpang Dalam Kapal Terbang Ini =D

Lazimnya, syarat yang ditetapkan untuk menjadi seorang penumpang dalam sebuah kapal terbang komersial, seseorang itu mestilah seorang manusia..Bagi penumpang haiwan pula, mereka akan ditempatkan di ruangan kargo..Namun, dalam sebuah penerbangan ini, terdapat beberapa ekor haiwan seperti diberikan kebenaran khas untuk duduk di tempat duduk penumpang manusia..Nak tengok? Meh usha kat bawah ni..



Sebuah laman web rangkaian sosial yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Reddit telah berkongsi beberapa keping gambar yang telah diambil oleh seorang penumpang yang terkejut dan berasa pelik apabila dia sebenarnya duduk bersebelahan dengan 12 ekor burung helang dalam penerbangannya. Walaupun begitu, kesemua 12 ekor burung helang berkenaan tidak menganggu penumpang lain dan bersikap baik sahaja sepanjang penerbangan. 

Penumpang tersebut berkata penerbangan dengan penumpang haiwan ini berlaku ketika perjalanan dari Casablanca menuju ke Abu Dhabi. Dia turut berasa hairan kerana sepatutnya haiwan perlu diempatkan di ruangan kargo dan bukan bersama penumpang lain. Kesemua burung ini milik kepada seorang lelaki berketurunan Arab yang juga penumpang kapal terbang tersebut.

Menurut atendan penerbangan, lelaki Arab itu telah menempah 3 kerusi tempat duduk dalam pesawat itu bagi menempatkan burung helangnya, manakala si lelaki Arab duduk di kerusi kelas pertama. Lelaki Arab berkenaan turut menggunakan pengaruhnya di dalam syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan hak istimewa berkenaan.


p/s: Entah berapa la lelaki tu bayar untuk bagi burung-burung dia tu duduk kat kerusi tu?


Tuesday, February 25, 2014

Trend Mempunyai Bentuk Hidung Seperti Menara Eiffel Semakin Terkenal Di China..

Dalam zaman yang serba canggih dan maju ini, mempunyai kecantikkan yang kelihatan mustahil dilakukan kini boleh dijalankan, iaitu dengan cara menjalani pembedahan plastik..Kini, trend terbaru di China yang semakin terkenal dalam kalangan para wanita di sana ada mempunyai bentuk hidung seperti Menara Eiffel..Nak tahu macam mana rupanya, meh usha kat bawah ni..


Proses pembedahan plastik bukanlah sesuatu perkara yang aneh pada hari ini. Malah, kebanyakkan orang sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi demi mengubah paras rupa dan tubuh badan mengikut citarasa tersendiri.

Tidak hanya di Korea Selatan dan Thailand, malah China kini juga semakin mendapat tempat untuk menjalani pembedahan plastik. Kini, apa yang menjadi trend dalam pembedahan plastik di China adalah operasi pada bahagian hidung bagi mendapatkan bentuk seakan-akan seperti sebuah menara Eiffel di Perancis. Uniknya, mereka turut mengiklankannya secara meluas bagi menarik perhatian mereka yang berminat.

Para doktor bedah turut menjanjikan kepada pelanggan bahawa hidung mereka akan kelihatan menarik sama seperti keindahan menara Eiffel. "Kami terinspirasi dengan dengan kecantikkan menara Eiffel. Kami tidak menambah sesuatu pada bahagian hidung tetapi membentuknya," ujar Dr. Wang Xuming.

Ratusan poster mengenai tawaran pembedahan plastik pada bahagian hidung boleh dijumpai di sekitar bandaraya Chongqing. Harga yang ditawarkan turut berbeza-beza, memberi kan bakal pelanggan bebas membuat pilihan.


p/s: Perghhh! Trend macam-macam sekarang ni 0.0


Monday, February 24, 2014

[Menarik] Khasiat Durian, Si Raja Buah Yang Tidak Kita Ketahui =D

Durian merupakan buah-buahan yang amat digemari ramai berikutan rasanya yang manis dan lazat..Walaubagaimana pun, di sebalik teksturnya yang lembut dan aromanya yang menggoda, si raja buah ini sebenarnya mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Meningkatkan Imuniti 

Buah durian kaya akan kandungan vitamin C, menyediakan sekitar 33 % dari dari keperluan vitamin C harian. Makanan yang kaya dengan vitamin C ini membantu tubuh mengembangkan ketahanan terhadap agen infeksi dan radikal bebas berbahaya. 

Menyembuhkan Anemia 

Durian mengandungi folat yang diperlukan untuk memproduksi sel darah dan meningkatkan aliran energi baru. Justeru durian dikenal pasti membantu untuk menyembuh dan mencegah anemia. Durian juga mengandungi logam tembaga dan besi, penting dalam meningkatkan produksi darah. 

Meningkatkan Kesihatan Tulang 

Durian mengandungi kalsium yang baik untuk meningkatkan kepadatan tulang. Durian juga mengandungi kalium dalam jumlah tinggi. Kalium diperlukan untuk menjaga kesihatan tulang. Kalium menyeimbangkan sodium dan dengan demikian mengurangkan hilangnya kalsium melalui ginjal. Oleh itu durian membantu meningkatkan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis. 

Meningkatkan Kualiti Tidur 

Tryptophan (jenis asam amino esensial) dalam durian membantu menghasilkan serotonin dan melatonin dalam tubuh. Dua jenis neurotransmiter ini membantu meningkatkan kesihatan hati, meredakan stres dan sakit kepala. 

Menjaga Tekanan Darah 

Buah durian mengandungi kalium dalam jumlah tinggi. Kalium diperlukan untuk menjaga jumlah natrium dan menyeimbangkan elektrolit. Oleh itu, pengambilan buah durian membantu mempertahankan tekanan darah dan mengurangkan risiko stroke atau serangan jantung. 

Meningkatkan Fungsi Pencernaan 

Isi buah durian yang lembutsangat kaya serat terbukti amat baik menjaga kesihatan pencernaan. Kecukupan serat penting untuk melindungi selaput lendir usus, mencegah sembelit, serta mengikat bahan kimia penyebab kanser di usus besar.

Sumber: OrangMuo

p/s: Nampak sedap pulak..Ngeee~~


Saturday, February 22, 2014

Cara Guru Elak Mata Pelajar Dari Rosak Semasa Belajar Di Sebuah Sekolah Di China =D

Tugas para guru pada hari ini tidak terhad kepada tugas mendidik dan mengajar para pelajar sahaja, malah mereka kini juga bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan fizikal pelajar semasa di dalam kelas..Sebuah sekolah di sebuah wilayah di China ada menunjukkan caranya, terutamanya dalam menjaga kesihatan mata..Nak tahu macam mana, meh usha kat bawah ni..


Sebuah institusi pendidikan di Wuhan, Wilayah Hubei telah memasang bar besi pada semua meja para pelajar. Bagi sebilangan orang, mungkin tujuan pemasangan bar besi itu tidak jelas, tetapi menurut para guru, ia dapat mengelakkan mata para pelajar dari menjadi rosak dan memastikan mereka membaca buku dalam jarak yang sesuai.

Pengetua di Sekolah Rendah Zhang Lin, Encik Zhang Jianming berkata bahawa bar besi itu telah dipasang oleh pihak City Teen Anti-Myopia Office. Beliau turut menjelaskan bahawa bar besi itu akan membantu para pelajar dalam membina minat suka membaca buku. 

Bar besi itu turut boleh digerakkan secara ke atas dan ke bawah untuk menghentikan para pelajar dari menggerakkan kepala mereka dari terlalu rapat dengan buku. Selain itu, bar besi itu juga boleh digunakan untuk meletakkan buku pada jarak yang sesuai untuk dibaca oleh para pelajar.


p/s: Macam ni punya cara pun ada ka? 0.0

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Thursday, February 20, 2014

[Menarik] Nokia Dengan Kerjasama Pereka Fesyen Cipta Skirt Dari 70 Telefon Pintar =D

Sekiranya memakai Google Glass (cermin mata khas keluaran Google) tidak mencukupi bagi pencinta teknologi dan juga fesyen, kini pihak Nokia, dengan idea yang pelik dan unik telah mencipta sejenis skirt yang mungkin bersesuaian dengan keinginan anda..Skirt ini diperbuat daripada 70 buah telefon pintar Nokia 1520 dengan kerjasama pereka fesyen, Fyodor Golan, dari agensi reka bentuk interaktif, KIN..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Skirt unik ini mempunyai rupa seakan-akan tutu yang sering dipakai oleh penari balet, tetapi ia bukanlah untuk dipakai semasa menari. Paparan imej pada skrin ini dipaparkan secara statik dan disuap secara langsung di semua skrin telefon. Menurut perekanya, "pakaian ini dibina menggunakan pergerakan dan kesan jubin". Dengan kata lain, grafik imej dan warna pada skrin telefon ini akan berubah-ubah mengikut pergerakan si pemakai seolah-olah memakai skirt yang diperbuat daripada kain. 

Ia mengambil masa selama 3 bulan untuk skirt ini disiapkan. Satu aplikasi khas turut dicipta bagi membantu menyeragamkan pergerakan imej dengan pergerakan model. Teknologi seperti percetakan 3D dan pemotongan laser turut digunakan dalam pembinaan skirt ini. Seperti yang dilapor oleh Nokia Conversations, "KIN telah mengabungkan kombinasi lukisan yang dilakarkan, percetakan 3D, Python dan program C# untuk membina skirt tersebut." Walaupun ia satu konsep, namun projek ini dikendalikan dengan begitu serius sekali.

Skirt ini telah dipamerkan di London Fashion Week dan tidak mungkin boleh didapati di mana-mana kena pakaian buat masa terdekat ini. Walaubagaimana pun, idea dan kejuruteraan ini telah mewujudkan sesuatu yang unik. Fyodor Golan turut merancang untuk bekerjasama dengan pihak Nokia pada musim panas akan datang dan sudah pasti kita tidak akan sabar untuk menunggu apa hasil selanjutnya yang akan menanti. 


p/s: Canggih kan? =D


Wednesday, February 19, 2014

[Gambar] Pulau Migingo: Pulau Dengan Penduduk Paling Padat Di Dunia =D

Tinggal dan menetap di kawasan pulau sememangnya menjadi impian bagi sesetengah orang berikutan suasananya yang aman dan tenang dari hiruk-pikuk bandaraya..Namun, tahukah anda terdapat pulau dengan penduduk yang paling padat di dunia? Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Migingo merupakan sebuah pulau batu kecil yang mempunyai keluasan setengah ekar dan bersaiz padang bola yang terletak di Tasik Victoria, sebuah tasik terbesar di Afrika yang juga tasik tropika terbesar di dunia.

Walaupun mempunyai saiz yang kecil. pulau ini merupakan kediaman bagi 131 orang (menurut data statistik pada 2009) yang tinggal secara bersesak-sesak di dalam rumah yang hanya diperbuat daripada kain dan kayu. 

Dengan gaya kehidupan yang daif, jangan terkejut kerana pulau ini turut mempunyai 5 buah bar, salon kecantikan, farmasi, beberapa buah hotel serta rumah pelacuran.


p/s: Entah macam mana punya sesak tak tahu lah..


Tuesday, February 18, 2014

[Hebat] Lelaki India Ini Melukis Dengan Hanya Menggunakan Lidah =D

Bagi kebanyakkan pelukis, berus lukisan merupakan alatan yang amat penting bagi menghasilkan karya seni mereka..Namun, bagi lelaki yang berasal dari India ini, berus lukisan bukanlah satu keperluan buat dirinya kerana dia melukis hanya dengan menggunakan lidahnya sahaja..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Seorang artis India ini mempunyai cara yang unik bagi memberikan para peminat seni "rasa" kepada hasil karyanya. Lelaki yang bernama Ani K yang berasal dari Kerala, India ini telah menghasilkan lebih dari 1,000 buah lukisan termasuk hasil karyanya yang paling berjaya iaitu lukisan sebesar 8 kaki, iaitu hasil karya Leonardo da Vinci, The Last Supper yang mengambil masa selama 5 bulan untuk disiapkan. 

Pengalaman pertamanya semasa pertama kali melukis menggunakan lidah, dia pernah mengalami sakit kepala dan sakit-sakit badan berpunca daripada bahan kimia dan bau pada cat lukisan tersebut. Kadang-kala dia turut mengalami loya-loya yang teruk. Walaubagaimana pun, lama-kelamaan, tubuh badannya mulai biasa dan menjadi imun. Pada hari ini, dia mampu menyiapkan sebuah lukisan dengan mengambil masa selama 3 ke 4 hari sahaja.
Video:


p/s: Uwekkk!! Geli pun ada >,<

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Monday, February 17, 2014

[Aneh] Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA =D

Sayap memainkan peranan yang sangat penting dalam menerbang dan mengendalikan pesawat tidak kira sama ada pesawat komersial mahupun pesawat tempur..Namun, pesawat yang direka oleh pihak NASA ini mempunyai reka bentuk yang sangat aneh di mana ia tidak mempunyai sebarang sayap..Justeru, bagaimana ia diterbangkan? Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..


Bagi kebanyakkan rekaan pesawat, dengan memasang sayap, ia boleh menjurus kepada kenaikan kos harga pesawat itu sendiri. Oleh itu, dengan mengelakkan penggunaan sayap, ia mampu menurunkan kos dalam operasi spatial dengan begitu drastik sekali. Kajian terhadap penggunaan pesawat tanpa sayap telah menggunakan HL-10 dan pelbagai peranti lain dari tahun 1966 hingga lah 1975. Tidak dinafikan, sayap yang dipasang pada pesawat hari ini telah banyak membantu kita memahami konsep aerodinamik pada kelajuan hipersonik. 

Di sini, pihak NASA telah mendedahkan satu ciri yang sangat menarik di mana dalam kelajuan sopersonik (melebihi kelajuan bunyi), akan mengalir perbezaan tekanan di permukaan atas dan bawah muncung pesawat, menjurus kepada daya angkat, yang meningkat dengan ketara dalam mengendalikan pesawat unik ini semasa ia turun dari orbit.

Ia merupakan satu perubahan paradigma sehingga pada lewat 1950-an, berlakunya perlumbaan dalam pembinaan pesawat yang boleh mengurangkan kesan seretan pada lapisan atmosfera sehingga terciptanya pesawat berkelajuan tinggi iaitu "Black Bird".

Kajian yang sama turut dilakukan oleh di Center of Langley. Di sini, mereka mencipta pelbagai jenis model pesawat, tetapi yang paling menarik perhatian adalah HL-10 (Horizontal Landing:10).

Atas prestasi nya yang bagus, NASA dengan kerjasama Tentera Udara telah meluluskan kegunaan pesawat ini untuk program angkasa mereka, bagi pesawat ulang-alik untuk para angkasawan dalam misi program Apollo.

Walaubagaiman pun, sebelum impian tersebut berjaya dilaksanakan, pihak NASA telah berubah fikiran. Disebabkan pengurangan bajet penyelidikan, mereka terpaksa membuat ujian di dalam terowong angin sebelum bermulanya pembinaan model terbaru iaitu M2-F1. Projek ini menerima pembiayaan penuh untuk pembinaan berskala penuh.

Disebabkan reka bentuknya yang pelik, ia digelar sebagai "tab mandi". Pada bulan Julai 1966, model generasi kedua M2-F2 telah dilancarkan. Dengan berat 2.67 tan, ia telah berlepas dari sebuah pesawat pengebom B-52 pada ketinggian 13,500 meter pada kelajuan mencecah 0.6 Mach (697 km/h) selama 3 minit 37 saat.

Walaubagaimana pun, beberapa masalah teknikal mula timbul dan memerlukan kajian lanjutan sebelum pesawat tanpa sayap ini boleh digunakan tanpa sebarang insiden. Penyelidikan pada masa kini masih dijalankan dan sering berakhir dengan diaplikasikan pada kapal angkasa.


p/s: Mungkin satu hari ciptaan pesawat tanpa sayap ni boleh jadi kenyataan..Sapa tahu kan?