Saturday, February 1, 2014

5 Kartun Kanak-Kanak Paling Popular Di Dunia =D

Kartun merupakan rancangan yang sangat di minati, bukan sahaja bagi golongan kanak-kanak malah turut digemari oleh golongan dewasa..Ia merupakan rancangan yang sering ditunggu-tunggu terutamanya pada hari minggu dan cuti sekolah..Nak tahu apa kartun yang paling popular di dunia, meh usha kat bawah ni..

5. Tom & Jerry
Persaingan yang wujud di antara kedua-dua watak membawa kepada aksi kejar mengejar antara seekor kucing dan tikus yang terkenal. Siri ini adalah salah satu kartun yang paling banyak ditonton di TV dan telah banyak mempengaruhi kartun lain. Selain daripada siri ini, beberapa filem berkaitan dengan kartun ini juga telah dikeluarkan.

4. Road Runner
Ini merupakan satu lagi kartun klasik yang mempunyai tema aksi kejar mengejar yang terkenal. The Road Runner adalah watak utama siri ini dan sentiasa diburu oleh Coyote yang tidak pernah berjaya untuk menang walaupun sekali. Si Coyote sering menggunakan alatan yang menakjubkan untuk menangkap The Road Runner tetapi akhirnya, alatan itu pula yang mengenakannya.

3. Looney Tunes
Looney Tunes sinonim dengan Warner Bros dan merupakan salah satu siri kartun yang terbesar pernah dikeluarkan syarikat berkenaan. Bugs Bunny merupakan watak yang terkenal dalam siri ini dan kenakalannya menjadikannya watak kegemaran ramai untuk beberapa generasi.

2. The Simpsons
Kartun ini merupakan siri pertama di TV yang memaparkan elemen kedewasaan. Watak utama, Homer Simpson, seringkali didapati terperangkap dalam keadaan atau situasi yang tidak menyenangkan. Kehidupan moden dan aspek-aspek yang jelas turut dipamerkan dalam siri ini.

1. Mickey Mouse
Kartun ini pertama kali ditayangkan pada tahun 1928 dan masih ditayangkan sehingga sekarang serta mempunyai peminat yang ramai. Apa yang menjadikannya menarik, watak Mickey Mouse merupakan satu-satunya watak kartun yang tersenarai di dalam Hollywood Walk of Fame. Watak kartun ini telah dihasilkan oleh Walt Disney.

p/s: Aku ingat lagi masa kecik-kecik, pagi Sabtu dengan Ahad ja mesti dah terpacak depan TV nak tengok DragonBall..Hehehe

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Post a Comment