Thursday, February 20, 2014

[Menarik] Nokia Dengan Kerjasama Pereka Fesyen Cipta Skirt Dari 70 Telefon Pintar =D

Sekiranya memakai Google Glass (cermin mata khas keluaran Google) tidak mencukupi bagi pencinta teknologi dan juga fesyen, kini pihak Nokia, dengan idea yang pelik dan unik telah mencipta sejenis skirt yang mungkin bersesuaian dengan keinginan anda..Skirt ini diperbuat daripada 70 buah telefon pintar Nokia 1520 dengan kerjasama pereka fesyen, Fyodor Golan, dari agensi reka bentuk interaktif, KIN..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Skirt unik ini mempunyai rupa seakan-akan tutu yang sering dipakai oleh penari balet, tetapi ia bukanlah untuk dipakai semasa menari. Paparan imej pada skrin ini dipaparkan secara statik dan disuap secara langsung di semua skrin telefon. Menurut perekanya, "pakaian ini dibina menggunakan pergerakan dan kesan jubin". Dengan kata lain, grafik imej dan warna pada skrin telefon ini akan berubah-ubah mengikut pergerakan si pemakai seolah-olah memakai skirt yang diperbuat daripada kain. 

Ia mengambil masa selama 3 bulan untuk skirt ini disiapkan. Satu aplikasi khas turut dicipta bagi membantu menyeragamkan pergerakan imej dengan pergerakan model. Teknologi seperti percetakan 3D dan pemotongan laser turut digunakan dalam pembinaan skirt ini. Seperti yang dilapor oleh Nokia Conversations, "KIN telah mengabungkan kombinasi lukisan yang dilakarkan, percetakan 3D, Python dan program C# untuk membina skirt tersebut." Walaupun ia satu konsep, namun projek ini dikendalikan dengan begitu serius sekali.

Skirt ini telah dipamerkan di London Fashion Week dan tidak mungkin boleh didapati di mana-mana kena pakaian buat masa terdekat ini. Walaubagaimana pun, idea dan kejuruteraan ini telah mewujudkan sesuatu yang unik. Fyodor Golan turut merancang untuk bekerjasama dengan pihak Nokia pada musim panas akan datang dan sudah pasti kita tidak akan sabar untuk menunggu apa hasil selanjutnya yang akan menanti. 


p/s: Canggih kan? =D


No comments:

Post a Comment