Sunday, June 1, 2014

[Kejam!!] Polis China Pukul Anjing Milik Gelandangan Sehingga Mati Di Depan Orang Awam..

Bagi pencinta haiwan, anjing sering dianggap sebagai kawan baik manusia dan kesetiaan anjing pada tuannya memang tiada berbelah bahagi..Namun, tindakan kejam sekumpulan penguatkuasa di China yang memukul anjing milik seorang gelandangan ini sehingga mati telah menimbulkan kemarahan orang ramai selepas rakaman foto tersebut tersebar meluas di Internet..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Situasi ini dikatakan telah dirakam sekitar bulan Mac dimana seorang warga Internet telah mengirim gambar di laman sosial Weibo tentang suatu kejadian yang berlaku di persimpangan jalan Langzhong Tianshanggong di wilayah Sichuan di mana seekor anjing milik seorang lelaki gelandangan telah dipukul sehingga mati oleh polis.

Dari gambar-gambar yang dilampirkan, ia jelas menunjukkan seorang lelaki gelandangan berpakaian kelabu yang duduk di tepi jalan sambil memegang rantai besi di tangannya. Di sebelahnya terdapat dua orang pegawai polis yang berpakaian seragam memegang sejenis pencangkuk keluli dan pemyodok, di dalam proses untuk membunuh anjing tersebut.

Menurut saksi yang ditemubual iaitu En. Wang yang menyaksikan insiden tersebut, mengimbas semula sebelum berlakunya kejadian itu, lelaki gelandangan terbabit hanya mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian, beberapa orang pegawai polis dari balai polis daerah berdekatan tiba dan bertanyakan beberapa soalan kepada lelaki berkenaan. Lelaki itu katanya masih berdiam diri walaupun disoal. Tidak lama kemudian, pihak polis mengeluarkan alatan mereka dan memukul anjing tersebut.


Setelah gambar-gambar ini tersebar luas di Internet dan mendapat kecaman pelbagai pihak, pihak polis berkenaan telah mengeluarkan kenyataan mereka seperti di bawah ini:

Terjemahan:

p/s: Walaupun niat pihak polis adalah baik demi menjaga kemaslahatan orang awam, namun tindakan tersebut amat melampaui batas kerana dilakukan dihadapan orang awam..Matlamat tidak boleh menghalalkan cara..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Post a Comment