Penyakit kanser payudara merupakan barah yang amat menakutkan bagi kaum wanita dan merupakan penyakit yang mampu membunuh dalam senyap..Lazimnya, bahagian payudara yang dijangkiti perlu dibuang bagi mengelakkan ancaman pada nyawa si pesakit..Kini, terdapat sejenis baju renang yang dicipta bagi golongan mereka yang terselamat dari penyakit kanser ini disamping dapat menaikkan semula keyakinan diri mereka..Nak tahu macam mana rupa baju renang tu, meh usha kat bawah ni..
Keberanian, kecantikan dan reka bentuk fesyen telah bergabung dalam Monokini 2.0, satu projek di mana sekumpulan pereka Finland mewujudkan pakaian mandi untuk pesakit kanser payudara dengan satu payudara. Kemudian, pesakit yang terselamat dari penyakit berbahaya itu akan mengayakannya sebagai suatu foto-foto inspirasi dalam pertunjukan dan pameran yang akan datang.
Hakikatnya, terdapat ramai wanita yang mempunyai satu payudara yang dibuang akibat kanser payudara tidak mahu menjalani pembedahan membina semula payudara dan mereka bertekad ingin meneruskan kehidupan mereka walaupun dengan satu atau tidak mempunyai buah dada sama sekali. Dengan wujudnya Monokini 2.0, satu projek seni sosial yang mengkaji semula pandangan sempit terhadap budaya memandang rendah pada para wanita yang hanya mempunyai satu payudara dengan memberikan penampilan yang lebih ideal.
Bagi anda yang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai, boleh singgah kat sini - If it's hip, it's here.
p/s: Apa pendapat anda? Seksi? =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment