Monday, March 23, 2015

SUBHANALLAH!! Misteri Gurun Pasir Bergerak Menelan Sebahagian Daripada Hutan!! (6 gambar)



Inilah Kehebatan kejadian ciptaan Allah yang menakjubkan di mana padang pasir bergerak dari pantai ke daratan setiap tahun.Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk ‘menelan’ rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.

The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar – berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut.









Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.


Buat pengatahun korang kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter). Sepanjang 57 tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun



Jom Lihat Rumah Pelindungan Bayi Yang Di Buang Yang Pasti Buat Anda Sedih!!




Henan, China. Sejak tahun 1986, Yuan Lihai telah menerima lebih 100 [bayi yang ditinggalkan ]. Sebahagian dari mereka yang dah membesar telah berkahwin dan kerja dan telah meninggalkannya, dan masih terdapat 39 berada bersama beliau hingga hari ini, sebahagian dari kanak-kanak itu ada yang menderita sakit mental dan cacat. Yuan Lihai hanya menjual makanan ringan di jalanan untuk menyara hidup untuk dirinya kanak-kanak dan bayi, manakala suaminya yang menentang pengambilan pembuangan bayi telah berpisah dengan beliau.

Bermula pada tahun 1987, Yuan Lihai telah mengambil kanak-kanak cacat atau berpenyakit, setelah menerima lebih 100 kanak-kanak dalam tempoh 25 tahun yang lalu, dengan beberapa orang kanak-kanak telah meninggal dunia akibat penyakit yang teruk dan rawatan perubatan yang tidak mencukupi.

Yuan Lihai agak terkenal di sana, dengan orang-orang biasa, hospital, dan juga polis, perkhidmatan kecemasan, ramai di antara kanak-kanak tersebut telah dihantar kepadanya.

Pada tahap tertentu, institusi kebajikan awam anak yatim telah menolak jenis "rumah anak yatim persendirian"  komplikasi antara moral, undang-undang, dan faedah / keuntungan menyebabkan peruntukan kepadanya tidak dapat di laksanakan. 












Kisah Sebenar 3 Gambar Gadis Bertudung Menyerupai Hantu Pocong

1

24


Seorang wanita berusia 20-an telah dilihat memakai tudung yang menyerupai hantu pocong pada satu majlis perkahwinan. 


Kami berpendapat jika terserempak dengan budak ini pada tengah-tengah malam mesti ramai yang lari lintang-pukang. 

Guru Kahwin Dengan Anak Murid Jadi Viral !!




Ungkapan ‘cinta tak mengenal usia’ ternyata benar.

Begitulah pasangan pengantin baru ini yang telah mencuri perhatian netizen apabila gambar perkahwinan mereka dimuat naik di laman sosial Facebook.
Sebenarnya, boleh dikatakan gadis yang berkahwin dengan lelaki lebih berusia bukanlah perkara luar biasa.
Namun, cerita di sebalik kisah pengantin ini yang menarik perhatian ramai.
Rupa-rupanya, pengantin lelaki merupakan guru kepada isterinya dahulu.
Meskipun ramai yang mempersoalkan pasangan ini namun harus diingat, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Ilahi.
Mereka pun dah selamat bergelar suami isteri.. semoga berbahagia diucapkan.

(9Gambar) Sekitar Majlis Akikah ‘Bidadari Besi’ Diana Amir





HARI ini telah berlangsungnya majlis akikah dan doa kesyukuran buat Khaulah Al Azwar yang merupakan cahaya mata sulung Diana Amir bersama suami, Habib Bullah A. Rahman.

Majlis berlangsung meriah di kediaman pasangan ini yang terletak di Setia Alam, Selangor.
Beberapa rakan artis turut hadir memeriahkan majlis termasuk penerbit terkenal David Teo dan isteri.
Apa pun, tenang hati kami melihat wajah comel baby girl yang diberi nama bermaksud ‘Bidadari Besi’ ini.
Diana melahirkan cahaya mata sulungnya ini pada 8 Mac lalu.
Sama-sama kita doakan semoga anak pasangan ini membesar menjadi anak yang solehah.

Kisah Cinta Ini Membuatkan Kami Tertanya-Tanya, Adakah Masih Wujud Manusia Sebegini!! (22 Gambar)




Satu gambar menceritakan beribu cerita. Sediakan tisu di tangan....
























SUMBER : http://wayang.my

Tahniah KJ, Isteri Timang Anak Lelaki Ketiga !!


kj1





SEKALUNG tahniah diucapkan buat Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang selamat menimang cahaya mata ketiga lelaki, sebentar tadi.
Berkongsi khabar gembira di laman Twitter, Khairy memaklumkan isterinya, Nori Abdullah selamat melahirkan pada jam 3.53 petang Isnin.
Anak ketiga pasangan ini dinamakan Raif Jamaluddin Abu Bakar.
Khairy dan Nori turut mempunyai dua anak lelaki, Jibreil Ali, 8, dan Timor Abdullah, 7.
Tahniah YB Khairy!

Padah Dirogol tiga hari berturut-turut !!




TINDAKAN berani seorang remaja perempuan berusia 15 tahun keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali membawa padah apabila dirogol lelaki terbabit bersama-sama tiga lagi rakan lelaki itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku selama tiga hari berturut-turut bermula 18 Mac lalu di rumah sewa salah seorang suspek di Manir, Kuala Terengganu pada jam 11.45 malam.
Menurut sumber, gadis itu pada mulanya keluar bertemu janji dengan rakan lelaki berusia 18 tahun itu sebelum dirogol di rumah sewa terbabit.
“Mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah salah seorang lagi suspek, sebelum mendakwa dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.
“Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang suspek lain yang juga berusia 18 tahun.
“Mangsa mendakwa ketika dirogol ada suspek lain telah merakamkan perbuatan itu dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah,” kata sumber itu lagi memetik Sinar Harian.
Sehari lepas kejadian itu, rakan lelakinya mengugut mahu menyebarkan video perbuatan seks itu sekiranya mangsa enggan berjumpa dengannya lagi.
Takut dengan ugutan itu, mangsa sekali berjumpa suspek sebelum sekali lagi dirogol oleh suspek dan rakan suspek yang berusia 16 tahun di lokasi sama, pagi Jumaat lalu.
Mangsa akhirnya menceritakan perbuatan suspek dan rakan-rakannya kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis.
Kesemua empat suspek telah berjaya ditahan pada Jumaat lalu di sekitar Manir untuk diambil tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian dan suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Perhatian !! Jangan Ketip Jarum Di Mulut Semasa Pakai Tudung


350795_672471


Perasan tak, sama ada anda atau rakan anda yang mengenakan hijab mesti pernah mengetip jarum di bibir semasa hendak memakai tudung?


Perbuatan itu bukanlah perkara luar biasa kerana ada sesetengah individu menjadikan perbuatan tersebut sebagai tabiat rutin.
Tapi sebenarnya tabiat itu boleh mendatangkan bahaya dan risiko buat para muslimah.
Menerusi satu perkongsian di Facebook World Hijab Day, seorang penguna telah mendedahkan pengalaman tabiatnya hingga mengakibatkan jarum tersebut memasuki rongga mulutnya dan mendatangkan bahaya kepada dirinya.
Lihatlah menerusi gambar yang dimuat naik jarum tersebut telah tersekat pada saluran pernafasannya.Ngeri bukan?
Diharap cerita ini menjadi pengajaran buat para muslimah agar lebih berjaga-jaga dan berhati-hati.