Monday, March 9, 2015

Adakah Ini Wajah Bakal Isteri Taufik Batisah?



Tahniah kami ucapkan terlebih dahulu kepada penyanyi Singapura, Taufik Batisah mengenai dirinya yang bakal mendirikan perkahwinan pada April nanti dengan kekasih pilihan hati yang juga dikatakan berasal daripada Singapura.


Melalui Media Hiburan, seorang perminat hiburan telah berkongsi sekeping gambar didakwa merupakan kekasih Taufik yang dikatakan bakal isteri penyanyi itu nanti. Wanita yang berjaya mencuri hati pelantun lagu #AwakKatMane ini berasal dari Singapura dan dikenali dengan nama Sheena Akbal.


Sehingga kini, Taufik masih belum mendedahkan wajah atau nama bakal isterinya. Namun, jika betul wanita dalam gambar ini adalah bakal isterinya, pasti Taufik adalah insan paling bertuah kerana memiliki isteri yang cantik dan memahami kerjayanya.

Apapun, Tahniah buat Taufik Batisah yang bakal berkahwin. 

No comments:

Post a Comment