Monday, March 9, 2015

Bayi Ditemui Masih Hidup Selepas 13 Jam Kereta Dipandu Ibunya Jatuh Sungai??!!




UTAH : Satu kemalangan yang berlaku di sini telah menyebabkan seorang bayi berumur 18 bulan hampir maut selepas terperangkap di dalam kereta tersebut selama 13jam bersama ibunya yang telah meninggal dunia.


Kereta yang dinaiki oleh mereka telah terjatuh ke dalam sebuah sungai yang suhu airnya di bawah paras beku selepas melanggar dinding pembahagi jalan di atas sebuah jambatan.

Bayi tersebut yang namanya dirahsiakan berada di dalam kereta tersebut semalaman dengan suhu yang begitu sejuk

Kejadian itu hanya disedri keesokan paginya selepas seorang lelaki yang memancing di sungai tersebut ternampak kereta mereka tersadai di tepi sungai dan lelaki tersebut terus memaklumkan kepada polis.

Kerana air sungai yang terlalu sejuk pihak penyelamat iaitu tiga anggota polis dan empat anggota bomba yang terlibat terpaksa dirawat akibat hypothemia.

Pihak polis telah mengenalpasti ibu bayi tersebut sebagai Lynn Jennifer Groesbeck, 24, yang meninggalkan rumah ibu bapanya di Salem, pada pukul 10 malam, pada hari kerjadian.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment