Saturday, March 14, 2015
Dilema Dipaksa Tukar Agama, Remaja Tekad Minum Racun??!!
Seorang remaja yang didalam dilema dan terperangkap dalam kes pertukaran agama telah dikejarkan ke hospital selepas cuba membunuh diri dengan meminum racun.
Memetik laporan Malaysiakini bapanya S Ganesan, memaklumkan bahawa anaknyanya itu Thiyaggurudeen telah meminum kopi yang dicampur dengan sejenis racun bernama Paraquat.
“Saya tanya kenapa dan dia kata dia takut mereka (pihak berkuasa agama) mengambilnya dan beri dia pengalaman pahit lagi...
“Dia akui, dan dia beritahu doktor-doktor dan polis perkara sama,” katanya yang ditemuai di Hospital Seremban.
Pada 17 Februari lalu, pelajar tersebut seperti cerita di dalam laporan polis bertarikh 17 Februari telah dipaksa oleh guru sekolahnnya untuk membuat laporan polis apabila dikatakan bapanya cuba menukar agama Thiyaggurudeen kepada agama Hindu.
Turut di ceritakan dalam laporan itu, dia juga dikatakan telah dibawa ke sebuah pusat dakwah dan disoal siasat selama tiga jam oleh kumpulan yang didakwa pegawai jabatan hal ehwal agama Islam.
Ibu pelajar itu seorang warga Indonesia yang beragama Islam.
Ganesan pernah memohon pada Mahkamah Syariah untuk menukar agama anaknya, namun diberitahu untuk menunggu sehingga umur 18 tahun.
Labels:
semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment