Thursday, March 12, 2015

Elfira Loy Tidak Mahu Bercinta Dengan Ramai Lelaki




Elfira Loy baru-baru ini telah mengambil langkah besar untuk berhijrah dengan mengenakan tudung sepenuhnya saat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 21 pada tanggal 19 Mac lepas.


Sambutan hari jadi beliau telah diraikan bersama keluarga serta sahabat handai dimana aktor popular Indonesia, Baim Wong turut terbang dari Jakarta bagi menghadiri majlis tersebut. Pernah digosipkan bercinta dengan Baim, sekali lagi mereka telah menjadi tumpuan ramai.
Bertanya tentang soal cinta kepada Elfira, beliau memberitahu tidak mahu bercinta dengan ramai lelaki dan kalau bertemu jodoh beliau hanya ingin mencintai seorang lelaki lalu mengahwininya.
Sebetulnya saya tidak suka bercinta dengan orang itu atau orang ini. Saya tidak mahu bercinta dengan ramai lelaki atau bersilih ganti bertukarlelaki di dalam hidup saya.  Kalau boleh saya hanya mahu mencintai seorang lelaki dan mengahwininya.
Ditanya adakah Baim Wong bakal menjadi suami beliau, berikut adalah jawapan daripada Elfira:
Siapa-siapa pun boleh jadi calon suami saya kalau mereka mahu mengahwini saya. Tetapi saat ini, hanya Baim saja yang mahu melangkah ke fasa yang seterusnya.

Soal jodoh  berada di tangan Tuhan, jika Elfira Loy ditakdirkan untuk bersama Baim Wong iainya tidak salah walaupun jarak umur mereka jauh berbeza. Jika Elfira sudah merasa selesa dengan Baim mungkin kalian boleh terus melangkah ke fasa seterusnya dalam hubugan ini.
Sumber Berita: Astro Gempak

No comments:

Post a Comment