Tuesday, March 17, 2015

Suspek Kes Pukul Pak Cik Di Jalan Bako Sudah Berjaya Ditangkap

KUCHING: Semalam tersebar sebuah video di laman sosial yang menunjukkan 2 orang remaja lelaki memukul seorang pak cik tanpa belas kasihan di Jalan Bako di sini.

Hasil maklumat orang ramai pihak polis dari Balai Bintawa telah berjaya memberkas ketiga-tiga mereka semalam.

Rakan mangsa membunyikan hon untuk menegur penunggang motosikal itu tetapi menerima ‘hadiah’ isyarat lucah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Entusa Imam berkata, penunggang motosikal itu memberhentikan kenderaannya, diikuti mangsa dan rakannya.

"Mangsa dan rakannya memberhentikan kenderaan, turun daripada kereta dan berlaku pertengkaran dengan penunggang motosikal yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

"Tiba-tiba penunggang motosikal itu dengan rakannya memukul mangsa dengan topi keledar, manakala rakan mangsa dihalang daripada membantu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Akibat kejadian itu mangsa lebam di kepala dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya

Pihak polis masih dalam usaha mengesan lain-lain suspek yang masih bebas. Kesemua suspek akan di bawa ke mahkamah untuk permohonan dan akan didakwa dibawah seksyen 324 kanun kesiksaan. 

No comments:

Post a Comment