Ini mungkin merupakan penangan hebat buat rakyat Malaysia apabila belum habis hal mengenai rakyat Indonesia yang diambil bekerja menjadi pengawal menembak seorang pegawai bank, kini pihak media Indonesia telah mendedahkan pula bahawa terdapat segelintir rakyatnya telah dilatih untuk menjadi askar (Askar Wataniah atau askar sebenar, masih belum dipastikan) di Malaysia..Nak tahu apa yang didedahkan, meh usha kat bawah ni..
1. Malaysia telah menrekruit orang Indonesia menjadi askar wataniah di negara ini untuk menjaga sempadan negara.
2. Askar-askar wataniah dari Indonesia ini memiliki 2 kewarganegaraan.
3. Mereka juga mempersoalkan bagaimana akhirnya nanti jika timbul konflik dan peperangan antara dua buah negara, adakah askar wataniah ini akan berpihak kepada Malaysia ataupun Indonesia?
4. Mereka juga turut mendedahkan bahawa perkara ini sudah berlaku lama.. bukan satu perkara baru.
5. Ada yang terpilih menjadi Askar Wataniah kerana sudah lama tinggal di Malaysia.
6. Namun pihak berkuasa Indonesia menafikan bahawa orang Indonesia ada yang dilantik menjadi Askar Wataniah.
7. Akan tetapi pihak mereka akan menyiasat perkara ini untuk memastikan sama ada laporan ini benar ataupun palsu.
8. Sementara itu beberapa kelompok di Indonesia marah dengan tindakan pihak kerajaan Malaysia yang merekrut warga Indonesia untuk menjadi askar wataniah di negara Malaysia.
9. Mereka menganggap bahawa Malaysia bagaikan mencuri rakyat warganegara Indonesia untuk dipergunakan.
10. Mereka juga mempercayai ada motif disebalik kenapa kerajaan Malaysia berbuat demikian.
11. Mereka juga akan melakukan protes secara keras [besar-besaran] jika perkara ini dapat dibuktikan.
Video:
p/s: Harap pihak berkuasa Malaysia dapat menyiasat pendedahan ini sama ada ia benar ataupun sebaliknya..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment