Monday, November 11, 2013

[Menarik] Keju Termahal Di Dunia Diperbuat Dari Susu Keldai =D

Keju merupakan produk tenusu yang diperbuat dari susu haiwan seperti lembu dan kambing..Selain sedap dijadikan penambah selera dalam makanan, ia juga memberikan zat kalsium yang tinggi pada tubuh badan..Namun, terdapat sejenis keju yang diiktiraf sebagai keju termahal di dunia, di mana ia bukan diperbuat dari susu lembu mahu pun kambing, malah diperbuat dari susu keldai..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Kini, bagi pencinta makanan mewah serta mempunyai duit poket yang banyak serta tidak tahu di mana untuk membelanjakannya, anda boleh memilih untuk menikmati keju termahal di dunia dari ladang keldai di Serbia.

Dihasilkan di Zasavica iaitu salah satu rizab semulajadi paling terkenal di Serbia, keju yang dikenali sebagai 'pule' oleh penduduk tempatan diperbuat dari susu keldai dengan harga yang boleh mencecah sehingga US$ 1,300 sekilogram.

Proses membuat keju ini memerlukan sebanyak 25 liter susu keldai segar bagi membuat satu kilogram keju, di mana menurut rizab berkenaan adalah harga paling mahal di dunia.

Keju yang berwarna putih serta rapuh digambarkan mempunyai rasa yang hampir sama dengan keju Spanish manchego, tetapi dengan rasa yang lebih mendalam dan kaya dengan lemak.


Video:


p/s: Nampak macam sedap je..

* Nak incomel lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Post a Comment