Monday, November 4, 2013

[Unik] Kerepek Kentang Bersalut Coklat Pertama Di Dunia Dari Lay's =D

Snek makanan ringan seperti kerepek kentang sudah tentu enak di makan ketika waktu santai seperti menonton filem dan menyaksikan perlawanan bola sepak..Namun, tahukah anda, selain daripada mempunyai perisa biasa, kerepek kentang ini juga akan mempunyai perisa baru iaitu bersalut coklat? Haa, kalau nak tahu apa rupanya, meh usha kat bawah ni..



Kini, produk terbaru keluaran Lay's iaitu kerepek kentang bersalut coklat sudah pasti akan merubah dunia makanan ringan buat selama-lamanya.

Walaupun kerepek kentang mula mendapat perhatian dari syarikat-syarikat kecil, namun Lay's merupakan syarikat snek terbesar yang mula mengambil langkah secara besar-besaran untuk mengembangkan produk ini. Sebelum ini, pihak Pringles sudah pun memasarkan perasa baru produk kerepek kentang keluaran mereka iaitu White Chocolate Peppermint, Pumpkin Pie Spice dan Cinnamon & Sugar. Walaupun diterima baik oleh pembeli, namun harapan tinggi tetap diletakkan pada produk keluaran Lay's untuk menerima pendekatan yang lebih baik.

Kerepek kentang keluaran terbaru ini akan dijual pada harga US$3.49 setiap paket dan dipasarkan hanya untuk tempoh masa yang terhad iaitu dalam masa cuti Krismas. Sekiranya mendapat sambutan hangat, mereka akan cuba memasarkannya secara tetap.

Video:


p/s: Err..nampak macam sedap, rasa tak tahu la macam mana..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Post a Comment