Wednesday, November 27, 2013

[Hebat] Kucing Ini Terselamat Dari Penenggelaman 3 Buah Kapal Perang Berasingan Semasa Perang Dunia Ke-2..

Mengikut kepercayaan karut sesetengah pihak, ada yang percaya bahawa kucing mempunyai 9 nyawa..Antara kejadian yang menguatkan lagi dakwaan mereka ialah di mana seekor kucing yang menaiki 3 buah kapal perang berasingan telah terselamat sebanyak 3 kali dari menjadi mangsa karam..Nak tahu apa rupa kucing tersebut, meh usha kat bawah ni..

"Unsinkable Sam" adalah gelaran untuk seekor kucing di atas kapal sebuah kapal Jerman dalam Perang Dunia II. Mempunyai kucing di atas kapal perang pada waktu tersebut adalah sesuatu yang biasa berlaku selama beratus-ratus tahun yang lalu, kerana kemampuan mereka untuk menangkap tikus di dalam tempat menyimpan bekalan makanan. Kucing ini mula dibela di dalam kapal Bismarck semasa misi pertama kapal tersebut pada 18 Mei 1941. 

Selepas pertempuran laut pada 27 Mei, Bismarck telah tenggelam dan hanya 115 daripada 2,200 anak kapal terselamat. 

Sam turut ditemui terapung di atas papan oleh pihak British. Mereka kemudian mengambilnya bekerja di atas kapal (dan menamakannya Oscar) di HMS Cossack, sehingga ia terkena tembakan torpedo pada 24 Oktober dan tenggelam tiga hari kemudian. Walaupun 159 orang anak kapal mati akibat serangan torpedo berkenaan, "Oscar" walaubagaimana pun telah terselamat. 

Beliau juga telah dinamakan "Unsinkable Sam" dan telah dipindahkan ke kapal pengangkut pesawat HMS Ark Royal, yang telah memainkan peranan dalam memusnahkan kapal Bismarck.


p/s: Atototo..Comeynya ^_^

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Post a Comment