Setelah sekian lama menunggu, pelakon dan pengacara jelita, Diana Amir dan suaminya akhirnya memberitahu nama anak sulung mereka di laman sosial instagram baru-baru ini.
Diana dan suami menamakan anak perempuan mereka bersempena dengan mujahiddah Khaulah Al Azwar, yang membawa maksud ‘Bidadari Besi.’
Sedap sungguh nama yang diberikan itu, semoga ciri-ciri mulia mujahiddah itu ada pada anak pasangan ini
Di ruangan komen laman instagramnya juga turut dihujani dengan komen-komen positif mengenai nama yang mereka pilih.
Diana yang selamat melahirkan anak pada 8 Mac lalu sudah pun mendedahkan wajah comel anaknya itu dan kini sedang berpantang di kediamannya.
Gambar-gambar comel baby Khaulah telah dikongsikan oleh studio forografi Camora Arts.
Semoga Diana dan suami akan terus dimurahkan rezeki dan bertambah bahagia dengan kehadiran baby Khaulah Al Azwar ini.
No comments:
Post a Comment