Tuesday, March 17, 2015

Rohana Jalil Tegur Wak Doyok Isu Komen Lucah Di Insta Kilafairy !!??



Mak mana tak sayang anak, kan? Walaupun sudah besar panjang, namun gusar seorang ibu tetap berterusan tambah-tambah apabila ia melibatkan anak perempuan.

Itulah yang berlaku kepada penyanyi 80-an, Rohana Jalil. Kerana komen berbaur lucah yang dilakukan selebriti Wak Doyok dalam ruang komen Instagram anaknya, Kilafairy, si mak turut terkena tempiasnya.
“Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.
“Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini.”
Selain itu, Rohana turut berkata, suaminya sering menegur Kilafairy agar menjaga adab dalam berpakaian.
“Ayah dia dah selalu marah supaya jangan pakai seksi ketika keluar, dia tak mahu orang luar atau kawan-kawannya bertanya tentang soal pemakaian Kila. Namun, itulah, budak sekarang kalau tegur banyak kali nanti buat muka dan merajuk pula.”
Kes ini mula menjadi panas apabila Wak Doyok meninggalkan komen “#merecik” pada satu gambar yang memaparkan bahagian belakang Kilafairy. Malah, dia turut menulis “benda sedap cepat je masuk line”. Kalau diikutkan, memang melampau tu!
Tapi bila difikirkan, Kilafairy juga tidak patut memuatnaik foto yang mengundang kata-kata sedemikian terutamanya di laman sosial rasmi.
Dah kalau pakaian yang dipakainya pun ketat malah kelihatan seperti sengaja mempamerkan lekuk asetnya itu, hmmm… susahlah nak salahkan pihak lelaki sahaja, kan?



No comments:

Post a Comment