Jambatan merupakan satu struktur yang dibina untuk menyeberangi jurang atau rintangan seperti sungai, landasan keretapi ataupun jalan raya..Namun, terdapat sebuah jambatan angkat yang sangat menarik telah di bina di Netherlands..Nak tahu kenapa? Meh usha kat bawah ni..
Terletak di bandar Leeuwarden di Belanda, Slauerhoffbrug (dalam bahasa Inggerisnya: Slauerhoff Bridge), merupakan sebuah jambatan angkat yang beroperasi secara automatik sepenuhnya dan sering digelar sebagai "jambatan ekor".
Slauerhoffbrug, yang turut dikenali sebagai "Flying Drawbridge" oleh penduduk tempatan boleh diangkat dan diturunkan dengan cepat dan pantas hanya dengan menggunakan satu tiang penyokong struktur.
Ia membolehkan pengangkutan air untuk berlalu dengan pantas dan pengguna kenderaan di darat dapat menjimatkan masa untuk menunggu. Dek jambatan angkat itu mempunyai ukuran 15 meter X 15 meter (50 X 50 kaki) dan diwarnakan dengan warna biru dan kuning sebagai mewakili bendera Leeuwarden.
Video:
p/s: Bila la Malaysia nak buat satu jambatan macam ni..Hehehe..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
Wednesday, October 30, 2013
Tuesday, October 29, 2013
[Video] Living Wallet - Dompet Yang Mampu Menyelamatkan Wang Anda Dari Pembaziran Pembelanjaan =D
Bagi anda yang gemar berbelanja secara berlebihan dan tidak mampu mengawal tabiat buruk berkenaan, ini mungkin satu berita baik untuk anda..Pernahkah anda mengimpikan dompet yang mampu melarikan diri bila anda mahu berbelanja? Kalau ada, meh usha ciptaan dompet kat bawah ni..
p/s: Sesuai sangat la dengan peningkatan harga barang sekarang ni..Boleh la berjimat-cermat sikit..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
Kini, terdapat dompet yang mampu membuatkan anda belajar untuk berbelanja secara berhemah di mana dompet ini bukan sahaja mampu melarikan diri malah akan mengeluarkan bunyi seakan-akan jeritan apabila ia dipegang.
"Living Wallet" akan melakukan apa yang terdaya bagi melindungi kewangan anda dari pembelanjaan secara berlebihan dan juga mampu menghantar E-Mail kepada ibu atau penjaga anda sekiranya anda berbelanja secara tidak rasional. Apabila dipegang dalam keadaan "Save Mode", ia akan menjerit dengan kuat.
Selain daripada mampu melindungi kadar pembelanjaan anda, ia juga mempunyai sejenis aplikasi yang mampu menjejaki kewangan anda. Apabila anda sedia untuk membelanjakan wang, The Living Wallet ini akan memasuki "Consume Mode".
Video:
p/s: Sesuai sangat la dengan peningkatan harga barang sekarang ni..Boleh la berjimat-cermat sikit..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
[Unik] Ikan Emas Cacat Ini Memakai Pelampung Khas Bagi Mengelakkannya Dari Lemas..
Seperti yang kita semua tahu, haiwan air seperti ikan bebas bergerak ke sana ke mari di dalam air..Namun, seekor ikan emas cacat ini terpaksa berenang menggunakan pelampung khas bagi mengelakkannya lemas di dalam air..Nak tahu kenapa ia berlaku? Meh usha kat bawah ni..
p/s: Pandai jugak tuan kepada ikan ni =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
Seekor ikan emas dari spesies Fantail yang diberi nama 'Einstein' ini telah hilang keupayaan untuk berenang selepas menghadapi masalah pada bahagian pundi udaranya yang menyebabkan ia berenang secara terbalik dari atas ke bawah dan tenggelam ke dasar tangki.
Disebabkan masalah tersebut, pemilik ikan, Leighton Naylor terpaksa mencipta sejenis pelampung khas untuk dipakaikan pada ikannya itu.
Pelampung khas yang di buat dari tiub kitar semula itu muat dengan sempurna pada badan ikan tersebut dan membolehkannya berenang dengan normal semula.
En. Naylor telah menghabiskan masa selama 3 jam untuk mereka bentuk pelampung khas dari tiub pengudaraan tangki ikan itu, dan melaraskannya agar dapat dipakai oleh Einstein.
"Amat menyedihkan melihat ia dalam keadaan tidak berdaya. Ia kelihatan sangat tertekan. Pada mulanya, ia menolak untuk memakai pelampung tersebut. Ia juga sering tersangkut pada tumbuhan hiasan tetapi setelah saya menyusun atur semula keadaan di dalam tangki, ia kelihatan lebih baik," kata En. Naylor.
Video:
p/s: Pandai jugak tuan kepada ikan ni =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
Monday, October 28, 2013
[Gambar] Gaya Mewah Anak-Anak Pegawai Kerajaan Dalam Sambutan Pesta Sekolah Di China *0*
Pesta sekolah merupakan satu acara wajib yang selalu dijalankan oleh pihak sekolah terutamanya pada hujung tahun persekolahan, contohnya seperti majlis makan malam tahunan, majlis tari-menari dan lain-lain lagi..Sambutan pesta sekolah juga umpama memberi lesen kepada para pelajar untuk berpakaian anggun, cantik dan menawan sepanjang hari tersebut malah turut menjadi medan untuk menunjukkan kekayaan keluarga masing-masing dari segi berpakaian..
Hal yang sama turut berlaku di China dan melibatkan anak-anak pegawai kerajaan yang gah menunjukkan tahap kekuasaan dan kekayaan keluarga masing-masing di sebuah pesta sekolah..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Kehidupan rakyat China yang merupakan sebuah negara di bawah pimpinan komunis kini tidak banyak berbeza dengan kehidupan Barat yang penuh dengan hedonisme. Apa yang dapat dilihat, gaya kehidupan golongan muda menjadi titik ukur yang paling tepat.
Budaya hedonisme juga dapat dilihat di sekolah-sekolah tinggi di China. Baru-baru ini, sebuah sekolah tinggi telah mengadakan sebuah acara pesta bagi para pelajarnya yang telah mencapai usia dewasa. Kebanyakkan para pelajar di sekolah ini terdiri dari anak-anak kepada Menteri dan pegawai kerajaan pemerintah China.
Menurut pihak sekolah, acara pesta ini telah menelan belanja sebanyak jutaan Yuan. Para pelajar yang menghadiri acara pesta sekolah mewah ini semuanya mengenakan gaun dan kasut mewah serta tidak ketinggalan gajet-gajet terbaru di pasaran.
Hal ini telah membuatkan kebanyakkan masyarakat awam mengecam gaya kehidupan mewah anak-anak ini seolah-olah seperti menunjuk-nunjuk kepada pelajar lain yang kurang berkemampuan.
p/s: Rasa-rasa kat Malaysia ada tak macam ni? Kalau ada, paham-paham sendiri la ekk..
[Trend Baru] Funkybod - Push Up Bra Khusus Untuk Kaum Lelaki =D
Push up bra lazimnya sinonim dengan kaum wanita yang sering mengamalkan gaya hidup sihat dan aktiviti bersenam..Namun kini, terdapat trend baru di mana kaum lelaki juga boleh mengenakan push up bra ini..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Diberi nama Funkybod, produk ini merupakan push up bra yang di reka khusus untuk kaum lelaki. Produk yang aneh tapi berguna itu boleh menjadi jalan penyelesaian untuk kaum lelaki yang mendambakan bentuk tubuh bagaikan seorang atlit. Dengan mengenakan Funkybod, mereka boleh memiliki otot dada dengan bentuk yang sama seperti bersenam di gimnasium.
Fesyen yang berasal dari London ini amat berbeza dengan bra untuk kegunaan kaum wanita pada umumnya. Push up bra ini direka dengan menggunakan bahan yang menjamin keselesaan dan membuatkan kulit mudah untuk bernafas.
Funkybod juga dilengkapi dengan bahan keras di bahagian dada. Oleh itu, produk ini dapat membuatkan tubuh si pemakainya kelihatan lebih sasa. Tak hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai badan yang berisi, ia juga dikatakan sangat sesuai dikenakan oleh lelaki yang bertubuh kurus.
Push up bra ini juga dapat digunakan pada bila-bila masa. Untuk kelihatan segak dan bergaya, ia sesuai dipakai bersama dengan seluar jeans dan jaket.
Funkybod dijual dalam empat jenis ukuran, di antaranya adalah Extra Small, Small, Medium dan Large. Ia turut mempunyai tiga warna pilihan, iaitu putih, hitam, dan kelabu.
Dikutip dari Gizmodiva, produk ini dijual di laman web rasmi Funkybod. Anda boleh membelinya pada harga sekitar US$ 50 sahaja.
p/s: Nampak menarik, tapi tak sama dengan hasil pergi Gym..kan? kan?

Sunday, October 27, 2013
10 Fakta Menarik Mengenai Nombor Telefon =D
Selalunya, kita sering mendengar perihal fakta-fakta mengenai telefon bimbit..Tetapi, bagaimana pula dengan nombor-nombor telefon yang memberikan anda identiti mudah alih yang unik yang membolehkan anda menggunakan telefon bimbit..Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..
Sebelum wujudnya nombor telefon, panggilan telefon akan dibuat dengan mendail perkhidmatan telefon yang pertama dan meminta operator telefon duduk di bahagian hujung yang lain dengan pelbagai talian yang digunakan untuk menghubungkan kita kepada orang yang kita mahu hubungi. Pada mulanya, semuanya kelihatan baik dan berkesan sehingga proses itu sendiri dipersoalkan oleh kawan baik kepada Alexander Graham Bell (pencipta telefon itu sendiri), Dr Moses.
Akibat serangan peyakit epidemik campak ketika itu, Dr Moses memberi nasihat untuk memulakan satu sistem baru tanpa melibatkan operator panggilan kerana jika mana-mana dari mereka jatuh sakit, yang lain akan mengalami kesukaran untuk memahami sistem dan memastikan panggilan telefon berfungsi. Oleh itu, sistem nama telah digantikan dengan nombor yang di dail secara langsung oleh pemanggil sendiri.
9. Kod Kawasan Yang Pertama (Area Code)
Kod kawasan yang pertama ditubuhkan adalah di New Jersey pada tahun 1951, yang telah dilabelkan sebagai 201. Kod kawasan yang digunakan sekarang adalah versi maju dan moden daripada pelan "Penomboran Amerika Utara ", di mana sesuatu kawasan itu akan dinomborkan mengikut nisbah penduduk yang tinggal di kawasan mereka. Kawasan yang terbesar akan diberikan kod dial mudah untuk telefon putar dan ia bermula dengan kod untuk 90 kawasan. Kawasan bandar seperti New York, Los Angeles dan Chicago masing-masing mendapat kod 212 , 213, dan 312, manakala kawasan luar bandar telah diberikan kod seperti 915, 913, dan lain-lain.
8. Nombor Telefon Paling Mahal
666-6666 memegang rekod untuk nombor telefon yang paling mahal selepas ia dijual di Qatar untuk US$207 Juta untuk mengumpul wang untuk program kebajikan. Nombor ini telah berjaya mengalahkan rekod terdahulu yang dipegang oleh 888-8888 yang dijual di China pada harga US$280,000.
7. Kaitan Apple Dengan 888-8888
Terdapat ura-ura mengatakan bahawa pengasas bersama Apple, Steve Wozniak, mempunyai kaitan dengan digit nombor berulang-ulang. Hal ini adalah kerana kegemaran beliau untuk nombor seperti itu, dia pernah menjual Apple I pada harga US$ 666.66. Kegemaran ini, seperti lagenda, juga mendorong beliau untuk membeli nombor kedua paling mahal di dunia. Kelemahan untuk nombor telefon yang hebat ini adalah ia menerima beratus-ratus panggilan palsu setiap hari. Walaupun kebanyakan daripada mereka tidak berniat jahat, tetapi terdapat beberapa orang yang amat menyakitkan hati.
6. Nombor Kecemasan
Setiap negara mempunyai pelbagai nombor kecemasan yang berlainan, sebagai contoh 911 adalah nombor kecemasan standard yang digunakan di Amerika Syarikat. Ia pertama kali disebut sebagai "sembilan sebelas" (nine-eleven), namun kekeliruan ramai pengguna yang mencari kunci "11" pada pendail, menyebabkan ia kemudiannya ditukar kepada "sembilan satu satu"(nine-one-one). Di UK, nombor kecemasannya ialah "sembilan sembilan sembilan" (sama seperti Malaysia); manakala Eropah, nombor kecemasannya adalah 112.
Sebelum sistem satu nombor bagi panggilan kecemasan telah diperkenalkan, pengguna terpaksa menghubungi operator panggilan untuk mengarahkan mereka kepada perkhidmatan kecemasan yang berkaitan. Masih terdapat beberapa perkhidmatan bomba di Amerika Syarikat yang juga boleh dicapai dengan mendail "3 4 7 3", yang bermaksud "FIRE".
5. Terdapat Filem Yang Mengabaikan Trend "555"
Biasanya, dalam pembikinan filem Hollywood, apabila anda melihat nombor telefon dalam filem itu di dail bermula dengan nombor "555", ia sebenarnya menekan nombor telefon yang tidak wujud. Walaupun ia tidak digalakkan, beberapa syarikat pengeluaran filem mempunyai nombor telefon mereka sendiri yang muncul dalam filem-filem mereka, seperti Universal Studio. Jika anda cuba mendail nombor tersebut, anda akan mendengar nada panggilan.
4. Nombor dan Kod Yang Diasingkan Untuk Tujuan Fiksyen
Ramai di antara kita akan cuba untuk mendail nombor pada TV atau filem di mana watak-watak kegemaran kita mendail nombor berkenaan, tetapi untuk kejutan anda, anda akan mendapati bahawa nombor-nombor yang dihasilkan adalah khas untuk tujuan fiksyen.
Pertukaran "KL" adalah pertukaran telefon yang pertama digunakan untuk menjana nombor fiksyen untuk filem Amerika. Pada masa ini, nombor telefon awalan "555" yang digunakan di Amerika Syarikat adalah semata-mata untuk tujuan fiksyen. Di UK, kod "01632" digunakan dengan cara yang sama tetapi ia juga memberi cadangan untuk tidak bekerja kepada beberapa bandar-bandar lain.
3. Nombor Telefon Dalam Bentuk Musik
Seperti filem, nombor juga digunakan dalam lagu-lagu tetapi ia masih tidak diasingkan lagi untuk tujuan ini. Yang paling terkenal adalah Pennsylvania Glenn Miller 6-5000, yang masih digunakan oleh hotel yang disebut dalam lagu. The Hotel Pennsylvania (yang nombor telah digunakan) masih memegang gelaran untuk mempunyai nombor panggilan berterusan terpanjang.
Ia turut menyakitkan hati semua pengguna yang mempunyai nombor yang sama dengan kod kawasan yang berbeza kerana ia pernah muncul dalam lagu; 867-5309 iaitu nombor muzik menarik yang dimiliki oleh Tommy Tutone. Pernah berlaku, nombor telefon milik penyanyi Alicia Keys dalam lagu berjudul Diary, pernah dihubungi oleh para peminatnya.
2. Nombor Telefon Helah Sihir
Nombor telefon silap mata ini adalah seperti berikut:
Ambil nombor telefon yang tujuh angka, misalnya, 941-7990 dan darab tiga digit nombor pertama dengan 80. Kemudian tambah satu, darab dengan 250 dan menambah empat digit terakhir nombor telefon yang asal. Akhir sekali, masukkan empat digit terakhir sekali lagi, tolak 250, dan bahagi dengan dua.
Macam mana dengan Matematik anda? Dapatkah nombor telefon tersebut?
1.Nombor Telefon Peribadi Berbentuk Perkataan
Sama seperti nombor telefon ejaan "FIRE" yang digunakan untuk menhubungi pasukan bomba, kemungkinan juga bahawa nombor anda mungkin mempunyai kombinasi telefon-perkataan yang sama. Bagi mengetahui apa ia sebenarnya, anda boleh menggunakan perkhidmatan "PhoneSpell". Selain dapat menjadikan nombor telefon anda lebih menarik, ia mungkin berguna dalam membuatkan anda ingat pada pelbagai nombor telefon yang berbeza.
p/s: Menarik kan? =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
10. Penciptaan Nombor Telefon

[Gambar] Zombie Car - Kereta Yang Dibuang Pemiliknya Ini Ditumbuhi Tumbuhan Liar Di China =D
Lazimnya, sesebuah kenderaan yang ditinggalkan atau dibuang oleh pemiliknya, sudah pasti tidak akan bertahan lama malah akan menampakkan tanda-tanda rosak seperti karat, berlumut dan beberapa komponen akan di ambil orang..Namun di China, kenderaan yang ditinggalkan oleh pemiliknya ini secara keseluruhannya telah diliputi oleh tumbuhan liar sehingga mereka yang tinggal di kawasan tersebut tidak mengetahui bahawa di sebaliknya adalah sebuah kenderaan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Satu kejadian yang cukup unik telah berlaku di bandar Chengdu yang terletak di Wilayah Sichuan, China. Sebuah kenderaan yang telah ditinggalkan begitu saja oleh pemiliknya kini akhirnya telah diliputi oleh tumbuhan liar.
Seperti dilaporkan Car News China, Rabu 23 Oktober 2013, kebanyakkan penduduk sekitar tidak menyangka di sebalik tumbuhan memanjat yang besar itu adalah sebuah van yang sudah 'dibuang' pemiliknya, sekitar satu tahun yang lalu.
Kenderaan itu sengaja diletakkan di hadapan kompleks apartmen berkenaan. Oleh kerana ia sudah lama tidak digunakan, keadaan kenderaan itu kelihatan sangat tidak terurus, lebih parah, seluruh badan van tersebut diliputi tumbuhan liar.
Pemandangan yang tidak enak itu membuatkan penduduk setempat berasa curiga. Mereka akhirnya memutuskan untuk menghubungi pihak polis untuk memeriksa kenderaan dan menyiasat siapa pemilik asal "Zombie Car" itu.
Polis yang datang ke lokasi berkenaan turut berasa hairan apabila melihat keadaan "Zombie Car" itu. Tumbuhan liar berduri yang meliputi kenderaan itu sangat tebal, sehingga menyukarkan pihak polis untuk mengecam jenama van berkenaan.
Pihak polis akhirnya memutuskan untuk menyita dan menarik van itu ke balai polis. Hasil siasatn lanjut, pihak polis berjaya menemui pemilik asal kenderaan berkenaan. Pemiliknya mengaku telah menjual kenderaan tersebut kira-kira tiga tahun lalu, tapi terlupa siapa yang membelinya.
p/s: Kalau biar lama lagi, entah-entah tumbuh pokok pulak apa..

Wednesday, October 23, 2013
[Gila] Lelaki 33 Tahun Ini Sanggup Habiskan $100,000 Untuk Kelihatan Seperti Justin Bieber =D
Kegilaan atau ketaksuban seseorang kepada artis yang diminatinya kadang-kadang boleh membawa kepada perlakuan di luar batasan..Hal ini turut berlaku kepada seorang lelaki yang juga merupakan seorang peminat kepada selebriti remaja, Justin Bieber di mana dia sanggup menghabiskan kira-kira $100,000 untuk mempunyai wajah serupa seperti idolanya itu..Nak tahu macam mana rupa dia sekarang, meh usha kat bawah ni..
Seorang penulis lagu yang berasal dari Los Angeles, Toby Sheldon dikatakan sangat meminati Justin Bieber sehinggakan sanggup menghabiskan masa selama 5 tahun dan wang ringgit sebanyak $100,000 untuk melakukan pembedahan menukar wajah agar kelihatan sama seperti penyanyi remaja dari Kanada itu.
Dipetik dari Father Time, Toby berkata dia melakukan beberapa pembedahan plastik, mengambil suntikan Aquamid dan transplant rambut untuk "kelihatan sama seperti Bieber".
"Proses pembedahan pada muka menyebabkan saya sukar untuk senyum dan mengambil masa berbulan lamanya untuk sembuh, manakala kesan pembedahan pada kelopak mata menyebabkan saya tidak mampu membuka mata selama seminggu". kata nya lagi.
p/s: Elok lagi muka sebelum dari muka selepas jadi Justin Bieber..
[Gempar] 80 Buah Rumah Hanyut, 2 Maut Di Cameron Highlands Akibat Air Empangan Dilepaskan..
Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.
Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.
"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan hari ini.
Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.
Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.
"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.
Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.
"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.
"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu," katanya.
Sumber: AnakSungaiDerhaka
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
Tuesday, October 22, 2013
[Video] FireCase - Aksesori iPhone Unik Dilengkapi Pemetik Api =D
Setiap barangan yang kita beli sudah pasti mempunyai kelengkapan aksesorinya yang tersendiri bagi memuaskan hati pembeli dengan citarasa pilihan mereka..Namun, dengan aksesori yang dilengkapi dengan pemetik api, sudah tentu ia bakal menjadi buruan para perokok tegar..Kalau nak tahu apa jenis aksesori tersebut, meh usha kat bawah ni..
Ringan dan dibina pada bahagian dalam 'casing' telefon pintar, namun, apa yang dapat menjadikan ia relevan kepada perokok? Aksesori unik ini dinamakan Firecase - 'Casing' perlindungan untuk iPhone dengan bateri khas terbina pada bahagian dalam yang mampu bertahan sebanyak 100 Booster (kali petikan). Terima kasih kepada elemen pemanas yang dibina pada bahagian dalam, ia boleh menghalang angin dari menyukarkan nyalaan api rokok, dan reka bentuknya yang padat dan kompak tidak banyak meningkatkan saiz telefon pintar anda. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna pilihan dan baterinya boleh dicas dengan menggunakan wayar USB.
Video:
p/s: Nampak unik kan? -D

Monday, October 21, 2013
[Fakta] 6 Kesilapan Termahal Dalam Sejarah Manusia =D
Lazimnya, kesilapan atau kecuaian seringkali dikaitkan apabila berlakunya sesuatu kemalangan atau malapetaka..Tidak kurang juga, kesilapan atau kecuaian ini mampu menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian kos yang tidak terkira banyaknya..Kalau anda nak tahu apa 6 kesilapan yang paling mahal dalam sejarah manusia, meh usha kat bawah ni..
3. Kemalangan Kapal Tangki Minyak The Exxon Oil
Ini adalah kemalangan yang berlaku pada tahun 1989 dan ia disebabkan oleh kesilapan kapten kapal yang terlalu mabuk pada ketika itu. Kapal tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan ke Carlifonia tetapi terlanggar kapal Prince William Sound di luar perairan pantai Alaska yang menyebabkan tumpahan minyak mentah sebanyak 760,000 tong minyak. Hasilnya, US$4.4 Bilion telah dibelanjakan bagi proses membersih dan membaiki kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan tersebut.
2. Kemalangan Roket Angkasa Challenger
The Challenger merupakan sebuah kapal angkasa yang dibina dan dimiliki oleh NASA. Ia meletup 72 saat selepas berlepas dan membunuh kesemua angkasawan. Siasatan mendapati letupan tersebut disebabkan oleh kecuaian jurutera NASA dari segi reka bentuk kapal angkasa berkenaan. Hasilnya, ia telah menyebabkan kerugian sebanyak US$5.5 Billion dalam proses pembinaan kapal angkasa itu.
1. Pembelian Time Warner oleh AOL
Syarikat-syarikat juga pernah membuat kesilapan dan ini adalah antara kesilapan yang paling teruk yang pernah dibuat oleh sesebuah syarikat. AOL telah membeli syarikat Time Warner pada harga US$180 Billion pada tahun 2000 tetapi dijual semula sembilan tahun kemudiannya pada kos yang rendah iaitu sebanyak US$36 Billion. Pada akhir, AOL telah kerugian sebanyak US$146 Billion!
p/s: Rugi main bilion-bilion je diorang ni..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
6. Krisis Loji Tenaga Nuklear Chernobyl
Ia antara kesilapan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah manusia. Kemalangan di Chernobyl berlaku disebabkan peralatan yang rosak dan tidak dibaiki setelah amaran dikeluarkan. Hasilnya, empat reaktor nuklear hilang kawalan semasa ujian kecemasan yang membawa kepada krisis yang terkenal di seluruh dunia ini. Dianggarkan, ia menelan kerugian sebanyak US$38 Billion serta menyebabkan dua orang pekerja terkorban serta merta dan yang lainnya meninggal dunia sekian lama selepas kejadian itu termasuk 28 orang ahli bomba.
5. Kebakaran Hutan Terbesar Dalam Sejarah California
Ini adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh seorang pemburu pada musim luruh tahun 2003. Pemburu berkenaan dikatakan telah hilang semasa memburu dan akibat telah berputus asa, dia menyalakan isyarat asap kecemasan di sebuah ladang berdekatan wilayah San Diego. Api yang marak kemudiannya tersebar hingga memusnahkan hampir 300,000 ekar hutan. Ia juga menyebabkan kehilangan nyawa seramai 14 orang dan memusnahkan 2,322 buah rumah di sepanjang jalan. Pada akhirnya, kerugian yang dialami dianggarkan bernilai US$1.5 Billion!
4. Tragedi di Pelantar Minyak 'The Piper Bravo'
Ada masa-masanya di dalam sejarah apabila kecuaian dan kesilapan membawa kepada kehilangan nyawa dan wang. Inilah yang berlaku pada Mei 1994 apabila pemeriksa keselamatan terlupa untuk menggantikan injap di pelantar minyak Piper Bravo semasa pemeriksaan rutin. Pemeriksa telah mengeluarkan dan menggantikan semua injap keselamatan yang lain kecuali satu injap yang telah dilupakan. Seorang pekerja yang tidak pernah tahu bahawa salah satu injap keselamatan telah dilupakan menekan butang menghidupkan pam minyak di pelantar minyak berkenaan. Ia merupakan keputusan yang sangat buruk dan sangat mahal. Pelantar tersebut meletup dan membunuh seramai 167 orang pekerja dan memusnahkan harta bernilai US$3.4 Billion.4. Tragedi di Pelantar Minyak 'The Piper Bravo'
3. Kemalangan Kapal Tangki Minyak The Exxon Oil
Ini adalah kemalangan yang berlaku pada tahun 1989 dan ia disebabkan oleh kesilapan kapten kapal yang terlalu mabuk pada ketika itu. Kapal tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan ke Carlifonia tetapi terlanggar kapal Prince William Sound di luar perairan pantai Alaska yang menyebabkan tumpahan minyak mentah sebanyak 760,000 tong minyak. Hasilnya, US$4.4 Bilion telah dibelanjakan bagi proses membersih dan membaiki kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan tersebut.
2. Kemalangan Roket Angkasa Challenger
The Challenger merupakan sebuah kapal angkasa yang dibina dan dimiliki oleh NASA. Ia meletup 72 saat selepas berlepas dan membunuh kesemua angkasawan. Siasatan mendapati letupan tersebut disebabkan oleh kecuaian jurutera NASA dari segi reka bentuk kapal angkasa berkenaan. Hasilnya, ia telah menyebabkan kerugian sebanyak US$5.5 Billion dalam proses pembinaan kapal angkasa itu.
1. Pembelian Time Warner oleh AOL
Syarikat-syarikat juga pernah membuat kesilapan dan ini adalah antara kesilapan yang paling teruk yang pernah dibuat oleh sesebuah syarikat. AOL telah membeli syarikat Time Warner pada harga US$180 Billion pada tahun 2000 tetapi dijual semula sembilan tahun kemudiannya pada kos yang rendah iaitu sebanyak US$36 Billion. Pada akhir, AOL telah kerugian sebanyak US$146 Billion!
p/s: Rugi main bilion-bilion je diorang ni..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
[Menarik] Arnab Dengan Bulu Paling Lebat Dan Gebu Di Dunia =D
Kebanyakkan dari kita amat gemar untuk membela haiwan perliharaan tidak kiralah sama ada anjing, kucing, cicak tokek dan macam-macam lagi..Ada antara kita yang gemar membela haiwan perliharaan kerana tertarik dengan kecomelan, gelagat dan bulu yang lembut dan cantik..Tetapi, pernahkah anda dengar mengenai spesies arnab yang mempunyai bulu paling lebat dan gebu di dunia? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..
Spesies arnab yang mempunyai bulu yang lebat serta gebu ini berasal dari jenis arnab Angola, sejenis baka arnab domestik tertua yang berasal dari Ankara, Turki. Apa yang menjadi kejutan, selain dibela sebagai haiwan perliharaan, spesies arnab ini juga diternak secara besar-besaran bagi mendapatkan bulu mereka yang gebu serta dagingnya yang berjus dan lazat dimakan.
p/s: Bulu tebal sangat sampai tak nampak mata..Hahaha..
Subscribe to:
Posts (Atom)