Sunday, October 6, 2013

Lake Natron: Tasik Maut Yang Menukar Haiwan Menjadi Batu *0*

Pemandangan dan keadaan tasik yang cantik sememangnya dapat menggamit perhatian sesiapa sahaja termasuk haiwan untuk dijadikan tempat persinggahan..Namun, sebuah tasik yang terletak di Tanzania mampu menjadi 'kubur' buat haiwan terutamanya burung yang berkunjung ke sana..Nak tahu kenapa? Meh usha kat bawah ni..

Masih terdapat lambakan bangkai haiwan di sebuah tasik yang terletak di Tanzania dengan rahsia maut di mana air tasik ini telah menukar mana-mana haiwan menjadi batu. Fenomena yang jarang berlaku ini disebabkan oleh campuran kimia di dalam air tasik berkenaan yang menukar sebarang hidupan seperti mumia dalam filem seram.

Gambar yang diambil oleh Nick Brandt di dalam buku barunya, Across the Ravaged Land, punca haiwan-haiwan ini bertukar menjadi batu adalah disebabkan oleh kandungan pH air tasik yang mempunyai antara 9 hingga 10.5 kealkalian yang sangat asas dan konsisten sehingga mampu memelihara bangkai haiwan ini untuk selama-lamanya. Menurut Brandt:
I unexpectedly found the creatures - all manner of birds and bats - washed up along the shoreline of Lake Natron in Northern Tanzania. No-one knows for certain exactly how they die, but it appears that the extreme reflective nature of the lake’s surface confuses them, and like birds crashing into plate glass windows, they crash into the lake. The water has an extremely high soda and salt content, so high that it would strip the ink off my Kodak film boxes within a few seconds. The soda and salt causes the creatures to calcify, perfectly preserved, as they dry. 
I took these creatures as I found them on the shoreline, and then placed them in ‘living’ positions, bringing them back to ‘life’, as it were. Reanimated, alive again in death.
Gambar-gambar lain berkenaan haiwan di tasik berkenaan telah dimuatkan di dalam buku baru hasil karya beliau sendiri. Oleh itu, bagi anda yang ingin berkunjung ke tasik berkenaan, sila pastikan anda berada di jarak yang selamat dari gigi air.


p/s: Ini kalau pergi malam-malam, meremang bulu roma..Huhuhu..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Post a Comment