Tuesday, October 1, 2013

Editor Video Ini Berhenti Kerja Dengan Cara Berjoget & Memuat Naik Videonya Ke YouTube =D

Langkah berhenti kerja sering diambil oleh mereka yang sering mengalami gangguan, tekanan serta masalah di tempat kerja dengan cara berbincang dengan pihak pengurusan secara tertutup..Namun, bagi wanita ini, dia mempunyai cara yang unik dan kreatif bagi meluahkan perasaannya untuk berhenti kerja iaitu dengan berjoget dan menari di dalam pejabat dan memuat naik video tersebut ke YouTube..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni.



Perkataan saja kadang kala tidak mencukupi untuk menunjukkan kesungguhan seseorang seperti yang dilakukan oleh seorang editor video di sebuah syarikat iaitu Marina Shifrin. 

Baru-baru ini, wanita tersebut telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang melakukan tarian lucu dengan bermuzik latarkan lagu Kanye West ke YouTube dengan satu pesanan yang ditujukan khas untuk bosnya. Dalam video itu, ia tertulis 'I quit'. 

Semasa membuat video yang kini sudah ditonton lebih dari 1 juta kali itu, wanita yang bekerja di sebuah syarikat animasi di Taiwan ini rela menyelinap ke pejabatnya pada pukul 4.30 pagi waktu tempatan. Hal ini dilakukan bagi mengatur kamera, sebelum Shifrin menari di sekitar pejabatnya. 

"Selama hampir dua tahun saya sudah mengorbankan hubungan saya dengan pasangan, waktu, dan tenaga untuk pekerjaan ini dan bos saya hanya mempedulikan tentang kuantiti dan bilangan orang yang melihat video animasi. Jadi saya mula berfikir untuk membuat sebuah video ciptaan saya sendiri," jelas Shifrin, seperti yang dikutip dari Huffington Post. 

"Ini (video tersebut) ditujukan khas pada bos saya, bahawa saya berhenti kerja," tambah wanita 25 tahun itu pada News. 

Shifrin juga menjelaskan bahawa jam kerja yang ditetapkan di syarikat Taiwan sangat berbeza dari jam kerja di Amerika. Ia tidak mempunyai waktu rehat untuk makan tengahari. Tambahnya lagi, bosnya selalu mengubah jadual dan melepaskan tanggungjawabnya sesuka hati.

"Saya tahu bahawa itu adalah risiko, tapi saya tidak pernah menyatakan nama syarikat atau nama bos saya. Bagaimana orang boleh menganggapnya sebagai sesuatu yang serius," papar Shifrin. 

Wanita berkacamata itu mengatakan bahawa ini adalah langkah pertamanya untuk kembali semula ke Amerika Syarikat. Setelah itu, dia merancang untuk mencari pekerjaan di syarikat yang menghargai kreativiti dan ahli karyawan mereka.


Video:

p/s: Macam-macam hal..



No comments:

Post a Comment