Tuesday, October 29, 2013

[Unik] Ikan Emas Cacat Ini Memakai Pelampung Khas Bagi Mengelakkannya Dari Lemas..

Seperti yang kita semua tahu, haiwan air seperti ikan bebas bergerak ke sana ke mari di dalam air..Namun, seekor ikan emas cacat ini terpaksa berenang menggunakan pelampung khas bagi mengelakkannya lemas di dalam air..Nak tahu kenapa ia berlaku? Meh usha kat bawah ni..



Seekor ikan emas dari spesies Fantail yang diberi nama 'Einstein' ini telah hilang keupayaan untuk berenang selepas menghadapi masalah pada bahagian pundi udaranya yang menyebabkan ia berenang secara terbalik dari atas ke bawah dan tenggelam ke dasar tangki.

Disebabkan masalah tersebut, pemilik ikan, Leighton Naylor terpaksa mencipta sejenis pelampung khas untuk dipakaikan pada ikannya itu. 

Pelampung khas yang di buat dari tiub kitar semula itu muat dengan sempurna pada badan ikan tersebut dan membolehkannya berenang dengan normal semula.

En. Naylor telah menghabiskan masa selama 3 jam untuk mereka bentuk pelampung khas dari tiub pengudaraan tangki ikan itu, dan melaraskannya agar dapat dipakai oleh Einstein.

"Amat menyedihkan melihat ia dalam keadaan tidak berdaya. Ia kelihatan sangat tertekan. Pada mulanya, ia menolak untuk memakai pelampung tersebut. Ia juga sering tersangkut pada tumbuhan hiasan tetapi setelah saya menyusun atur semula keadaan di dalam tangki, ia kelihatan lebih baik," kata En. Naylor.


Video:


p/s: Pandai jugak tuan kepada ikan ni =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Post a Comment