Monday, October 7, 2013

[Unik] Edible Undies - Seluar Dalam Yang Boleh Dimakan =D

Kebanyakkan orang semestinya sudah tahu apa fungsi pakaian dalam kehidupan seharian seseorang manusia..Namun, bagaimana pula sekiranya ia boleh dimakan? Kedengaran aneh bukan? Ia bukan sekadar aneh malah benar-benar wujud kerana pakaian dalam yang dibuat di Amerika Syarikat ini memang boleh dimakan oleh penggunanya..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Sebuah syarikat perusahaan di Amerika Syarikat iaitu Kingman Industries telah mencipta sejenis pakaian dalam unik yang dinamakan Edible Undies. Pakaian dalam ini selain boleh digunakan untuk melindungi bahagian organ intim, ia juga boleh dimakan ketika lapar. 

Oleh kerana ia boleh dimakan, pakaian dalam ini memiliki pelbagai jenis perasa yang pastinya enak dan lazat seperti rasa strawberry, coklat, ceri, dan coklat strawberry. Pakaian dalam ini telah diperbuat dari bahan-bahan yang selamat dan telah mendapat kelulusan dari FDA (US Food & Drug Administration). Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pakaian dalam ini terdiri dari hidroksipropil metil selulosa (polimer semisintetik yang larut dalam air), gliseril asetat esther (pengental biodiesel), perasa dan pewarna buatan, kalium stearat, sakarin, propilen glikol, dan bahan kimia lainnya yang boleh dimakan. 

Pakaian dalam unik ini rupanya mirip seperti pakaian dalam getah tipis yang agak rapuh, dan ketika dimakan pakaian dalam ini mempunyai tekstur yang tebal dan melekat. Semakin ia dikunyah, gigi dan lidah akan bertukar warna menjadi merah seperti meminum minuman soda bokarbonat berwarna merah.


p/s: Makan sekali dengan daki & peluh yang melekat kat situ..Uweekkkk!!

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Post a Comment