Wednesday, October 23, 2013

[Gila] Lelaki 33 Tahun Ini Sanggup Habiskan $100,000 Untuk Kelihatan Seperti Justin Bieber =D

Kegilaan atau ketaksuban seseorang kepada artis yang diminatinya kadang-kadang boleh membawa kepada perlakuan di luar batasan..Hal ini turut berlaku kepada seorang lelaki yang juga merupakan seorang peminat kepada selebriti remaja, Justin Bieber di mana dia sanggup menghabiskan kira-kira $100,000 untuk mempunyai wajah serupa seperti idolanya itu..Nak tahu macam mana rupa dia sekarang, meh usha kat bawah ni..


Seorang penulis lagu yang berasal dari Los Angeles, Toby Sheldon dikatakan sangat meminati Justin Bieber sehinggakan sanggup menghabiskan masa selama 5 tahun dan wang ringgit sebanyak $100,000 untuk melakukan pembedahan menukar wajah agar kelihatan sama seperti penyanyi remaja dari Kanada itu.

Dipetik dari Father Time, Toby berkata dia melakukan beberapa pembedahan plastik, mengambil suntikan Aquamid dan transplant rambut untuk "kelihatan sama seperti Bieber".

"Proses pembedahan pada muka menyebabkan saya sukar untuk senyum dan mengambil masa berbulan lamanya untuk sembuh, manakala kesan pembedahan pada kelopak mata menyebabkan saya tidak mampu membuka mata selama seminggu". kata nya lagi.


p/s: Elok lagi muka sebelum dari muka selepas jadi Justin Bieber..


No comments:

Post a Comment