Tuesday, October 29, 2013

[Video] Living Wallet - Dompet Yang Mampu Menyelamatkan Wang Anda Dari Pembaziran Pembelanjaan =D

Bagi anda yang gemar berbelanja secara berlebihan dan tidak mampu mengawal tabiat buruk berkenaan, ini mungkin satu berita baik untuk anda..Pernahkah anda mengimpikan dompet yang mampu melarikan diri bila anda mahu berbelanja? Kalau ada, meh usha ciptaan dompet kat bawah ni..




Kini, terdapat dompet yang mampu membuatkan anda belajar untuk berbelanja secara berhemah di mana dompet ini bukan sahaja mampu melarikan diri malah akan mengeluarkan bunyi seakan-akan jeritan apabila ia dipegang.

"Living Wallet" akan melakukan apa yang terdaya bagi melindungi kewangan anda dari pembelanjaan secara berlebihan dan juga mampu menghantar E-Mail kepada ibu atau penjaga anda sekiranya anda berbelanja secara tidak rasional. Apabila dipegang dalam keadaan "Save Mode", ia akan menjerit dengan kuat.

Selain daripada mampu melindungi kadar pembelanjaan anda, ia juga mempunyai sejenis aplikasi yang mampu menjejaki kewangan anda. Apabila anda sedia untuk membelanjakan wang, The Living Wallet ini akan memasuki "Consume Mode".

Video:

p/s: Sesuai sangat la dengan peningkatan harga barang sekarang ni..Boleh la berjimat-cermat sikit..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Post a Comment